BN SEBAGAI PARTI INDUK: SATU CADANGAN

Sebagai rakyat Malaysia, sesungguhnya kita mahu negara kita aman dan makmur tanpa mengira siapa pun yang menjadi kerajaan tanpa membelakangkan hak orang melayu. PUR 12 menyaksikan rakyat menolak beberapa komponen parti BN atas sebab-sebab tertentu. MIC yang menjadi wakil masyarakat India, di tolak terus oleh masyarakat India, begitu juga dengan MCA dan gerakan. Manakala UMNO yang di katakan sebagai parti Melayu, hampir-hampir tersungkur. Hakikatnya UMNO bukanlah parti yang mewakilkan melayu kerana keahliannya terbuka pada bumiputera lain yang bukan Melayu. Perlukah kita kepada sebuah parti yang 100% ahlinya adalah orang Melayu?

Seperti yang di katakan pada mulanya, kita perlu sebuah negara yang aman dan makmur. Sayugia saya ingin mencadangkan satu idea iaitu BN bertindak sebagai sebuah parti induk yang mengetuai mana-mana parti yang dipilih rakyat. Mana-mana parti yang tidak menjalankan kewajibannya dan ditolak oleh rakyat, maka BN juga perlu menolak mereka dan mengambil parti yang dipilih oleh rakyat. Kita tinggalkan fahaman atau ideologi ‘parti pembangkang’ dan kita tampilkan ‘parti yang tidak di sokong oleh rakyat’.

Ini kerana sehingga ke hari ini, kita lihat kerajaan masih ingin membantu parti-parti yang kalah yakni tidak disokong oleh rakyat seperti MIC dan MCA. Janganlah beri seribu alasan kerana kalah kerana pokoknya rakyat telah menolak mereka. Hairannya, BN sebagai kerajaan; mengapa masih menyokong parti yang di tolak oleh rakyat? Adakah BN tidak mahu membantu rakyat. Sewajarnya BN membuat keputusan membantu dan menyokong parti-parti yang dipilih oleh rakyat. Jadi ambillah DAP, PAS dan PKR menyertai BN. Ataupun kalau mereka tidak mahu bersama BN, sokonglah mereka kerana rakyat telah memililh mereka. Bukannya bertindak membangkang mereka kerana tindakan tersebut di lihat sebagai membangkang hak rakyat.

Implikasi dari amalan ini, semua parti akan berusaha gigih untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat dan akhirnya akan dipilih menyertai parti induk kerajaan iaitu BN.

Comments

Popular Posts