RESEARCH PROPOSAL (SAMPLE)


 POLA DAN KEGAGALAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PASANGAN ANGGOTA TENTERA


BAB I


PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

            Kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga yang berpanjangan adalah idaman kepada setiap pasangan yang berkahwin. Idaman ini bersifat universal kerana ia tidak mengira agama, bangsa dan budaya. Setiap pasangan memilih pasangan masing-masing berdasarkan ciri-ciri tertentu atau cita rasa individu. Di samping itu bagi pasangan beragama Islam, mereka menerima konsep jodoh ditentukan oleh Tuhan. Jika telah ditakdirkan oleh Tuhan, jodoh tidak mengenali erti cantik atau sempurna. Sungguhpun setiap pasangan sama ada suami atau isteri, menanam idaman yang sama tetapi kadang kala idaman tersebut tidak tercapai seperti kata pepatah Inggeris ‘We got some, we lost some”.

            Di dalam perkhidmatan tentera, terdapat sesetengah anggota dan pegawai memilih pasangan dari perkhidmatan yang sama. Walau bagaimanapun, prestasi perkahwinan pasangan sesama perkhidmatan didapati lebih banyak bermasalah dari kejayaan. Malah ada segelintir yang beberapa kali berkahwin dengan pasangan dari perkhidmatan yang sama tetapi rumah tangga mereka berpecah juga pada akhirnya. Kegagalan perkahwinan sesama mereka di lihat boleh mencetuskan masalah sosial dalam tentera. Masalah keluarga atau peribadi berupaya menjejaskan prestasi kerja. Anggota tentera akan hilang fokus dari pekerjaan  utama dan lebih banyak menyelesaikan masalah peribadi.
           
Penyataan Masalah Kajian

            Masalah keruntuhan rumah tangga di kalangan anggota tentera yang berkahwin sesama mereka didapati semakin meningkat. Situasi ini mendapat perhatian yang serius dari pucuk pimpinan atasan tentera. Meskipun jumlahnya masih terkawal dan tidak melibatkan semua pasangan, tetapi peningkatan jumlah keruntuhan rumah tangga ini di lihat sebagai satu fenomena yang tidak sihat dan boleh menggugat kecekapan dan keberkesanan sumber tenaga manusia dalam tentera. Usaha-usaha untuk memperbaiki hubungan antara mereka dilakukan secara intensif oleh Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia. Gambaran tahap keruntuhan rumah tangga di kalangan anggota tentera yang meliputi pelbagai sebab mulai tahun 2001 hingga 2007 adalah seperti di Rajah 1.

Sepatutnya rumah tangga pasangan tentera lebih terurus dan terpimpin kerana melibatkan dua individu yang berdisiplin. Peningkatan jumlah penceraian dan laporan pergaduhan menunjukkan ia berlaku sebaliknya. Apakah sebenarnya yang menyebabkan rumah tangga pasangan bermasalah? Pelbagai sebab boleh disandarkan sebagai pencetus antaranya orang ketiga, kasih sayang, tanggungjawab dan sikap tetapi faktor-faktor penyebab tersebut boleh diselesaikan sekiranya pasangan berbincang dan berusaha mencari penyelesaian. Maknanya masalah rumah tangga pasangan boleh diselesaikan dengan melakukan aktiviti komunikasi yang berkesan. Maka kajian ini melihat faktor kegagalan komunikasi adalah penyebab utama kepada kegagalan rumah tangga pasangan.

            Rajah 1: Jumlah Kes Masalah Rumah Tangga Pasangan Tentera

Persoalan Kajian

            Persoalannya kini ialah adakah pola dan kegagalan berkomunikasi antara pasangan menjadi pendorong utama kepada keruntuhan rumah tangga seperti perceraian, tinggal berasingan, memiliki orang ketiga dan pergaduhan yang kerap. Justeru kajian ini akan mengkaji sejauh manakah kebenaran kenyataan ini. Persoalan kajian seperti berikut:

1.            Apakah faktor-faktor yang mendorong pasangan tentera untuk berkahwin sesama mereka?

2.            Sejauh manakah perkaitan antara pola dan bentuk komunikasi seperti lisan, bukan lisan, surat, telefon, surat elektronik dan sms dengan kegagalan rumah tangga pasangan anggota tentera?

