PERANGAI MACAM BUDAK-BUDAK
Bagi calon-calon yang tewas, sewajarnya mereka menerima ketewasan tersebut dengan hati yang terbuka. Mereka wajar menerima bahawa rakyat menolak kepimpinan mereka. Janganlah mencipta pelbagai alasan bagi menutup kelemahan dan kesilapan sendiri. Sehari dua ini, kita lihat calon-calon yang berjawatan dan tewas bertindak seperti budak-budak. Bertindak di luar pertimbangan. Setelah tewas, barulah terang lagi bersuluh perangai buruk tersebut. Sehingga ini masih tidak mahu menerima kekalahan. Ada yang tolong siapkan senarai orang tua, ada yang nak kumpul bil air dan macam-macam lagi. Apa ke bendanya ni? Sewajarnya, mereka bertindak memperbaiki kesilapan, memenuhi apa yang rakyat tidak berpuas hati, meluangkan masa dengan masyarakat kerana selama ini mereka terlalu jauh dan menjadi seorang wakil rakyat yang benar-benar rakyat. Selepas itu serahkanlah kepada rakyat untuk mengundi siapa pada pilihan raya akan datang.
KERANA, jika mereka tidak bertindak sekarang, esok sudah terlewat kerana kumpulan pembangkang yang di katakan pembangkang telahpun mula mendekati rakyat dan sedang berusaha memenuhi manifesto mereka. Jika mereka hanya berjaya mengisi 50% dari janji manifesto, itupun sudah cukup baik dan rakyat akan memahaminya. Tanpa dana dan kuasa, mereka tidak boleh melaksanakannya semua janji. Bagi mereka yang tewas harus sedar keadaan ini.

Comments