Nuffnang Ads

Tuesday, May 29, 2012

PERANAN DAN IMPLIKASI KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI


PERANAN DAN IMPLIKASI KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak menyebut Allah”
                                                                                   
                                                                        Surah Al-Khafi: Ayat 103-105

PENDAHULUAN

            Manusia dijadikan Allah S.W.T dari seketul tanah liat, kemudiannya ditiupkan roh. Di dalam syurga, manusia hamba Allah iaitu Adam dan Hawa berhubung atau berinteraksi dengan semua makhluk ciptaan Allah yang berada di dalam syurga. Hawa dan Adam berinteraksi sesama mereka, kemudian mereka berinteraksi dengan malaikat dan iblis. Akibat dari interaksi dengan iblis, Adam dan Hawa melanggar perintah Allah yang mengakibatkan mereka berdua diturunkan ke dunia. Asal usul kejadian membuktikan bahawa semua makhluk Allah S.W.T berinteraksi antara satu sama lain. Dalam erti kata lain mereka telah menjalinkan perhubungan atau lebih dikenali dengan komunikasi antara mereka dengan tujuan yang tertentu.

Sungguhpun Nabi Allah Adam dan Hawa diturunkan ke dunia atas alasan melanggar perintah Allah S.W.T tetapi hakikatnya ialah untuk menjadi khalifah kepada makhluk Allah yang lain di muka bumi. Bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah ini, maka Allah mengurniakan akal kepada manusia bersama kelebihan-kelebihan lain. Dengan menggunakan akal dan kelebihan tersebut manusia berkomunikasi untuk mengurus dunia, keluarga dan diri sendiri. Tanggungjawab sebagai khalifah tidak akan tercapai atau terlaksana jika manusia tidak boleh berkomunikasi atau tidak melakukan aktiviti komunikasi antara mereka. Ini bermakna manusia tidak boleh tidak untuk melakukan aktiviti komunikasi sebagai pelengkap kepada kehidupan harian. Tanpa melakukan komunikasi, barangkali dunia manusia menjadi beku dan sunyi. Pastinya komunikasi adalah satu perkara yang mempunyai peranan amat penting untuk manusia menjadi khalifah di muka bumi. Kepentingan komunikasi lebih terserlah lagi dalam sesebuah organisasi sama ada kecil atau besar yang sentiasa menagih kepemimpinan ketua atau majikan. Keberkesanan ketua dalam mentadbirkan organisasi terletak kepada kebijaksanaannya dalam berkomunikasi dengan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan.

Kepentingan komunikasi tidak dapat dinafikan dan mempunyai peranan yang sangat impak tetapi implikasi sama ada negatif atau positif tidak dapat ditelah. Masalahnya ialah implikasi komunikasi sentiasa melebihi dari jangkaan yang sama sekali tidak terduga dan berlaku dalam ruang lingkup yang tidak diramal. Kesilapan dalam komunikasi boleh mengancam atau menggugat perhubungan negara bangsa. Kesilapan ini merangkumi aspek makna, kaedah atau cara mesej dihantar, tafsiran penerima, kefahaman antara penghantar dan menerima dan kesediaan penerima untuk mencerap mesej. Ini adalah kerana komunikasi seperti senjata yang mempunyai dua mata. Jika salah di tafsir atau dihantar, ia akan memberi maksud yang berbeza. Perkara ini menjadi lebih serius jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi dan dilakukan  oleh pemimpin. 

DEFINISI

            Kertas kerja ini akan membincangkan semua peranan komunikasi dalam organisasi. Jenis komunikasi yang akan dilibatkan ialah komunikasi lisan dan bukan lisan. Manakala aspek implikasi, kertas kerja ini akan melihat implikasi positif dan negatif. Keseluruhan perbincangan akan berfokus kepada kepemimpinan sesebuah organisasi termasuk pemimpin rendah dan pemimpin atasan. Bagi menentukan kefahaman kepada tajuk kertas kerja, dua definisi akan dibincangkan iaitu definisi ‘komunikasi’ dan ‘kepemimpinan organisasi’.