3.            Sejauh manakah perkaitan kegagalan berkomunikasi antara pasangan anggota tentera terhadap kegagalan rumah tangga pasangan anggota tentera?.

4.            Adakah terdapat hubungan antara data demografi dengan kegagalan rumah tangga pasangan tentera?

Objektif Kajian

Objektif Umum

         Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara pola dan kegagalan komunikasi di kalangan pasangan tentera dengan kegagalan rumah tangga.

Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah untuk:

1.            Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kepada perkahwinan antara pasangan anggota tentera.

2.            Mengenal pasti perkaitan antara pola dan kaedah berkomunikasi di kalangan pasangan anggota tentera seperti komunikasi lisan, bukan lisan, percakapan telefon, surat menyurat, surat elektronik dan sms dengan kegagalan rumah tangga pasangan.

3.            Mengenal pasti perkaitan kegagalan berkomunikasi di kalangan pasangan tentera dengan kegagalan rumah tangga pasangan.

4.            Mengenal pasti hubungan antara data demografi dengan kegagalan rumah tangga pasangan tentera.

Kepentingan Kajian

            Adalah diharapkan kajian ini akan dapat memberi satu gambaran dan panduan kepada pihak pentadbir sumber manusia tentera, Kor Agama Angkatan Tentera, pasangan yang telah dan berhajat berkahwin sesama mereka mengenai kaitan pola dan kegagalan berkomunikasi dalam mendorong keruntuhan rumah tangga di kalangan pasangan tentera. Sekiranya terbukti bahawa masalah pola dan kegagalan komunikasi antara mereka menjadi pendorong kepada keruntuhan rumah tangga, maka langkah-langkah pencegahan awal perlu diambil terutama terhadap proses membina skop komunikasi dan kaedah komunikasi terbaik dan yang perlu dielakkan. Di samping itu, kursus-kursus atau silibus melatih kecekapan berkomunikasi dalam urusan rumah tangga perlu di tambah atau dilaksanakan khusus bagi pasangan yang memilih pasangan dari perkhidmatan yang sama.

            Menjadi harapan agar kajian ini dapat mengenal pasti sejauh manakah pola dan kegagalan berkomunikasi di kalangan pasangan tentera yang berkahwin menyebabkan wujudnya masalah rumah tangga yang berakhir dengan  perceraian. Di samping itu, kajian ini juga akan mengenal pasti cadangan-cadangan pengatasian bagi menyelesaikan masalah pola dan kegagalan berkomunikasi tersebut. Dengan adanya maklumat-maklumat tersebut, ianya akan boleh dihebahkan untuk dijadikan panduan oleh semua pihak khususnya pasangan yang telah berkahwin sesama mereka. Keputusan kajian ini akan dihebahkan kepada semua anggota tentera supaya mereka dapat mempertingkatkan keupayaan berkomunikasi dengan pasangan. Dengan mengamalkan prinsip dan konsep komunikasi yang tepat berdasarkan hasil kajian, ia akan dapat memberi faedah yang banyak kepada bidang komunikasi interpersonal.

Batasan Kajian

            Skop kajian hanya fokus kepada pola dan kegagalan berkomunikasi di antara pasangan tentera sahaja. Kajian ini tidak akan menyentuh sebab-sebab pendorong yang lain kerana berpendapat komunikasi adalah kunci kepada sebab-sebab pendorong lainnya. Sungguhpun faktor-faktor pendorong yang lain juga mempengaruhi dan boleh dikaji tetapi kajian ini tidak akan mengkajinya.

            Kajian ini akan dijalankan ke atas anggota-anggota dan pegawai-pegawai tentera yang telah dikenal pasti berkahwin sesama mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan jangka masa untuk kajian amat terhad, hanya beberapa responden sekitar Kuala Lumpur sahaja yang akan terlibat dalam kajian ini.

