PERANAN DAN IMPLIKASI KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI
PERANAN
DAN IMPLIKASI KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI
“Sesungguhnya
telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi
orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak
menyebut Allah”
Surah
Al-Khafi: Ayat 103-105
PENDAHULUAN
Manusia
dijadikan Allah S.W.T dari seketul tanah liat, kemudiannya ditiupkan roh. Di
dalam syurga, manusia hamba Allah iaitu Adam dan Hawa berhubung atau
berinteraksi dengan semua makhluk ciptaan Allah yang berada di dalam syurga.
Hawa dan Adam berinteraksi sesama mereka, kemudian mereka berinteraksi dengan
malaikat dan iblis. Akibat dari interaksi dengan iblis, Adam dan Hawa melanggar
perintah Allah yang mengakibatkan mereka berdua diturunkan ke dunia. Asal usul
kejadian membuktikan bahawa semua makhluk Allah S.W.T berinteraksi antara satu
sama lain. Dalam erti kata lain mereka telah menjalinkan perhubungan atau lebih
dikenali dengan komunikasi antara mereka dengan tujuan yang tertentu.
Sungguhpun Nabi Allah Adam dan Hawa diturunkan ke dunia atas alasan melanggar
perintah Allah S.W.T tetapi hakikatnya ialah untuk menjadi khalifah kepada
makhluk Allah yang lain di muka bumi. Bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah
ini, maka Allah mengurniakan akal kepada manusia bersama kelebihan-kelebihan
lain. Dengan menggunakan akal dan kelebihan tersebut manusia berkomunikasi
untuk mengurus dunia, keluarga dan diri sendiri. Tanggungjawab sebagai khalifah
tidak akan tercapai atau terlaksana jika manusia tidak boleh berkomunikasi atau
tidak melakukan aktiviti komunikasi antara mereka. Ini bermakna manusia tidak
boleh tidak untuk melakukan aktiviti komunikasi sebagai pelengkap kepada
kehidupan harian. Tanpa melakukan komunikasi, barangkali dunia manusia menjadi beku
dan sunyi. Pastinya komunikasi adalah satu perkara yang mempunyai peranan amat
penting untuk manusia menjadi khalifah di muka bumi. Kepentingan komunikasi
lebih terserlah lagi dalam sesebuah organisasi sama ada kecil atau besar yang
sentiasa menagih kepemimpinan ketua atau majikan. Keberkesanan ketua dalam mentadbirkan
organisasi terletak kepada kebijaksanaannya dalam berkomunikasi dengan
pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan.
Kepentingan komunikasi tidak dapat dinafikan dan mempunyai peranan yang
sangat impak tetapi implikasi sama ada negatif atau positif tidak dapat
ditelah. Masalahnya ialah implikasi komunikasi sentiasa melebihi dari jangkaan
yang sama sekali tidak terduga dan berlaku dalam ruang lingkup yang tidak
diramal. Kesilapan dalam komunikasi boleh mengancam atau menggugat perhubungan
negara bangsa. Kesilapan ini merangkumi aspek makna, kaedah atau cara mesej
dihantar, tafsiran penerima, kefahaman antara penghantar dan menerima dan
kesediaan penerima untuk mencerap mesej. Ini adalah kerana komunikasi seperti
senjata yang mempunyai dua mata. Jika salah di tafsir atau dihantar, ia akan
memberi maksud yang berbeza. Perkara ini menjadi lebih serius jika ia berlaku
dalam sesebuah organisasi dan dilakukan
oleh pemimpin.
DEFINISI
Kertas
kerja ini akan membincangkan semua peranan komunikasi dalam organisasi. Jenis
komunikasi yang akan dilibatkan ialah komunikasi lisan dan bukan lisan.
Manakala aspek implikasi, kertas kerja ini akan melihat implikasi positif dan
negatif. Keseluruhan perbincangan akan berfokus kepada kepemimpinan sesebuah
organisasi termasuk pemimpin rendah dan pemimpin atasan. Bagi menentukan
kefahaman kepada tajuk kertas kerja, dua definisi akan dibincangkan iaitu
definisi ‘komunikasi’ dan ‘kepemimpinan organisasi’.