Pelbagai definisi komunikasi dibuat oleh pakar-pakar komunikasi seperti Hoben, Berelson, Steiner,  Miller, Gode dan Ruesch. Antara definisi komunikasi yang sering di guna pakai oleh para sarjana dan pengkaji komunikasi ialah definisi oleh Hoben, Ruesch, Berelson dan Steiber.  Definisi yang dibuat oleh Ruesch (1975) bersifat agak umum. Beliau menyatakan ‘komunikasi adalah suatu proses yang menghubung bahagian-bahagian yang terasing di dunia ini’. Manakala Hoben (1954) pula menyatakan ‘komunikasi adalah pertukaran secara verbal sesuatu idea atau pandangan’. Hoben mengandaikan proses pertukaran idea berjaya dilaksanakan. Berelson dan Steiner (1964) mendefinisikan komunikasi sebagai ‘proses pemancaran maklumat’. Definisi ini tidak melihat atau mempertimbangkan hasil setiap komunikasi sama ada berjaya ataupun tidak. 

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kepemimpinan organisasi?.  Sesetengah sarjana komunikasi mendefinisikan kepemimpinan sebagai kemahiran komunikasi yang menggerakkan kumpulan ke arah pencapaian matlamat dan kesejahteraan kumpulan (Barker, Wahlers dan Watson, 1955). Narimah (2002) menyatakan organisasi adalah satu badan yang mengandungi kumpulan-kumpulan dan juga individu yang bekerjasama bagi mencapai matlamat tertentu.  Ini bermakna, kepemimpinan organisasi boleh ditakrifkan sebagai kemahiran berkomunikasi di dalam satu badan yang mengandungi kumpulan-kumpulan atau individu untuk mencapai matlamat organisasi demi kebaikan bersama.


KAITAN KOMUNIKASI DENGAN KEPEMIMPINAN

            Persoalan pertama yang harus difahami ialah bagai manakah komunikasi berkait dengan kepemimpinan dan mengapakah ianya menjadi terlalu teras. Hubungan ini dapat di lihat dari beberapa aspek. Pertama, Komunikasi adalah segala-galanya dalam perhubungan sesama manusia. Seseorang pemimpin dari sebuah syarikat mega hingga ke institusi keluarga akan menjadi pemimpin yang berkualiti  sekiranya ia mampu menterjemah idea dalam komunikasi yang paling berkesan. Kegagalan pemimpin dalam melontar secara jelas dan kegagalannya menyampaikan hasrat dan matlamat organisasi atau keluarga melalui komunikasi yang berkesan, menjadi batu penghalang kepada perhubungan akrab, kerjasama  dan semangat pengorbanan pengikut kepada organisasi antara pemimpin dan pengikut dan organisasi.

Kedua, Pemimpin diadili melalui komunikasi lisan dan tanpa lisan.  Melalui perbualan percakapan, cara berjalan dan berpakaian dan segenap ruang lingkup, kehidupan seseorang pemimpin sentiasa terdedah kepada ‘judgement’ oleh pengikutnya. Pengikut sentiasa menilai perwatakan melalui gaya fizikal yang boleh di lihat oleh pengikut. Justeru pemimpin hendaklah sentiasa berusaha membina imej secara aktif. Pemimpin bukan sahaja perlu melihat dirinya dalam tingkapnya sendiri, pada masa yang sama ia perlu melihat dalam tingkap yang tersembunyi yakni tingkap orang lain. Teori ini pernah diangkat oleh sarjana (Joseph Lark dan Harry Hont) melalui Teori Tingkap Johari[1] dan idea Imam Al-Ghazali[2]. Imam Al-Ghazali menyatakan tidak semua perkara yang pemimpin tahu diketahui oleh pengikut, begitu juga sebaliknya. Secara tidak langsungnya, pembinaan imej melalui komunikasi tahap lisan dan lisan boleh memperbaiki kekurangan lahiriah dan batiniah .