Definisi Konseptual

a.      Faktor gangguan seperti bunyi bising adalah asas kepada gangguan. Dalam hubungan pasangan, faktor gangguan boleh datang dari individu yang rapat dengan pasangan seperti ibu bapa, sanak saudara dan rakan–rakan. Faktor salah faham di kalangan pasangan juga menjadi faktor kegagalan kerana tentera mempunyai cara hidup yang eksklusif kerana mereka mempunyai undang-undang dan tata sosial yang perlu di ikuti sepanjang masa.

b.      Pasangan Tentera. Pasangan tentera yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah anggota tentera sama ada lelaki atau wanita yang berkahwin sesama mereka iaitu tentera berkahwin dengan tentera. Ianya melibatkan ketiga-tiga jenis perkhidmatan iaitu tentera darat, tentera laut dan tentera udara. Perkahwinan pasangan tentera tidak terhad anggota tentera darat berkahwin dengan anggota tentera darat sahaja. Banyak juga pasangan tentera yang berkahwin dengan jenis perkhidmatan yang berbeza. Selain dari itu, perkahwinan ini juga meliputi dua kategori perkahwinan iaitu pegawai dengan pegawai, pegawai dengan peringkat bawah, dan peringkat bawah dengan peringkat bawah.




BAB 2

SOROTAN LITERATUR

Latar Belakang

Bab ini akan mengemukakan beberapa sorotan literatur mengenai definisi komunikasi, bentuk komunikasi pasangan, tahap-tahap hubungan, kegagalan komunikasi, komunikasi tentera dan cara-cara memperbaiki dan menjaga hubungan atau komunikasi.

Definisi Komunikasi

Secara sedar atau tidak, kita berkomunikasi sejak dari dalam rahim ibu. Sesetengah ulama berpendapat, bayi mula berkomunikasi ketika usia 40 hari dalam rahim ibu. Ada yang pula mengatakan setelah berusia 6 bulan. Kita berkomunikasi 24 jam sama ada secara sedar atau pun tidak. Mimpi juga boleh dianggap berkomunikasi. Perkataan komunikasi dibentuk dari perkataan commune yang bermakna kesamaan. Menurut Ezhar Tamam (2004), komunikasi ialah satu proses ke arah mewujudkan kesamaan. Apabila kita berkomunikasi kita berusaha membentuk kesamaan dengan cara bertukar dan berkongsi maklumat secara lisan dan bukan lisan.

Dengan perkembangan teknologi komunikasi yang semakin tidak terjangka, tahap dan fokus komunikasi adakah kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang, kita merasakan semua benda yang di lihat atau tidak di lihat adalah komunikasi kerana masing-masing memiliki takrifan sendiri dari sudut berbeza yang diyakini itulah yang tepat. Abdullah Hassan (2002) mentakrifkan komunikasi intim sebagai hubungan lanjutan yang melibat aspek perasaan, jiwa, minat dan kekosongan hidup. Bagi beliau komunikasi intim memerlukan usaha yang lebih jika dibandingkan dengan komunikasi biasa. Pendapat Abdullah Hassan selari dengan pandangan Zamri Mohamad (2006). Beliau menjelaskan komunikasi intim memerlukan penggunaan bahasa-bahasa cinta yang puitis dan memerlukan kreativiti yang tinggi. Bahasa-bahasa puitis disusun menjadi kata cinta yang mempertingkatkan taraf komunikasi kepada tahap intim.

Bentuk Komunikasi Pasangan

Komunikasi antara pasangan boleh di katakan sebagai komunikasi kumpulan kecil kerana berkongsi makna dan mesej. Ia tergolong dalam kategori komunikasi interpersonal. Manusia berhubung dengan manusia adalah proses kefahaman berkenaan dunia serta berkongsi maksud dengan yang lain (Beebe, Beebe & Redmon (1999). Melalui komunikasi ini jalinan hubungan dapat ditingkatkan. Bijak dalam berkomunikasi dapat mengeratkan hubungan pasangan. Beebe, Beebe & Redmond (1999) menjelaskan komunikasi interpersonal sebagai kaedah komunikasi yang istimewa kerana ianya terjalin apabila manusia saling berinteraksi sesama manusia sehingga dapat mempengaruhi antara satu sama lain dan selalunya dengan tujuan untuk mengkoordinasi sesuatu hubungan.

