Nuffnang Ads

Tuesday, May 29, 2012

KOMUNIKASI KORPORAT DI MALAYSIA


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN DAN AMALAN KOMUNIKASI KORPORAT DI MALAYSIA (nyatakan contoh yang berkaitan)


1.       PENDAHULUAN

1.1     Komunikasi korporat adalah satu bidang yang boleh di katakan agak baru kepada organisasi atau syarikat di Malaysia. Ianya mula menjadi penting apabila dasar penswastaan diperkenalkan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengan ada nya dasar ini, syarikat-syarikat mula terdedah kepada persaingan bagi mendapatkan keuntungan yang lebih. Ketika itu, kepentingan komunikasi korporat  hanya terasa kepada syarikat-syarikat yang bukan kerajaan atau syarikat yang mencari keuntungan. Manakala organisasi-organisasi kerajaan melihat komunikasi korporat bukanlah satu keperluan kepada mereka. Ini kerana fungsi organisasi kerajaan hanyalah bagi menyediakan perkhidmatan, bukannya mendapatkan keuntungan. Lagipun pemikiran tradisi berpendapat, semua orang telah sedia tahu tentang organisasi berkenaan. Contohnya Organisasi TELEKOM beranggapan bahawa semua rakyat Malaysia sedia tahu berkaitan TELEKOM dan perkhidmatan yang disediakan iaitu perkhidmatan talian telefon. Maka komunikasi korporat menjadi tidak penting ketika itu. Walau bagaimanapun setelah organisasi TELEKOM dikorporatkan dan menukar fokus dari hanya menyediakan perkhidmatan kepada keuntungan, maka elemen komunikasi korporat di lihat sangat penting. Kepentingan ini lebih terasa apabila wujud pesaing-pesaing syarikat komunikasi yang lain. Maka itu, hari ini kita dapat lihat TELEKOM dengan imej, logo, moto dan warna yang seratus peratus bernafas baru.

1.2     Walaupun kesedaran tentang kepentingan komunikasi korporat diketahui tetapi pengembangannya di Malaysia amat perlahan. Apakah faktor-faktor yang telah menyebabkan perkembangan ini agak perlahan. Kertas kerja ini akan mengupas faktor-faktor yang telah mempengaruhi pembangunan dan amalan komunikasi korporat di Malaysia. Kupasan akan dibuat dengan mengetengahkan beberapa contoh. Kupasan juga akan merangkum sekali gus sama ada syarikat swasta atau organisasi kerajaan. Bagi memudahkan perbincangan, kertas kerja ini akan menyentuh perkara-perkara seperti definisi komunikasi korporat dalam perspektif Malaysia, sejarah dan amalan semasa komunikasi korporat, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dan mengapa ia berlaku sedemikian.


2.       KOMUNIKASI KORPORAT DARI PERSPEKTIF MALAYSIA

2.1     Komunikasi Korporat boleh didefinisikan sebagai satu proses atau tindakan menterjemah atau mengubah identiti korporat yang berbentuk fizikal seperti logo, warna, perkataan dan sebagainya yang melambangkan organisasi kepada imej korporat berbentuk mental atau pemikiran. Bermakna apabila melihat kombinasi warna atau logo berkenaan, tanpa diberitahu, pemerhatinya akan secara automatik memikirkan organisasi tersebut. Contohnya melalui komunikasi korporat, sesebuah syarikat akan melakukan proses ‘promotional mix’. Proses ini melibatkan jenama dan kaedah promosi bagi memperkenalkan ‘brand’ atau ‘trademark’ sesebuah syarikat. Proses ini perlu melibatkan semua pihak.  

2.2     Ini bermakna komunikasi korporat adalah komunikasi yang melibatkan semua lapisan stakeholder. Ini kerana komunikasi korporat menjadi landasan perhubungan antara organisasi atau syarikat dengan publik. Landasan perhubungan ini boleh dilakukan oleh syarikat melalui pelbagai kaedah seperti perhubungan awam dan pengiklanan atau usaha-usaha promosi. Ini mungkin boleh melibatkan perkara-perkara seperti newsletter, video klip korporat, mengurus media ketika berhadapan dengan krisis, rancangan acara khas dan membina hubungan yang baik dengan stakeholders.

2.3     Memandangkan komunikasi korporat adalah aktiviti komunikasi yang melibatkan semua pihak dan menjadi landasan atau asas perhubungan, maka ia meliputi dua bentuk komunikasi iaitu komunikasi dalaman dan komunikasi luaran (Balasan, 2008).