Ketiga, konsep komunikasi strategi. Bagi memastikan semua keputusan pemimpin dilaksanakan dengan berkesan. Keberkesanan komunikasi pada hari ini di lihat sebagai tidak bergerak secara sendiri kerana perkembangan teknologi komunikasi yang tidak terbendung. Justeru teknologi komunikasi turut membantu dalam menjalankan urusan kepemimpinan antaranya ialah faks, telefon, komputer, email, kamera digital dan lain-lain lagi. Masalah jarak tidak lagi wujud pada hari ini kerana pemimpin boleh berhubung atau berkomunikasi dengan pengikutnya tanpa mengira di mana ia berada.


MASALAH KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI

            Permasalahan ini perlu di lihat dari aspek masalah komunikasi dalam kepemimpinan dan masalah kepemimpinan dalam komunikasi. Adalah malang jika ada pemimpin yang tidak tahu akan kepentingan komunikasi yang berkesan dan seterusnya bertindak mengabaikannya atau bersikap lewa ketika berkomunikasi. Dalam sesebuah organisasi terdapat beratus atau beribu pekerja atau pengikut yang datang dari pelbagai rencam budaya dan latar belakang. Agama, budaya, bangsa, daerah yang berbeza antara satu sama lain memerlukan bentuk komunikasi yang berbeza ketika berhubung. Pemimpin tidak boleh merangkup sekali gus bahawa semua pengikutnya sama. Dari aspek jantina sahaja sudah menagih kaedah komunikasi yang berbeza. Bagi organisasi yang ekstrem seperti angkatan tentera dan polis, kaedah komunikasinya secara total berbeza dengan komunikasi para guru dan murid di sebuah sekolah. Bahasa yang keras dan arahan yang tegas dan disampaikan dalam situasi serius ditagihkan dalam mentadbir sesebuah organisasi keselamatan. Manakala bahasa yang mesra dan penyampaian penuh diplomasi diperlukan di sebuah sekolah atau syarikat swasta lain.

Oleh kerana komunikasi seperti senjata dua mata, maka ia perlu disampaikan dengan baik, sempurna, sesuai dengan khalayak, sesuai dengan masa dan keadaan. Jika tidak, ia akan memberi maksud yang berbeza kepada pengikut. Sekiranya saluran komunikasi yang tidak sesuai digunakan, kemungkinan mesej yang disampaikan tidak sampai sepenuhnya atau tidak sampai langsung. Situasi ini akan menjadikan kelam kabut jika pengikut terus melaksanakan tugas tanpa mendapat arahan yang jelas. Inilah masalah sebenar komunikasi dalam kepemimpinan organisasi. Sejarah kepentingan penyampaian komunikasi lisan ditunjukkan oleh Panglima Perang China iaitu Sun Tzu ketika diuji Maharaja China. Sun Tzu mengatakan setelah arahan diberikan tetapi pengikut masih tidak dapat melaksanakan dengan baik atau salah pelaksanaannya, maka berkemungkinan arahan yang diberikan tidak jelas dan terang. Setelah arahan diberi dengan jelas dan terang dan berulang tetapi pengikut masih tidak dapat melaksanakannya dengan baik atau salah melaksanakannya, maka kesalahan diletakkan pada pengikut, maka pengikut perlu di hukum.