Persoalannya ialah jika tujuan berkomunikasi untuk mengkoordinasi sesuatu hubungan seperti yang di katakan oleh Beebe, Beebe & Redmond, mengapa berlakunya perselisihan dalam komunikasi manusia. Bahkan sesetengah kes menjadi terlalu ekstrem hingga menyebabkan kematian. Sungguhpun Carl Von Clausewitz (1893) mengatakan pergaduhan atau peperangan adalah jalan penyelesaian terakhir dalam menyelesaikan masalah. Pergaduhan di katakan satu kaedah penyelesaian yang terakhir. Pihak yang menang akan menjadi pihak yang benar dan pihak yang kalah adalah pihak yang bersalah dan akan hilang banyak kepentingan. Peperangan antara Amerika Syarikat dengan Iraq adalah satu contoh teori ini. Iraq yang kalah di katakan bersalah dan terpaksa menerima semua ketetapan yang dibuat oleh pemenang iaitu Amerika Syarikat. Kajian ini melihat dari skop yang tidak terlalu besar iaitu sebuah perkahwinan antara pasangan tentera. Mengapa berlakunya perceraian?

Adalah lumrah untuk manusia menjalinkan hubungan. Dalam memperkatakan bentuk komunikasi atau hubungan pasangan, ianya melibatkan komunikasi seorang ketua (suami) dengan pengikutnya atau orang yang dipimpin iaitu isteri dan anak-anak. Sebagai ketua keluarga atau suami, ia memiliki tanggungjawab dan peranan untuk memastikan keluarganya berjalan lancar dan mencapai matlamat yang diangankan. Maka antara bentuk komunikasi antara pasangan ialah komunikasi ketua dengan pengikut. Mengikut Barker, Wahlers dan Watson (1995) seorang ketua perlu memiliki kemahiran komunikasi yang upaya menggerakkan pengikutnya ke arah mencapai matlamat dan sejahtera keluarganya. Dalam hal ini si suami perlu menjalankan tugasnya seperti memberi arahan, nasihat, panduan, teguran menyelia dan sebagainya. tertakluk kepada tujuan atau niat berkomunikasi. Sekiranya pengikut tidak mahu mematuhi arahan atau apa sahaja yang gariskan oleh ketuanya, maka ia bergantung pada kebijaksanaan ketua untuk mengendalikan pengikut seumpama itu. Dalam bentuk komunikasi ini, ketua dianggap sebagai seorang yang terpimpin atau tanpa dosa dan memiliki segala ciri-ciri yang baik dan murni.

Pinquart (2003) kurang bersetuju dengan pendapat oleh Barker, Wahlers dan Watson. Bagi beliau, peranan ketua keluarga hanyalah merupakan faktor sampingan. Beliau berpendapat perpecahan sesebuah keluarga di dorong oleh dua aspek utama iaitu ‘loneliness’ dan ‘sex differences’. Kesunyian yang dihadapi oleh individu sama ada suami atau isteri adalah berpunca dari komunikasi yang amat terhad. Komunikasi yang dilakukan, berlaku dalam suasana beku. Implikasi dari faktor kesunyian, pasangan bertindak keluar dari ikatan perkahwinan untuk mencari penawar kesunyian. Manakala perbezaan matlamat seks menjadikan pasangan bertindak mengikut haluan masing-masing. Suami bertindak memenuhi kehendak seks kerana didorong oleh rasa tanggung jawab dan memenuhi keperluan batiniah. Manakala isteri pula melakukannya kerana demi kasih dan sayang ke arah mendapatkan zuriat. Dua sebab ini membuka kepada sebab-sebab yang lain seperti curang, suami dianggap tidak pandai memainkan peranan sebagai ketua keluarga dan lain-lain lagi. Sungguhpun demikian, kadang-kadang berlaku perselisihan antara pengikut dengan ketua. Maka ia berbalik pada bentuk yang pertama iaitu komunikasi bertujuan untuk mengkoordinasi hasrat. Dalam hal ini juga Ezhar Tamam (2004) berpendapat jika pengikut tidak memenuhi tanggungjawabnya sebagai pengikut, maka potensi ketua tidak akan terserlah. Langsungnya seorang suami tidak dapat menjalankan perananya dengan berkesan atau terus gagal dalam rumah tangganya.