Pelbagai definisi komunikasi dibuat oleh
pakar-pakar komunikasi seperti Hoben, Berelson, Steiner, Miller, Gode dan Ruesch. Antara definisi
komunikasi yang sering di guna pakai oleh para sarjana dan pengkaji komunikasi
ialah definisi oleh Hoben, Ruesch, Berelson dan Steiber. Definisi yang dibuat oleh Ruesch (1975) bersifat
agak umum. Beliau menyatakan ‘komunikasi adalah suatu proses yang
menghubung bahagian-bahagian yang terasing di dunia ini’. Manakala Hoben
(1954) pula menyatakan ‘komunikasi adalah pertukaran secara verbal
sesuatu idea atau pandangan’. Hoben mengandaikan proses pertukaran idea
berjaya dilaksanakan. Berelson dan Steiner (1964) mendefinisikan komunikasi
sebagai ‘proses pemancaran maklumat’. Definisi ini tidak melihat atau
mempertimbangkan hasil setiap komunikasi sama ada berjaya ataupun tidak.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kepemimpinan
organisasi?. Sesetengah sarjana
komunikasi mendefinisikan kepemimpinan sebagai kemahiran komunikasi yang
menggerakkan kumpulan ke arah pencapaian matlamat dan kesejahteraan kumpulan
(Barker, Wahlers dan Watson, 1955). Narimah (2002) menyatakan organisasi adalah
satu
badan yang mengandungi kumpulan-kumpulan dan juga individu yang bekerjasama
bagi mencapai matlamat tertentu. Ini bermakna, kepemimpinan organisasi boleh
ditakrifkan sebagai kemahiran berkomunikasi di dalam satu badan yang
mengandungi kumpulan-kumpulan atau individu untuk mencapai matlamat organisasi
demi kebaikan bersama.
KAITAN
KOMUNIKASI DENGAN KEPEMIMPINAN
Persoalan
pertama yang harus difahami ialah bagai manakah komunikasi berkait dengan kepemimpinan
dan mengapakah ianya menjadi terlalu teras. Hubungan ini dapat di lihat dari
beberapa aspek. Pertama, Komunikasi adalah segala-galanya dalam perhubungan sesama
manusia. Seseorang pemimpin dari sebuah syarikat mega hingga ke institusi
keluarga akan menjadi pemimpin yang berkualiti
sekiranya ia mampu menterjemah idea dalam komunikasi yang paling
berkesan. Kegagalan pemimpin dalam melontar secara jelas dan kegagalannya
menyampaikan hasrat dan matlamat organisasi atau keluarga melalui komunikasi
yang berkesan, menjadi batu penghalang kepada perhubungan akrab, kerjasama dan semangat pengorbanan pengikut kepada
organisasi antara pemimpin dan pengikut dan organisasi.
Kedua, Pemimpin diadili melalui komunikasi
lisan dan tanpa lisan. Melalui perbualan percakapan, cara berjalan
dan berpakaian dan segenap ruang lingkup, kehidupan seseorang pemimpin sentiasa
terdedah kepada ‘judgement’ oleh pengikutnya. Pengikut sentiasa menilai
perwatakan melalui gaya fizikal yang boleh di lihat oleh pengikut. Justeru
pemimpin hendaklah sentiasa berusaha membina imej secara aktif. Pemimpin bukan
sahaja perlu melihat dirinya dalam tingkapnya sendiri, pada masa yang sama ia
perlu melihat dalam tingkap yang tersembunyi yakni tingkap orang lain. Teori
ini pernah diangkat oleh sarjana (Joseph Lark dan Harry Hont) melalui Teori Tingkap
Johari[1]
dan idea Imam Al-Ghazali[2].