Sesetengah pemimpin dalam organisasi, buta teknologi komunikasi atau bersikap negatif dan menolak teknologi. Pemimpin khususnya generasi terdahulu yang masih tinggal menjadi pemimpin atasan sesebuah organisasi menolak teknologi komunikasi. Teknologi komunikasi bergerak pantas dan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sikap pemimpin yang menolak teknologi komunikasi menjadikan mereka buta pada peralatan tersebut sedangkan pengikutnya celik pada peralatan tersebut. Sikap pemimpin seperti ini lah yang memberi masalah komunikasi pada masa hadapan kerana masih bergantung pada sistem lama. Contoh terbaik dalam isu ini ialah kekalahan tentera China dalam perangannya dengan Taiwan. Tentera China yang digeruni telah kalah dalam peperangan ini kerana panglima perangnya menolak teknologi komunikasi. Mereka masih percaya kepada kaedah komunikasi dengan menggunakan burung merpati. Setiap mesej atau maklumat medan pertempuran disampaikan dengan burung merpati. Apabila Tentera Taiwan menubuhkan tim penembak dan melancarkan operasi menangkap burung merpati, banyak maklumat rahsia perang China diketahui oleh Tentera Taiwan. Antaranya ialah kebocoran strategi perang, maklumat kekuatan anggota dan persenjataan, susun atur serangan dan pertahanan dan laluan yang akan digunakan.  Dari sudut yang lain, barangkali tidak keterlaluan jika di katakan boleh dan mungkin akan menjadi realiti pada masa akan datang yang mana ketua kampung hanya menghantar jemputan perkahwinan melalui pesanan SMS. Sungguhpun ia melanggar budaya dan amalan tetapi kaedahnya amat mudah dan cepat.


MASALAH KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

            Selain dari masalah komunikasi dalam organisasi, pemimpin juga boleh menjadi masalah kepada organisasi. Formula organisasi yang berjaya iaitu pemimpin yang baik bergantung pada bakat kepemimpinan dan di gabungkan dengan ilmu atau pengetahuan yang sentiasa dikembangkan. Bakat kepemimpinan sahaja tidak mencukupi kerana tanpa memiliki ilmu, seseorang pemimpin akan menjadikan suatu organisasi tidak mampu bersaing pada masa hadapan dan akan tenggelam kesemuanya iaitu pemimpin dan organisasi itu sendiri. Oleh itu, pemimpin dan organisasi hendaklah memiliki ilmu dan pengetahuan yang mencukupi bagi membolehkannya bekerja dengan baik.

Kedua, pemimpin tidak kreatif. Sesetengah pemimpin beku atau tidak ingin berubah. Langsungnya idea dan kaedahnya tidak berupaya menarik minat pekerja dan tidak mampu bersaing merebut pelanggan. Pendekatan kepemimpinan kreatif dan terangsang adalah satu pendekatan yang sentiasa didambakan oleh pengikut. Ini melibatkan konsep inovasi, tidak ‘rigid’ sehingga beku dalam pendekatan. Contoh pendekatan kreatif ialah memberi komitmen peribadi kepada pengikut melalui mendengar pendapatnya, bijak mengukur nilai sumbangan, menjadikan diri sebagai contoh keterbukaan, imaginatif, berjiwa besar untuk organisasi bukannya kepentingan diri.

Ketiga, pemimpin mementingkan diri sendiri. Tidak dinafikan adanya pemimpin yang mementingkan diri sendiri. Situasi ini sering berlaku di kalangan pemimpin rendah. Memandangkan pemimpin rendah sentiasa berhubung dengan pekerja bawahan, maka hal ini akan menimbulkan masalah yang serius kepada organisasi dan menjejaskan kepemimpinan dalam organisasi. Mencari kemenangan peribadi dan taksub dengan mengayakan kaum kerabat sehingga boleh menolak semangat ukhuwah, kerjasama antara pengikut, menolak ‘espirti de corps’ boleh mengikis kepercayaan pengikut dan membantutkan pengembangan organisasi. Kesan yang lebih buruk ialah pengikut menolak penerimaan terhadap pemimpin, menanam sikap prejudis dan negatif terhadap setiap tindakan atau keputusan pemimpin, melecehkan nasihat dan idea pemimpin, langsungnya menggagalkan budaya motivasi dalam organisasi. Situasi ini dapat di lihat pada peristiwa yang berlaku dalam zaman pemerintahan salah seorang Khalifah Rasulullah iaitu Sayidina Ali Abi Talib. Sayidina Ali bin Abi Talib pernah ditanya mengapa para pengikutnya  berpecah belah dan tidak seperti para pengikut zaman Rasulullah? Ali menjawab “Ini kerana para pengikut pada zaman baginda tidak seperti diri yang menyoal”. Hakikat yang tidak boleh ditolak ialah ramai yang meminta untuk dipimpin tetapi tidak sanggup berkorban dan tidak ada keyakinan terhadap yang dipinta.