Walaupun seorang suami memiliki semua ciri-ciri baik tetapi beliau tetap menghadapi masalah dalam dengan pasangannya. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Ini bermakna seorang ketua yang berkesan tidak menjamin sejahtera antara pasangan. Maka ke arah mewujudkan suasana yang harmoni dan sejahtera antara pasangan, ia memerlukan kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri memiliki sikap yang berkesan dan memainkan peranan masing-masing dengan baik. Tubbs (1995) menjelaskan pengikut juga memainkan peranan penting dalam membentuk komunikasi yang berjaya antara pasangan. Belia mengkategorikan pengikut kepada tiga jenis iaitu kebergantungan, tidak sehaluan dan berdikari. Seorang suami, seorang ketua juga seorang pemimpin dengan seorang pengikut atau pasangannya adalah asas dalam satu kumpulan kecil yang saling memerlukan. Corak komunikasi antara mereka ialah saling memberi dan menerima atau menerima dan memberi. Maka seorang ketua atau suami yang baik dan berkesan hanya bermakna atau muncul apabila adanya pengikut atau isteri yang baik dan berkesan juga. Ketaatan dari kedua–dua belah pihak khususnya isteri sebagai pengikut adalah perkara pokok atau ramuan utama dalam hubungan antara pasangan. Dengan hanya mengetahui prinsip-prinsip pengikut tidak mencukupi selagi ia tidak dihayati dan difahami. Sebagai isteri bertindaklah sesuai dengan seorang suami dalam parameternya sendiri yang amat konstruktif dan sentiasa ingin bersatu padu dengan suaminya ke arah membentuk satu pasangan yang intim dan membentuk komunikasi yang berkesan.

Tahap-tahap Hubungan

Narimah (2003) berpendapat proses membentuk hubungan ini melalui tiga proses iaitu tindakan, respons dan ubah suai. Komunikasi pasangan memerlukan tindakan awalan oleh mana-mana pihak pun. Setelah sebelah pihak bertindak, sebelah pihak lagi perlu menyatakan respons sebagai persetujuan untuk melakukan komunikasi selanjutnya. Sekiranya tidak ada kesamaan atau komunikasi yang berbeza, maka ia memerlukan satu usaha ubah suai ke arah menentukan komunikasi yang selaras. Konsep yang dibina oleh Narimah agak sukar untuk difahami dan dirasakan agak terburu-buru. Konsep ini seakan-akan sama dengan Teori Pengurangan Ketidakpastian yang di asas oleh Berger (1987). Menurut Berger seseorang individu perlu melalui tiga tahap dalam membentuk hubungan dengan pasangannya.

Tahap yang pertama ialah tahap permulaan. Dalam tahap ini seorang individu akan menghebahkan atau memaklumkan maklumat berkaitan dirinya seperti nama, umur, taraf perkahwinan, jenis pekerjaan dan asal kelahiran dan lain-lain lagi. Untuk melangkah ke tahap kedua, tahap pertama amat bergantung kepada respons dari orang yang baru dikenali. Sekiranya tidak ada respons, individu berkenaan mungkin akan berdiam diri sahaja dan bertindak untuk menamatkan komunikasi yang dianggap gagal. Tahap seterusnya ialah tahap peribadi. Pada tahap ini kedua-dua individu mula berkongsi nilai, kepercayaan, kefahaman yang lebih bersifat peribadi. Antaranya mungkin mendedahkan kegemaran atau kesukaan jenis makanan, menyatakan hasrat jiwa dan angan-angan di hari depan. Pada tahap ini kita cuba memberi gambaran diri kita kepada pasangan. Tahap akhir iaitu tahap exit. Kita akan membina rancangan bagi komunikasi seterusnya, jika dirasakan ianya sesuai dan usaha untuk terus mengekalkan hubungan dilakukan, sekiranya tidak ada keserasian maka, exit keluar dari gelung komunikasi yang negatif akan berlaku.