Imam Al-Ghazali menyatakan tidak semua perkara yang pemimpin tahu diketahui
oleh pengikut, begitu juga sebaliknya. Secara tidak langsungnya, pembinaan imej
melalui komunikasi tahap lisan dan lisan boleh memperbaiki kekurangan lahiriah
dan batiniah .
Ketiga, konsep komunikasi strategi. Bagi memastikan semua keputusan pemimpin
dilaksanakan dengan berkesan. Keberkesanan komunikasi pada hari ini di lihat
sebagai tidak bergerak secara sendiri kerana perkembangan teknologi komunikasi
yang tidak terbendung. Justeru teknologi komunikasi turut membantu dalam
menjalankan urusan kepemimpinan antaranya ialah faks, telefon, komputer, email,
kamera digital dan lain-lain lagi. Masalah jarak tidak lagi wujud pada hari ini
kerana pemimpin boleh berhubung atau berkomunikasi dengan pengikutnya tanpa
mengira di mana ia berada.
MASALAH
KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI
Permasalahan
ini perlu di lihat dari aspek masalah komunikasi dalam kepemimpinan dan masalah
kepemimpinan dalam komunikasi. Adalah malang jika ada pemimpin yang tidak tahu akan
kepentingan komunikasi yang berkesan dan seterusnya bertindak mengabaikannya
atau bersikap lewa ketika berkomunikasi. Dalam sesebuah organisasi terdapat
beratus atau beribu pekerja atau pengikut yang datang dari pelbagai rencam
budaya dan latar belakang. Agama, budaya, bangsa, daerah yang berbeza antara
satu sama lain memerlukan bentuk komunikasi yang berbeza ketika berhubung.
Pemimpin tidak boleh merangkup sekali gus bahawa semua pengikutnya sama. Dari
aspek jantina sahaja sudah menagih kaedah komunikasi yang berbeza. Bagi
organisasi yang ekstrem seperti angkatan tentera dan polis, kaedah komunikasinya
secara total berbeza dengan komunikasi para guru dan murid di sebuah sekolah.
Bahasa yang keras dan arahan yang tegas dan disampaikan dalam situasi serius
ditagihkan dalam mentadbir sesebuah organisasi keselamatan. Manakala bahasa yang
mesra dan penyampaian penuh diplomasi diperlukan di sebuah sekolah atau
syarikat swasta lain.
Oleh kerana komunikasi seperti senjata dua
mata, maka ia perlu disampaikan dengan baik, sempurna, sesuai dengan
khalayak, sesuai dengan masa dan keadaan. Jika tidak, ia akan memberi maksud
yang berbeza kepada pengikut. Sekiranya saluran komunikasi yang tidak sesuai
digunakan, kemungkinan mesej yang disampaikan tidak sampai sepenuhnya atau tidak
sampai langsung. Situasi ini akan menjadikan kelam kabut jika pengikut terus melaksanakan
tugas tanpa mendapat arahan yang jelas. Inilah masalah sebenar komunikasi dalam
kepemimpinan organisasi. Sejarah kepentingan penyampaian komunikasi lisan ditunjukkan
oleh Panglima Perang China iaitu Sun Tzu ketika diuji Maharaja China. Sun Tzu
mengatakan setelah arahan diberikan tetapi pengikut masih tidak dapat melaksanakan
dengan baik atau salah pelaksanaannya, maka berkemungkinan arahan yang
diberikan tidak jelas dan terang. Setelah arahan diberi dengan jelas dan terang
dan berulang tetapi pengikut masih tidak dapat melaksanakannya dengan baik atau
salah melaksanakannya, maka kesalahan diletakkan pada pengikut, maka pengikut
perlu di hukum.