2.3.1      Komunikasi luaran. Komunikasi luaran melibatkan hubungan dengan pihak media seperti mengadakan acara-acara yang melibatkan media bagi mengeratkan hubungan, mengadakan juru cakap atau lebih dikenali dengan Pegawai Komunikasi Korporat atau Pegawai perhubungan yang berkebolehan tinggi dalam mengadakan komunikasi dan mengadakan acara-acara luar bagi menghebahkan atau bertujuan promosi. Pegawai perhubungan mestilah berupaya untuk menyelenggarakan laman sesawang organisasi, mengurus publisiti organisasi seperti majalah dan berurusan dengan pihak media.

2.3.2      Komunikasi dalaman. Komunikasi dalaman meliputi hal-hal seperti mengurus publisiti syarikat untuk tatapan pekerja dan rakan kongsi dan menjalankan acara-acara dalaman yang melibatkan staf. Ianya mengandungi empat elemen utama seperti berikut:

2.3.2.1           Komunikasi pekerja. Ianya terdiri dari perkongsian maklumat dengan pekerja, membina sikap kebanggaan pada pekerja, mengurus isu-isu pekerja, mengurus kemudahan dalam talian atau laman sesawang syarikat.

2.3.2.2    Pengurusan jenama. Membangun dan mempertingkatkan identiti korporat syarikat untuk menentukan supaya ia mematuhi panduan jenama syarikat.
2.3.2.3           Komunikasi krisis. Mengurus krisis syarikat melalui komunikasi yang berkesan.

2.3.2.4           Pegawai komunikasi korporat. Buchholz (2001) dalam kajiannya mendapati terdapat perbezaan kredibiliti yang sangat ketara di antara pegawai komunikasi korporat syarikat global yang berjaya dengan syarikat- syarikat lain. Dalam mengkaji lebih 500 buah syarikat gergasi dunia, mereka menemui 48% Pegawai Komunikasi Korporat mempunyai hubungan secara terus dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Mereka juga mendapati 42% dari kerja Pegawai Komunikasi Korporat ialah melibatkan strategi dan 58 % melibatkan taktik. Kajian juga mendapati pada masa akan datang Pegawai Komunikasi Korporat akan memberi tumpuan khusus kepada tanggungjawab sosial, hubungan dengan media dan mempertingkatkan reputasi syarikat.

3.       AMALAN SEMASA KOMUNIKASI KORPORAT

3.1     Bagaimanakah komunikasi korporat mencapai matlamat yang telah ditetapkan? Dewasa ini, banyak perkara yang telah dilakukan oleh komunikasi korporat kerana keperluan telah berubah dan menjadi lebih kompleks. Antara usaha yang dilakukan ialah menghidupkan budaya korporat yang tersendiri, falsafah korporat yang logik, korporat identiti yang menarik, hubungan profesional dan bersesuaian dengan media khususnya ketika krisis, kaedah yang sofistikated dan sesuai dengan komunikasi global.

3.2     Isu utama di sini ialah adakah semua perkara yang positif berkenaan telah diamalkan atau dilakukan oleh syarikat atau organisasi di Malaysia? Hakikatnya organisasi di Malaysia hanya mengamalkan sebahagian sahaja dan tidak mengamalkan sebahagian lagi. Sebagai contohnya organisasi milik kerajaan seperti TELEKOM Berhad, PDRM, ATM, TNB, Kastam dan Imigresen dan banyak lagi. Organisasi seperti ini bersikap ‘is no body busisness’. Amalan komunikasi korporat yang di amalkan oleh kakitangan organisasi seperti ini bertentangan dengan hasrat komunikasi korporat. Kakitangan Jabatan Kastam dan Imigresen memberikan perkhidmatan yang di katakan tidak ikhlas, tidak suka membantu, sombong, tidak senyum dan banyak lagi. Perlakuan kakitangan tidak mencerminkan kefahaman terhadap komunikasi korporat yang menjadi komunikasi semua kakitangan. Komunikasi korporat bukan hanya menjadi tanggungjawab bahagian komunikasi korporat sahaja, ia melibatkan semua pihak. Organisasi seperti ini hanya bagus menyediakan teori, tata kelakuan, panduan perkhidmatan, dan segala yang baik hanya di atas kertas atau untuk dilekatkan di dinding pejabat sahaja. Nyatanya praktik tidak sedemikian rupa. Di sepanjang tahun 2008, Biro Pengaduan Awam telah menerima 9,456 aduan yang berkaitan dengan sikap dan etika kakitangan organisasi kerajaan (Utusan Malaysia, Nov 28).