            Pada dasarnya tahap-tahap tersebut berlaku mengikut susunan proses yang sistematik dan ia sebenarnya terjadi tanpa dirancang sama sekali. Sama ada pasangan sedar atau tidak, proses mengadakan hubungan melalui tiga tahap tersebut dan kemungkinan tahap menjadi kurang tidak boleh dinafikan. Walau bagaimanapun masih terdapat elemen-elemen lain yang membantu kejayaan tahap-tahap hubungan ini. Sebenarnya tahap-tahap hubungan mungkin lebih atau mungkin kurang dari tiga berlaku kerana ia merupakan satu keperluan bagi mewujudkan hubungan. Ini disebabkan oleh sifat semula jadi manusia yang inginkan hiburan (leisure) (Yoon G. Lee, 2004)). Lee berpendapat hubungan yang dibuat atas sebab keperluan hiburan yang mana individu memiliki sikap semula jadi untuk merasakan dimiliki atau memiliki. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau membahagikan keperluan hiburan pasangan kepada tiga kategori iaitu ‘active leisure, passive leisure and social entertainment’. Setiap hubungan yang dijalin sama ada dalam kontrak perkahwinan atau sebagainya, memerlukan elemen hibur tersebut. Kajian beliau mendapati, pasangan yang saling menghiburkan pasanganya sama ada secara aktif ataupun pasif dan memenuhi keperluan sosial dalam diri, akan kekal bahagia.

Sungguhpun Berger dan Narimah menyatakan tahap masing-masing yang hampir sama tetapi empat tahap terawal dirasakan lebih merangkumi semua tahap proses mewujudkan komunikasi lebih tepat dan sesuai. Oleh kerana hubungan melalui tahap-tahap tertentu yang memungkin berlakunya perkongsian rahsia peribadi atau sulit, maka lahirnya rasa memiliki antara satu sama lain (Robiah Kulop, 2006). Robiah juga menjelaskan dengan lahirnya rasa memiliki, maka dari situlah lahirnya rasa perlu untuk menguasai hak miliknya melalui satu ikatan ajaib yang disebut cinta.

Kegagalan Komunikasi

Kita telah membincangkan tahap-tahap, bentuk komunikasi yang mungkin berlaku dan semuanya menghasratkan satu komunikasi yang berjaya. Setiap sarjana komunikasi melihat kegagalan komunikasi dari perspektif yang berbeza dan ada juga yang hampir sama tetapi jawapannya kepada persoalan tersebut amat berbeza antara satu sama lain. Setiap sarjana mempunyai pendapatnya masing-masing. Asasnya kegagalan komunikasi di lihat dari sudut gangguan kepada komunikasi. Segala rintangan yang menghalang komunikasi berkesan di lihat sebagai penyebab kegagalan komunikasi. Antaranya ialah bunyi bising, tidak jelas, tidak faham dan perbezaan kefahaman atau budaya.

Menurut Leyva Meredith (2003), the communication failure between military wives sited on their own diffrences. Because military way of life have exclusive values and ethics which most wives dont understand. Beliau juga menjelaskan kegagalan komunikasi antara pasangan tentera, mungkin disebabkan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam masalah ini tidak ada pihak yang boleh dipersalahkan. Berdiam diri, keluar rumah seorang diri, pergi pesta tari menari atau minum wine di bar atau hotel juga di lihat sebagai petanda telah berkakunya kegagalan komunikasi.