Keempat, dewasa ini sering berlaku krisis kepemimpinan dalam organisasi. Krisis kepemimpinan ini boleh berlaku dalam dua situasi iaitu antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan pengikut. Ianya tidak mempedulikan sama ada pemimpin tersebut masih berkhidmat atau telah bersara. Kemelut yang dihadapi oleh Dr Mahathir Mohammad dan Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi adalah satu contoh krisis kepemimpinan yang jelas antara pemimpin dengan pemimpin. Manakala krisis di Indonesia adalah contoh krisis kepemimpinan antara pemimpin dengan pengikut. Krisis kepemimpinan hari ini terlalu aneh, unik dan komplikated. Justeru ia perlu di pantau. Krisis dan konflik kepemimpinan akan terus berlaku, jika unsur jiwa pengikut berkecamuk atau berlaku konflik. Ini merupakan satu cabaran kepemimpinan masa hadapan. Seseorang pemimpin yang gagal mengawal pengikutnya boleh mencetuskan krisis kepemimpinan. Krisis ini boleh menyebabkan pemimpin hilang kuasanya.

Kelima, pemimpin tidak mempunyai karisma atau cahaya wajah. Karisma adalah kualiti tinggi atau istimewa yang wujud dalam kepemimpinan dan berupaya menarik perhatian pengikut yang banyak serta memberi inspirasi dan menggalak kecenderungan mengikut untuk mengikutinya. Kefahaman kepada karisma berubah mengikut corak komunikasi semasa. Peranan komunikasi telah menukar imej siapakah yang dimaksudkan dengan pemimpin berkarisma dengan komunikasi bukan lisan seperti cara berpakaian boleh meletakkan kelompok korporat dalam konteks pemimpin berkarisma moden dan hebat berbanding dengan maksud yang difahami sebelum ini. Melalui komunikasi yang dicurahkan melalui media, pemimpin berkarisma boleh di bentuk dan dipotretkan. Bagaimana memperolehnya?. Karisma atau cahaya wajah diperoleh melalui beberapa cara iaitu pemberian terus oleh Allah, keduanya daripada pergaulan dengan mereka yang memiliki karisma seumpamanya, menyedari bahawa dalam diri kita telah sedia ada karisma yang tersendiri dan hanya memerlukan pengempangan.  Masyarakat hari ini melihat pemimpin berkarisma melalui 3 aspek iaitu karakteristik  pemimpin, ciri-ciri pengikut dan keperluan suasana. Gabungan ketiga-tiga ramuan ini berupaya mewujudkan perhubungan dan kepemimpinan berkarisma secara bersama. Selain dari itu ia juga boleh di lihat dari aspek persepsi manusia kerana pengikut sentiasa menjadi hakim kepada pemimpin mereka dan keyakinan diri yang tinggi atau ‘will power’.

Keenam, pemimpin tidak bertenaga dan kurang semangat. Untuk menjadi seseorang pemimpin, ia mestilah mempunyai kekuatan dan tenaga fizikal dan rohani. Dukungan spirituil mestilah kuat. Dalam aspek ini, tenaga bukanlah semata-mata tenaga fizikal tetapi ianya merangkumi tenaga pembakar semangat untuk terus bertindak dan memimpin serta melontar tenaga yang hebat tersebut dengan semangat kasih sayang terhadap pengikutnya. Ketika Indonesia di pimpin oleh seorang presiden yang buta iaitu Gus Dur, kita melihat beliau sebagai amat tidak berdaya dan tidak bertenaga. Jika pemimpin sendiri hendak berjalan mengharapkan bantuan orang lain, bagaimanakah ia boleh dan mampu memimpin negara. Isu ia dipimpin oleh satu kuasa lain yang tidak boleh di lihat hanya isu emosi dan sensasi kepercayaan yang tidak beralas.


