TERIMA KASIH KARYAWAN, TAHNIAH FREDDY
TERIMA KASIH KARYAWAN, TAHNIAH FREDDY
Dua tahun lepas, barangkali ramai juga rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa wujudnya satu persatuan yang menjaga kebajikan artis-artis tempatan. Persatuan tersebut ialah KARYAWAN. Tetapi barangkali ramai yang mengetahui wujudnya PAPITA, SENIMAN dan beberapa lagi persatuan artis. Oleh kerana persatuan ini mempunyai kemelut sendiri sama ada kemelut dalaman atau luaran, saya hilang minat untuk mengikuti perkembangan persatuan artis. Bahkan munculnya artis-artis baru seperti cendawan tumbuh juga menyebabkan kita khususnya saya tidak mengenali sesetengah artis. Munculnya ramai artis-artis baru adalah satu perkembangan yang amat positif dan sihat kepada industri hiburan tanahair. Malangnya sesetengah artis yang di katakan artis tanahair tidak mempunyai suara atau bakat yang benar-benar mengkagumkan atau boleh dibanggakan. Sesetengahnya menumpang kepada tuah wajah yang cantik. Tidak dinafikan bahawa faktor wajah yang cantik, tampan atau menyenangkan mata adalah satu pakej penting kepada artis. Tetapi suara dan bakat adalah perkara pokok. Maka kita menjadi hairan dan pelik, bagaimana dengan suara dan bakat yang sebegitu, ia boleh digelar artis.
Setahun kemudian, saya tertarik dengan berita persatuan KARYAWAN memberi bantuan wang kepada artis-artis veteran. Sumber wang adalah bergantung kepada usaha atau inisiatif KARYAWAN sendiri. Aspek ini menarik minat dan mata saya untuk menatapi apa pun berita berkaitan KARYAWAN. Maka muncullah satu aktor yang dikatakan sebagai tulang belakang kepada usaha dan tindakan murni ini iaitu FREDDY. Secara peribadi saya kagum dengan usaha beliau dan tabik. Mulai dari situ KARYAWAN mula mendapat perhatian masyarakat. Sementelah lagi apabila ia menjaga hal ehwal persembahan artis-artis baru yang diangkat oleh Akademik Fantasia. Semestinya KARYAWAN mempunyai formula sendiri yang dipersetujui pihak yang terlibat dalam mengagihkan pendapatan artis berkenaan. Kemunculan MAWI dan Maestro turut mengangkat dan mengabsahkan KARYAWAN.
Saya tidak mengenali FREDDY tetapi FREDDY amat mudah untuk dikenali. Saya berkesempatan untuk menemui aktor ini semasa menjadi pengerusi bagi Program MAWI@UPM. Dalam program ini kita menjemput Mawi untuk memberi syarahan berkaitan Belia Benci Dadah dan di samping itu membuat sedikit persembahan. Menjadi seorang pengerusi kepada sekumpulan pelajar UPM dan berhasrat untuk menjemput seorang artis yang terkenal, siapalah kami. Kami amat jauh dari berkemampuan untuk membayar kos persembahan Mawi yang dikatakan berjumlah RM 15,000.00 bagi satu jam. Melalui kenalan yang bertugas di Utusan Malaysia, saya berhubung dengan FREDDY dan menyuarakan hasrat pelajar. Kami bertemu di warung di hadapan pejabat Utusan Malaysia. FREDDY adalah seorang yang amat membantu, mudah dikenali dan bersedia bertemu tanpa mempedulikan siapapun kita. Ringkas FREDDY memberi jawapan bahawa Mawi bersetuju untuk menjayakan program tersebut tanpa sebarang bayaran yakni sebagai satu kerja amal. Pada hari program tersebut berjalan, FREDDY sambil lebih awal dari kami. Dewan besar UPM melimpahkan peminat Mawi hingga mengganggu lalu lintas. Bayangkan dewan besar yang boleh memuatkan hampir 12000 orang, tidak muat. Bukan setakat mahasiswa dan kakitangan UPM, bahkan turut disertai kanak-kanak sekolah dan tadika yang berdekatan.
Dalam tahun yang sama juga, saya sekali lagi berurusan dengan FREDDY. Kali ini saya memohon bantuan beliau untuk membawa artis-artis Karyawan bagi menjayakan program bantuan kepada mangsa banjir di Batu Pahat. Program ini dianjurkan oleh Mahasiswa UPM Bacelor Komunikasi 04/07. FREDDY sekali lagi menjadi manusia yang amat suka membantu. Beliau tanpa banyak soal, langsung bersetuju dan memberi jaminan. Pada hari yang dirancangkan, Freddy telah membawa 54 orang artis-artis Karyawan untuk turut serta bersama 5 buah bas yang penuh dengan Mahasiswa UPM. Semua pergerakan artis-artis diuruskan oleh Freddy. Kami bergerak dengan 7 buah bas termasuk bas yang disewa oleh Karyawan dan 4 buah truck tentera yang membawa barang bantuan yang berjumlah hampir RM 480,000.00 sumbangan para dermawan, mahasiswa dan Hotel Crowne Princess. Dengan inisiatif Freddy, Saudara Nash telah membuat kutipan derma mengejut di kalangan artis yang hadir dan berjaya memungut RM 8,000.00. Artis-artis yang hadir antaranya Datuk M. Daud Kilau, Jaafar Onn, Ramlah Ram, Rohana Jalil, Nash, Bob AF, Pak Hamid, Abon, Ali Mamak dan banyak lagi. Mereka berjaya menguja mangsa-mangsa banjir bagi melupakan seketika keperitan akibat bencana banjir.
Baru-baru ini KARYAWAN kecoh dengan isu perebutan jawatan dan dakwaan penyelewengan wang tabung persatuan. Melihat pada tingkah laku artis-artis yang terlibat, saya jadi malu kerana artis-artis berkenaan tidak tampil pun dalam acara amal yang telah dianjurkan. FREDDY tampil dan mengesahkan kedudukan kewangan KARYAWAN tanpa ada sekelumit penyelewengan. Dan saya mendoakan satu pengakhiran yang positif iaitu pihak yang menuduh akan memohon maaf. Maka wujudnya perdamaian demi menjaga kebajikan artis. Malangnya ia tidak berlaku. Tindakan KARYAWAN memecat keahlian ahli-ahli berkenaan adalah tepat ia seperti ‘duri dalam jantung’ atau ‘api dalam C4’.
Akhir kata, saya mendoakan KARYAWAN terus dan kekal aktif dalam mencari dana bagi menjaga kebajikan artis-artis tanahair dan juga meneruskan program-program amal. Kepada FREDDY, tahniah, tahniah, tahniah dan saya berdiri tegak memberi tabik spring. Itulah asam garam menjadi seorang pemimpin.

Comments