Sesetengah pemimpin dalam organisasi, buta
teknologi komunikasi atau bersikap negatif dan menolak teknologi. Pemimpin
khususnya generasi terdahulu yang masih tinggal menjadi pemimpin atasan
sesebuah organisasi menolak teknologi komunikasi. Teknologi komunikasi bergerak
pantas dan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sikap pemimpin yang menolak
teknologi komunikasi menjadikan mereka buta pada peralatan tersebut sedangkan
pengikutnya celik pada peralatan tersebut. Sikap pemimpin seperti ini lah yang
memberi masalah komunikasi pada masa hadapan kerana masih bergantung pada
sistem lama. Contoh terbaik dalam isu ini ialah kekalahan tentera China dalam
perangannya dengan Taiwan. Tentera China yang digeruni telah kalah dalam
peperangan ini kerana panglima perangnya menolak teknologi komunikasi. Mereka
masih percaya kepada kaedah komunikasi dengan menggunakan burung merpati.
Setiap mesej atau maklumat medan pertempuran disampaikan dengan burung merpati.
Apabila Tentera Taiwan menubuhkan tim penembak dan melancarkan operasi
menangkap burung merpati, banyak maklumat rahsia perang China diketahui oleh
Tentera Taiwan. Antaranya ialah kebocoran strategi perang, maklumat kekuatan
anggota dan persenjataan, susun atur serangan dan pertahanan dan laluan yang
akan digunakan. Dari sudut yang lain, barangkali
tidak keterlaluan jika di katakan boleh dan mungkin akan menjadi realiti pada
masa akan datang yang mana ketua kampung hanya menghantar jemputan perkahwinan
melalui pesanan SMS. Sungguhpun ia melanggar budaya dan amalan tetapi kaedahnya
amat mudah dan cepat.
MASALAH
KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI
Selain
dari masalah komunikasi dalam organisasi, pemimpin juga boleh menjadi masalah
kepada organisasi. Formula organisasi yang berjaya iaitu pemimpin yang baik bergantung
pada bakat kepemimpinan dan di gabungkan dengan ilmu atau pengetahuan yang sentiasa
dikembangkan. Bakat kepemimpinan sahaja tidak mencukupi kerana tanpa memiliki
ilmu, seseorang pemimpin akan menjadikan suatu organisasi tidak mampu bersaing
pada masa hadapan dan akan tenggelam kesemuanya iaitu pemimpin dan organisasi
itu sendiri. Oleh itu, pemimpin dan organisasi hendaklah memiliki ilmu dan
pengetahuan yang mencukupi bagi membolehkannya bekerja dengan baik.
Kedua, pemimpin tidak kreatif. Sesetengah
pemimpin beku atau tidak ingin berubah. Langsungnya idea dan kaedahnya tidak
berupaya menarik minat pekerja dan tidak mampu bersaing merebut pelanggan. Pendekatan
kepemimpinan kreatif dan terangsang adalah satu pendekatan yang sentiasa
didambakan oleh pengikut. Ini melibatkan konsep inovasi, tidak ‘rigid’ sehingga
beku dalam pendekatan. Contoh pendekatan kreatif ialah memberi komitmen
peribadi kepada pengikut melalui mendengar pendapatnya, bijak mengukur nilai sumbangan,
menjadikan diri sebagai contoh keterbukaan, imaginatif, berjiwa besar untuk
organisasi bukannya kepentingan diri.
Ketiga, pemimpin mementingkan diri sendiri. Tidak
dinafikan adanya pemimpin yang mementingkan diri sendiri. Situasi ini sering
berlaku di kalangan pemimpin rendah. Memandangkan pemimpin rendah sentiasa
berhubung dengan pekerja bawahan, maka hal ini akan menimbulkan masalah yang serius
kepada organisasi dan menjejaskan kepemimpinan dalam organisasi. Mencari
kemenangan peribadi dan taksub dengan mengayakan kaum kerabat sehingga boleh
menolak semangat ukhuwah, kerjasama antara pengikut, menolak ‘espirti de corps’
boleh mengikis kepercayaan pengikut dan membantutkan pengembangan organisasi.