PERANAN KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI

            Nyatanya komunikasi mempunyai peranan penting dalam kejayaan sesebuah organisasi. Ini tertakluk kepada cara dan kaedah ia di aplikasi dan digunakan. Pemimpin organisasi yang bijak berkomunikasi dan sentiasa berusaha mempertingkatkan keberkesanan komunikasi akan menjadi pemimpin yang dihargai dan berjaya dalam mencapai hasrat dan matlamat dirinya dan organisasi. Komunikasi menjadi perantaraan antara pemimpin dengan pengikut dalam sesebuah organisasi. Dalam menyampaikan arahan dan amanat atau visi organisasi, pemimpin akan berkomunikasi dengan pekerja. Arahan dan amanat disampaikan melalui pelbagai kaedah seperti ucapan di dalam perhimpunan, email, surat-menyurat, papan hebahan atau laman web. Manakala hebahan maklumat berkaitan organisasi dan produk yang dikeluarkan boleh disampaikan melalui poster, ‘flyers’, laman web dan iklan-iklan. Pemimpin menggunakan laman web untuk memaparkan amanatnya dan perkara yang ingin dicapai. Ucapan ketika perbarisan adalah komunikasi secara langsung yang berlaku. Ada sesetengah organisasi yang merancang program tersendiri untuk membantu program pemimpin.  Satu mekanisme atau program bagi memastikan wujudnya kesinambungan wawasan dan idea pemimpin ialah mewujudkan program kepemimpinan untuk melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa dan berpengalaman.


IMPLIKASI KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI

            Jika implikasi positif yang terjadi, ia tidak menjadi sebarang kesulitan atau halangan kepada kepemimpinan organisasi. Masalahnya di sini ialah apabila implikasi negatif yang berlaku. Ini akan berlaku apabila komunikasi  tidak berlaku sebaiknya atau gagal di praktik dengan baik dalam organisasi. Manakala pemimpin organisasi pula gagal untuk berkomunikasi dengan baik. Apabila hal ini terjadi, ia akan mencetus beberapa implikasi negatif. Pertama, keputusan dan penyelesaian kepada sesuatu perkara sukar di capai atau tidak tercapai. Dalam setiap perbincangan sama ada antara pemimpin dengan pemimpin atau pemimpin dengan pengikut atau pengikut dengan pelanggan, jika mereka menghadapi masalah berkomunikasi,.....



[To continue reading, please choose your order.
Purchasing Format

1.         All prices are in Malaysia Ringgit, and do not include shipping and handling. Please choose your purchasing method.

Purchasing Method
Format
Costing
A
Softcopy
(send to your email)
= RM 150.00
B
Hardcopy with soft cover
(send to your address)
=RM 170.00
[RM 160.00 + RM 10.00 (shipping)]


C
Hardcopy with hardcover
(send to your address)
= RM 200.00
[RM 170.00 + RM 30.00 (shipping)]


2.         Please pay to Account Number: 1402-0184306528 (CIMB – Mohd Radzi bin Abd Hamid).

3.         After completed the payment, please describe your order by written down the;

  1. Title of the article:
  2. Purchasing Method (A or B or C):
  3. E-mail or address:
  4. Date of payment:
  5. Payment reference number:

and email to email: radzi_hamid@yahoo.com


Note:

a.         Copyright in each Articles, Dissertation and Theses is retained by the author. All right reserved.

b.                  Please note that because I custom print copies when receiving orders, articles, dissertation and theses can only be returned in the unlikely event of a production defect.

c.                  The order will sent to the address or email after received the payment.

1 comment:

Nur Ibtisam said...

Salam saudara,

hnya ingin mmbuat sedikit pmbetulan mengenai potongan ayat Al-quran pada perenggn pling atas skli...""Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah". ini adalah potongn ayat dari surah al-Ahzab ayat 21.. mungkin sudara terlpas pndang dn tidak prasan...apa pun perkongsian yang amat menrik dn berguna..keep it up...wassalam... :)