Turbner (2002) menyatakan kegagalan komunikasi keluarga perlu di lihat dari skop yang lebih luas. Ini disebabkan oleh faktor kepelbagaian. Bagi beliau, komunikasi keluarga perlu di lihat dengan menyeluruh kerana ia melibat semua ahli keluarga. Kekalutan sesebuah keluarga bukan disebabkan oleh seorang sahaja individu tetapi ia perlu di lihat secara lebih luas termasuk faktor-faktor lain menyumbang kepada kegagalan komunikasi berkenaan.

Pendapat Turbner boleh diterima kerana faktor sekeliling perlu diambil kira dalam berkomunikasi. Faktor gangguan seperti bunyi bising adalah asas pada gangguan. Turbner melihat dalam skop yang lebih jauh. Dalam hubungan pasangan, faktor gangguan bagi Turbner bukanlah bunyi bising tetapi individu yang rapat dengan pasangan seperti ibu bapa, sanak saudara dan rakan-rakan. Beliau juga membahagikan pihak-pihak berkenaan kepada dua kategori yang mana pihak bertindak positif dan pihak yang bertindak negatif. Hubungan pasangan yang terganggu atau komunikasi yang gagal hanya boleh diselesaikan oleh pihak yang positif. Pihak yang negatif di lihat boleh menyebabkan tahap kegagalan komunikasi pasangan menjadi tidak terkawal. Pihak yang tidak sensitif ini termasuklah pihak ketiga yang cuba merosak hubungan, sanak saudara yang mempunyai niat yang tidak baik.

Selain itu faktor salah faham juga perlu di lihat sebagai satu sebab ke arah menggagalkan komunikasi. Sesetengah sarjana mengatakan ia adalah persepsi. Jika kita membuat persepsi negatif lebih awal, maka komunikasi agak sukar untuk dibentuk dan mungkin ia tidak berkesan. Kita hendaklah memiliki persepsi yang positif bagi membuka segala deria untuk mencerap dan menerima segala maklumat yang disalurkan ketika berkomunikasi. Persepsi negatif boleh dianggap sebagai gangguan dalam komunikasi. Seseorang komunikator yang baik akan sentiasa bersedia menerima semua gangguan.

            Mengikut Nurhanasafiza Mat Adnan, “.....perceraian yang berlaku ini disebabkan kelemahan komunikasi antara kami suami isteri. Jika berlakunya sebarang perselisihan faham atau pergeseran pendapat antara kami, kita berdua senyap. Kalau Hana bercakap, suami senyap dan begitulah sebaliknya”. Nurhanasafiza juga menyatakan campur tangan pihak lain dan tuduhan adanya pihak ketiga juga adalah antara sebab perceraian beliau (Zubir, 2007, Februari, 18). Dalam contoh kes ini, perceraian rumah tangga bukan sahaja disebabkan oleh kegagalan komunikasi tetapi juga oleh sebab-sebab yang lain seperti campur tangan orang luar dan adanya pihak ketiga. 

Komunikasi Tentera

Pola komunikasi agak berbeza dengan individu awam lain tetapi mempunyai hasrat atau objektif yang sama. Kaedah mesej disampaikan, nada suara, bahasa badan dan jarak ketika berkomunikasi memberi perbezaan (Leyva, 2003). Individu tentera bersuara agak kasar dan kuat, bahasa badan yang mungkin tidak selaras dengan bahasa kata dia aplikasikan ketika berkomunikasi dengan pasangan. Faktor jarak tidak diambil kira kerana bagi mereka semua orang wajar diberi layanan yang sama. Individu tentera berkomunikasi dalam pola dan corak yang sama dengan isteri, kekasih, tunang atau mana-mana buah hatinya. Leyva juga berpendapat, perbezaan ini tidak disedari oleh individu tentera berkenaan kerana sikap dan amalan tersebut telah sebati dengan diri dan jiwanya.