3.3     Dari aspek kemudahan atau teknologi berkaitan komunikasi korporat ataupun sumber kewangan pula, ianya bukanlah satu masalah yang besar. Kemudahan sebegini adalah sangat kritikal kerana ia penting dan memerlukan kos yang agak tinggi (James, 2003). Syarikat swasta dan organisasi kerajaan hari ini mampu menyediakan segala keperluan bagi mencapai matlamat komunikasi korporat. Ini bermakna organisasi atau syarikat di Malaysia tidak menghadapi masalah dalam menyediakan keperluan komunikasi korporat tetapi praktiknya tidak berlaku.  Dalam keadaan ekonomi negara yang sedang pesat membangun, kita tidak lagi boleh menyalahkan faktor ekonomi, politik dan sosial sekiranya gagal mempraktikkan komunikasi korporat yang baik. Ini boleh dibuktikan dengan apa yang kita dapat lihat secara fizikal. Semua organisasi sama ada yang menyediakan perkhidmatan ataupun produk mempunyai logo dan warna yang sangat cantik, cogan kata yang mengujarkan, baju atau uniform yang kemas, piagam pelanggan yang sangat magis dan lain-lain lagi. Malangnya praktikal tidak berlaku seperti yang dilaungkan atau dinyatakan di dinding pejabat. Mengapakah sedemikian?


4.       FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

4.1     Persoalannya ialah bagaimana organisasi berkomunikasi dengan pekerja, pengguna yang ramai, dan media? Kemudiannya menjadikan komunikasi tersebut berharga atau mendatangkan keuntungan kepada organisasi. Satu hakikat yang tidak boleh dipinggirkan ialah komunikasi korporat sebenarnya adalah berkaitan dengan cara organisasi mengurus dan menentukan persepsi pekerja, pengguna, media dan stakeholders ke arah yang dikehendaki. Persepsi ini harus diurus tepat pada waktunya supaya ia berkesan. Ia harus diurus dengan hubungan penuh profesional dengan semua stakeholders demi imej positif organisasi (Doorley & Garcia, 2007).

4.2     Dalam apapun bentuk organisasi korporat seperti kompeni, organisasi, syarikat, institusi, sendirian berhad, perkongsian, milik penuh atau separa kerajaan sama ada besar atau kecil; kesemuanya memerlukan imej dan reputasi yang dihormati dan dikenali ramai kerana kelebihannya. Ini kerana persekitaran global pada hari ini membuka peningkatan peluang untuk bersaing, kemudahan mencapai maklumat dan menghebahkannya melalui media, dan melakukan pelbagai strategi yang kreatif. Dalam hal ini, perkara atau tindakan yang paling penting ialah imej atau reputasi pengurusan sesebuah syarikat di lihat lebih mendominasi elemen-elemen lainnya.  Ianya di lihat boleh memainkan peranan yang lebih besar, lebih signifikan dan bersifat natural profesional.

4.3     Era yang menyempitkan komunikasi korporat hanya kepada memenangi dan mengadakan majlis makan malam atau segelas teh tarik dan sekeping roti canai atau sepinggan nasi kandar telah jauh tertinggal. Jika sesebuah organisasi masih berpegang pada amalan begini, maka mereka akan jauh tertinggal dan tidak memiliki daya saing. Komunikasi korporat pada hari ini, berkembang dengan elemen-elemen sains dan seni mengurus persepsi yang tersangat kreatif. Komunikasi korporat hari ini bukan setakat berfikir di luar kotak tetapi memikirkan bagaimana ingin bersaing jauh dari kotak atau meninggalkan kotak.  Maknanya meninggalkan pesaing jauh tergapai-gapai di belakang dalam keadaan serba tidak berdaya untuk terus bersaing dalam pelbagai aspek.

