DATO MUKHRIZ MAHATHIR: PAHLAWAN PRU KE-12

Siapakah sebenarnya wira atau pahlawan atau hero dalam PRU 12 ini. PAS? PKR? DAP? BN?. Semestinya ia bukanlah kumpulan atau parti. Pahlawan atau wira mestilah individu tertentu. Mukhriz adalah pahlawan atau wira sejati dalam pilihanraya ke 12. Beliau bertarung di tempat lawan tanpa persiapan yang lengkap. Ia ibarat panglima perang China Xio Ju yang dihantar oleh maharaja ke medan perang dengan harapan beliau dan pengikutnya tewas dan musnah sama sekali. Tetapi dalam PRU 12 ini, Mukhriz bukan Xio Ju, beliau adalah pahlawan yang hebat. Sungguhpun dihantar ke kubu lawan, beliau tidak terbunuh di sana. Bahkan berjaya dengan cemerlang. Bapanya hanya dua kali turun ke Jerlun, itupun tidak berjalan ke serata tempat kerana tidak sihat sangat, beliau tetap menang. Saya terharu tatkala melihat masyarakat menitiskan air mata apabila dapat berpeluang bersalam dengan Dr Mahathir. Dia adalah wira yang agung dan melahirkan pahlawan yang agung juga.

Saya berdiri tegak, kaki rapat, tangan kiri rapat di paha kiri, pandang terus ke depan, TABIK kepada kedua-dua pahlawan ini. Saya berdoa semoga Mukhriz akan melakukan seperti yang dikatakannya kerana rakyat di negeriku amat menagih seorang wakil yang sentiasa dekat dengan mereka. Tahniah, tahniah, tahniah.

Comments

Popular Posts