APABILA PENGANALISIS POLITIK BERPOLITIK

Di sepanjang tempoh mengundi dan menunggu keputusan, kaca TV ghairah membawa penganalisis politik untuk berbincang perihal politik. Saya meneliti dengan tekun satu persatu. Apa saya dapati, tidak ada seorang pun penganalisis politik yang berjaya mengutarakan idea atau pendapat yang kritis. Apa yang berlaku, mereka sebenarnya adalah penganalisis politik yang sedang berpolitik. Analisis mereka dengan tiba-tiba bertukar angin menjadi tidak tentu arah sebaik sahaja mengetahui ketewasan BN di banyak tempat. Sehingga semalam, mereka masih berpolitik.

Kalau setakat mengatakan ‘rumah kita ada yang rosak sedikit dan kita harus melihatnya’; orang-orang marhein pun boleh cakap macam tu. Pendapat mereka sudah seperti komen pengadil Akademik Fantasia. Hanya Prof Agus dari UKM yang sedikit terkeluar dari berpolitik. Pandangan beliau agak tajam dan rinci. Beliau berani berhadapan dengan pendapatnya yang pedas tetapi itulah sebenarnya yang terjadi dan berlaku. Tetapi sayangnya, orang sebegini hanya sekejap sahaja di kaca TV.

Belajarlah menghadapi kenyataan.

Comments

Popular Posts