4.4     Jika di lihat pada perkembangan komunikasi korporat di Malaysia dan dibandingkan dengan negara-negara yang lebih maju, didapati pengembangannya agak perlahan. Tetapi jika dibandingkan dengan negara-negara jiran ASEAN, pembangunan komunikasi korporat di Malaysia agak terkedepan dan amalannya mula di rasai. Walau bagaimanapun sebagai satu perbandingan yang positif, pada asasnya pembangunan komunikasi korporat di Malaysia masih agak perlahan. Mengapa pembangunannya dan amalan nya agak perlahan? Para sarjana komunikasi Malaysia mengutarakan pelbagai andaian dan pendapat berdasarkan hujah dan sandaran masing-masing. Kesemuanya berpendapat alasan merekalah yang paling tepat. Dari kesemua faktor-faktor yang diutarakan, ianya boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu politik, ekonomi dan sosial.

4.4.1  FAKTOR POLITIK

4.4.1.1  Globalisasi. Antara faktor-faktor global yang mempengaruhi amalan dan perkembangan korporat komunikasi ialah anti-globalisasi, ‘outsourcing’, dan ancaman pengganas. Dalam hal ini, bahagian komunikasi korporat berhadapan dengan kesan globalisasi akibat dari perlakuan pengguna tempatan dan kesan kepada pengguna tempatan akibat dari kesan globalisasi. Keadaan ini menjadi lebih kritikal kerana senario politik negara yang tidak ketentuan. Lagipun globalisasi membuka lebih banyak cabaran dan persaingan dan ianya memerlukan kos yang agak tinggi. Maka itu terdapatnya syarikat-syarikat yang bertindak menolak globalisasi atau anti-globalisasi. Syarikat-syarikat ini ingin kekal dalam corak tradisional dan tidak mahu brubah. Inilah yang mencabar dan mempengaruhi amalan komunikasi korporat di Malaysia. Selain dari itu, terdapat juga syarikat-syarikat yang menswatakan atau ‘outsourcing’ aktiviti pengeluaran. Bagi syarikat besar dan memiliki modal yang besar, mereka mampu melakukan ‘outsourcing’ kerana memiliki fasilitas dan kepakaran untuk mengurus  dan mengawal aktiviti yang telah diswastakan. Tetapi di Malaysia, kebanyakan syarikat belum mampu dan memiliki kepakaran untuk mengurus ‘outsourcing’ ini kerana memerlukan kos dan kepercayaan yang tinggi. Situasi ini telah agak lama mempengaruhi pembangunan dan amalan komunikasi korporat di Malaysia. Akhir sekali ialah ancaman pengganas. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara-negara maju lain, komunikasi korporat syarikat turut berhadapan dengan cabaran dari ancaman pengganas. Menurut Peterson (2003), ‘...global terrorism is widely considered to bet he transcndent threat to our national secuiryt, it’s also involve our local company’s’. Adalah menjadi tanggungjawab komunikasi korporat untuk sentiasa mempamerkan imej yang positif atau imej yang diterima oleh pengganas. Jika tidak syarikat akan berhadapan dengan ancaman pengganas. Perkara ini adalah amat sukar kerana bahagian komunikasi korporat berhadapan dengan dua keperluan yang berbeza iaitu keperluan mempamerkan imej atau reputasi kepada pelanggan dan dalam masa yang sama imej dan reputasi tersebut mesti tidak bercanggah dengan modes operandi pengganas.