Ada juga individu tentera yang jiwanya amat halus dan sangat sensitif dan mengambil kira semua faktor dalam menjalinkan hubungan intim. Khoo Kheng Hor (2002) menjelaskan bahawa komunikasi tentera menjadi amat berkesan kerana mereka terdiri dari individu yang terlatih. Individu menimba pelbagai pengetahuan strategi perang dan strategi tersebut boleh diaplikasikan oleh mereka ketika berkomunikasi. Strategi-strategi hubungan yang diasaskan oleh panglima-panglima perang seperti Sun Tzu boleh digunakan dalam mengurus rumah tangga mereka. Sebarang masalah komunikasi yang wujud boleh diselesaikan dengan prinsip-prinsip panglima perang terdahulu.

Berlandaskan konsep di atas, kaedah dan pola komunikasi yang berbeza di kalangan tentera boleh dianggap sebagai satu perbezaan yang menghalang keberkesanan komunikasi. Jika kedua-dua pasangan dari organisasi yang berbeza, perbezaan tersebut menjadi lebih lebar jurangnya. Ini bermakna pasangan tentera memerlukan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan terlebih dahulu. Maka mereka perluas mengikut fasa hubungan yang telah dijelaskan di atas. Implikasi dari pembinaan asas diri yang bermula sejak awal individu menerima pendedahan ketenteraan hinggalah mencapai tempoh dari 20 ke 40 tahun, individu tentera menjadi biasa atau terbentuk secara automatik kaedah dan cara berkomunikasi. Individu tentera lebih fokus atau terus kepada perkara yang ingin dikongsi. Mereka tidak menerima aspek politik dalam hubungan. Sama ada pasangan menerima atau tidak pendapat mereka, komunikasi tetap akan dijalankan. Dalam masa yang sama sikap yang kekal ini terbawa hingga kepada dalam rumah tangga. Maka hubungan dengan pasangan mereka juga menjadi begitu.



BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Bab 3 akan menjelaskan kaedah yang digunakan dalam kajian ini oleh penyelidik. Perkara-perkara tersebut mengandungi (1) lokasi dan subjek kajian, (2) populasi dan prosedur pensampelan, (3) instrumen kajian, (4) Pra-uji, (5) organisasi penyusunan data, (6) operasional pemboleh ubah, (7) kesahan dan kesahihan instrumen, (8) Kaedah pengumpulan data dan (9) Analisis data dan kepentingan statistik.

Lokasi dan Subjek Kajian

Tumpuan kajian ialah di Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan. Lokasi lain yang akan dibuat kajian ialah Kem Senawang, Seremban. Lokasi kajian adalah berdekatan dengan tempat kerja dan tempat tinggal penyelidik kerana ia lebih memudahkan dan menentukan borang soal selidik di serah kembali tepat pada masa yang diminta. Borang-borang soal selidik akan dihantar kepada pasangan yang telah dipilih melalui sistem penghantaran tentera kerana ia dibuat secara sistematik dan akan menentukan borang berkenaan dapat kepada responden dan dikembalikan......


[To continue reading, please choose your order.
Purchasing Format

1.         All prices are in Malaysia Ringgit, and do not include shipping and handling. Please choose your purchasing method.

Purchasing Method
Format
Costing
A
Softcopy
(send to your email)
= RM 150.00
B
Hardcopy with soft cover
(send to your address)
=RM 170.00
[RM 160.00 + RM 10.00 (shipping)]


C
Hardcopy with hardcover
(send to your address)
= RM 200.00
[RM 170.00 + RM 30.00 (shipping)]


2.         Please pay to Account Number: 1402-0184306528 (CIMB – Mohd Radzi bin Abd Hamid).

3.         After completed the payment, please describe your order by written down the;

  1. Title of the article:
  2. Purchasing Method (A or B or C):
  3. E-mail or address:
  4. Date of payment:
  5. Payment reference number:

and email to email: radzi_hamid@yahoo.com


Note:

a.         Copyright in each Articles, Dissertation and Theses is retained by the author. All right reserved.

b.                  Please note that because I custom print copies when receiving orders, articles, dissertation and theses can only be returned in the unlikely event of a production defect.

c.                  The order will sent to the address or email after received the payment.

Comments

Popular Posts