APA SUDAH JADI DI LEMBAH PANTAI?

Saya melalui jalan Lembah Pantai lima hari dalam seminggu kerana itu merupakan jalan mengelak dari kesesakan lalu lintas. Dato’ Shahrizat Jalil adalah seorang wakil yang amat cemerlang dan cukup sayang dengan masyarakatnya. Beliau telah menjaga kawasannya dengan amat baik. Jika saya sebagai pegawai penilai prestasi beliau di Lembah Pantai, saya yakin setiap tahun beliau akan dapat CEMERLANG. Saya kagum dengan kegigihan beliau dalam menyelesaikan masalah masyarakatnya.

Ketika berkempen, beliau juga berkempen dengan cukup hormat. Beliau menghormati lawannya yang masih muda. Apabila kalah, ia juga menerima dengan tenang. Tetapi apa sudah jadi sebenarnya di Lembah Pantai?. Saya mati-mati dan yakin bahawa mustahil Nurul Izah akan menang dan Nurul Izah sebenarnya memancung diri sendiri apabila memilih untuk bertanding di Lembah Pantai. Tetapi ia menang. Apa sebenarnya yang terjadi di Lembah Pantai? Saya mohon masyarakat Lembah Pantai yang membaca catatan saya ini, akan menjawab dengan jujur. Apakah yang sebenarnya berlaku di Lembah Pantai?

Comments

Popular Posts