4.4.1.2  Kemajuan Teknologi Komunikasi. Sistem politik negara masih diperintah oleh parti politik yang dipilih rakyat. Ini menyebabkan negara menjadi aman dan kerajaan yang memerintah berupaya merancang pembangunan dengan terancang. Pembangunan ini meliputi pembangunan dalam aspek kemudahan komunikasi. Komunikasi hari ini berlaku tanpa sempadan. Jarak dan lokasi bukan lagi menjadi halangan besar. Pembangunan Koridor  Multi media di Cyberjaya telah menjadikan Malaysia agak ke hadapan dalam aspek komunikasi. Faktor ini telah menyebabkan komunikasi korporat di Malaysia menjadi agak ke hadapan. Ini kerana langkah mempromosikan reputasi syarikat tidak lagi hanya terhad di dalam negara sahaja. Dengan kos yang rendah, usaha promosi boleh dijanakan tanpa sempadan dengan masa yang cepat dan dalam bentuk yang lebih komunikatif dan interaktif. Dengan ada nya kemudahan komunikasi, maka ia telah memudahkan kerja-kerja komunikasi korporat. Dalam hal ini, Arola (2008) berpendapat bahawa syarikat-syarikat tidak mempunyai pilihan untuk meraih keuntungan mudah melalui teknologi komunikasi. Berdasarkan kajian yang beliau lakukan, lebih dari 64% syarikat-syarikat yang tidak kompetitif kerana mereka tidak mempertingkatkan teknologi komunikasi syarikat. Contohnya; Sistem penerbangan Air Asia Berhad telah menjadi terkenal penerbangan murah yang mana pelanggannya melebihi 12 juta setahun. Dalam satu kajian yang dijalankan 73% dari pelanggan mengetahui berkaitan tawaran Air Asia ialah dari internet.
4.4.1.3  Tekanan Persaingan antarabangsa. Membina, mengekalkan dan mempertahankan reputasi korporat syarikat bukanlah satu pilihan dan ia menjadi tugas utama bahagian komunikasi korporat. Reputasi yang baik adalah tiket untuk terus beroperasi dan memberi nilai yang lebih kepada stakeholders. Di sebalik itu, ia juga membantu dalam meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan dan menjadikan rangkaian pembekalan lebih dihargai dan menarik pembeli yang berminat. Hakikatnya, dewasa ini di Malaysia untuk membina, mengekalkan dan mempertahankan reputasi yang baik bukanlah perkara yang mudah. Ini kerana wujudnya tekanan persaingan yang lebih besar iaitu bersifat antarabangsa. Syarikat-syarikat di Malaysia hari bukan sahaja bersaing dengan syarikat domestik tetapi bersaing juga dengan syarikat luar. Dalam hal ini bahagian komunikasi korporat syarikat perlu mengimbangi di antara keperluan tempatan dengan ekspektasi global atau pengguna antarabangsa. Di samping itu juga bahagian komunikasi korporat juga perlu membentuk strategi baru untuk berhadapan atau mengurus tekanan persaingan dunia digital dan mempamerkan aktiviti berdaya saing yang berterusan tanpa terjebak dalam perangkap ‘greenwashing’ (Douglass, 2005). Semua tindakan ini perlu dilakukan serentak. 

4.4.1.4  Peraturan dan Dasar. Dengan adanya sebuah negara yang stabil, dasar atau peraturan berkaitan syarikat akan dapat diselaraskan. Justeru peraturan yang sama ini akan memberi peluang yang sama rata kepada semua syarikat untuk bersaing. Manakala undang-undang pula tidak memihak kepada  kompeni atau syarikat tertentu. Ini bermakna, dari aspek praktik komunikasi korporat, semua syarikat bebas melakukan aktiviti komunikasi ....

Purchasing Format

1.         All prices are in Malaysia Ringgit, and do not include shipping and handling. Please choose your purchasing method.

Purchasing Method
Format
Costing
A
Softcopy
(send to your email)
= RM 150.00
B
Hardcopy with soft cover
(send to your address)
=RM 170.00
[RM 160.00 + RM 10.00 (shipping)]

C
Hardcopy with hardcover
(send to your address)
= RM 200.00
[RM 170.00 + RM 30.00 (shipping)]

2.         Please pay to Account Number: 1402-0184306528 (CIMB – Mohd Radzi bin Abd Hamid).

3.         After completed the payment, please describe your order by written down the;

  1. Title of the article:
  2. Purchasing Method (A or B or C):
  3. E-mail or address:
  4. Date of payment:
  5. Payment reference number:

and email to email: radzi_hamid@yahoo.com


Note:

a.         Copyright in each Articles, Dissertation and Theses is retained by the author. All right reserved.

b.                  Please note that because I custom print copies when receiving orders, articles, dissertation and theses can only be returned in the unlikely event of a production defect.

c.                  The order will sent to the address or email after received the payment.

3 comments:

Anonymous said...

hello there and thank you for your info – I have definitely picked up anything new from right here.
I did however expertise a few technical issues using this web site, since I experienced
to reload the site lots of times previous to I could get it to
load correctly. I had been wondering if your hosting
is OK? Not that I am complaining, but slow loading instances times will often affect your placement in google
and could damage your quality score if ads and marketing with Adwords.
Anyway I am adding this RSS to my e-mail and could look out for a lot more of your respective intriguing content.
Ensure that you update this again soon.
Feel free to surf my site GFI Norte

Anonymous said...

I enjoy, result in I found exactly what I
was taking a look for. You have ended my 4 day lengthy
hunt! God Bless you man. Have a great day. Bye
Have a look at my webpage - GFI Norte

Anonymous said...

I'm curious to find out what blog system you are using? I'm experiencing
some small security problems with my latest blog and I'd like to find something more safe. Do you have any suggestions?

Also visit my web-site; GFI Norte