PARTI MELAYU 100%

Sudah tiba masanya kita iaitu bangsa Melayu memiliki sebuah parti Melayu 100%. Malaysia ini adalah negara tumpah darah kita, warisan nenek moyang, kita bukanlah pendatang yang diberi PR atau sebagainya. Mati dan hidup kita adalah di sini kerana kalau apa-apa terjadi kepada negara ini, ke mana kita nak lari. Tak ada tanah lain yang bernama Melayu. Inilah tanah asal jadi iaitu SEMENANJUNG TANAH MELAYU. Tanah itu milik Melayu. Asal jadi dari seluruh keturunan nenek moyang kita berasal dari tanah ini. Kita bukan datang dari benua lain, kemudian beranak pinak di sini, kemudiannya ingin mengaku pemilik empunya tanah asal jadi? Tidak kena macam itu. ‘

Contohnya: Cucu Wak Karto yang bernama Sulaiman. Nama Sulaiman seperti nama kita iaitu nama Melayu. Sulaiman dilahirkan di Kampung Kamensah, Kuala Lumpur dan didaftarkan sebagai anak Malaysia kerana bapanya juga dilahirkan di situ. Tetapi datuknya Wak Karto datang dari seberang dan mendapat PR setelah berkahwin dengan anak gadis melayu. Jadi tidaklah boleh ia iaitu Sulaiman ingin menuntut lebih dari kita bangsa Melayu yang asal jadinya di sini.

Maka adalah tanggungjawab wajib kepada semua bangsa Melayu menyokong parti Melayu ini demi sebuah negara yang aman dan makmur.

Comments

marvicn.com said…
are you sure about this? about the origin of bangsa melayu.check this out at these website;
http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=42

or u have other sources that can support your statement...

As for me, i believed that semua kita adalah org datang yang berhijrah dari benua lain thousands years ago.

jangan marah tau...
Mohd Radzi said…
Yes u er right. Even Prophet pun pendatang. Tetapi selepas konsep negara bangsa (nation state) di perkenalkan kerana Liga bangsa (League of Nation) gagal membendung nafsu manusia, bangsa dunia mula melihat hak ke atas kewilayahan. Maka ia terbahagi kepada 'obrigin' dan 'natif'. I suggest, u should attend my class on 'Latarbelakang Masyarakat Malaysia'. tq

Popular Posts