Kesan yang lebih buruk ialah pengikut menolak penerimaan terhadap pemimpin, menanam
sikap prejudis dan negatif terhadap setiap tindakan atau keputusan pemimpin,
melecehkan nasihat dan idea pemimpin, langsungnya menggagalkan budaya motivasi
dalam organisasi. Situasi ini dapat di lihat pada peristiwa yang berlaku dalam
zaman pemerintahan salah seorang Khalifah Rasulullah iaitu Sayidina Ali Abi
Talib. Sayidina Ali bin Abi Talib pernah ditanya mengapa para pengikutnya berpecah belah dan tidak seperti para pengikut
zaman Rasulullah? Ali menjawab “Ini kerana para pengikut pada zaman baginda
tidak seperti diri yang menyoal”. Hakikat yang tidak boleh ditolak ialah ramai
yang meminta untuk dipimpin tetapi tidak sanggup berkorban dan tidak ada
keyakinan terhadap yang dipinta.
Keempat,
dewasa ini sering berlaku krisis kepemimpinan dalam organisasi. Krisis kepemimpinan ini
boleh berlaku dalam dua situasi iaitu antara pemimpin dengan pemimpin dan antara
pemimpin dengan pengikut. Ianya tidak mempedulikan sama ada pemimpin tersebut
masih berkhidmat atau telah bersara. Kemelut yang dihadapi oleh Dr Mahathir Mohammad
dan Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi adalah satu contoh krisis kepemimpinan yang
jelas antara pemimpin dengan pemimpin. Manakala krisis di Indonesia adalah
contoh krisis kepemimpinan antara pemimpin dengan pengikut. Krisis kepemimpinan
hari ini terlalu aneh, unik dan komplikated. Justeru ia perlu di pantau. Krisis
dan konflik kepemimpinan akan terus berlaku, jika unsur jiwa pengikut
berkecamuk atau berlaku konflik. Ini merupakan satu cabaran kepemimpinan masa
hadapan. Seseorang pemimpin yang gagal mengawal pengikutnya boleh mencetuskan krisis
kepemimpinan. Krisis ini boleh menyebabkan pemimpin hilang kuasanya.
Kelima, pemimpin tidak mempunyai karisma atau cahaya
wajah. Karisma adalah kualiti tinggi atau istimewa yang wujud dalam kepemimpinan
dan berupaya menarik perhatian pengikut yang banyak serta memberi inspirasi dan
menggalak kecenderungan mengikut untuk mengikutinya. Kefahaman kepada karisma
berubah mengikut corak komunikasi semasa. Peranan komunikasi telah menukar imej
siapakah yang dimaksudkan dengan pemimpin berkarisma dengan komunikasi bukan
lisan seperti cara berpakaian boleh meletakkan kelompok korporat dalam konteks
pemimpin berkarisma moden dan hebat berbanding dengan maksud yang difahami
sebelum ini. Melalui komunikasi yang dicurahkan melalui media, pemimpin berkarisma
boleh di bentuk dan dipotretkan. Bagaimana memperolehnya?. Karisma atau cahaya
wajah diperoleh melalui beberapa cara iaitu pemberian terus oleh Allah,
keduanya daripada pergaulan dengan mereka yang memiliki karisma seumpamanya,
menyedari bahawa dalam diri kita telah sedia ada karisma yang tersendiri dan
hanya memerlukan pengempangan.
Masyarakat hari ini melihat pemimpin berkarisma melalui 3 aspek iaitu karakteristik
pemimpin, ciri-ciri pengikut dan
keperluan suasana. Gabungan ketiga-tiga ramuan ini berupaya mewujudkan
perhubungan dan kepemimpinan berkarisma secara bersama. Selain dari itu ia juga
boleh di lihat dari aspek persepsi manusia kerana pengikut sentiasa menjadi
hakim kepada pemimpin mereka dan keyakinan diri yang tinggi atau ‘will power’.
Keenam, pemimpin tidak bertenaga dan kurang semangat.
Untuk menjadi seseorang pemimpin, ia mestilah mempunyai kekuatan dan tenaga
fizikal dan rohani. Dukungan spirituil mestilah kuat. Dalam aspek ini, tenaga
bukanlah semata-mata tenaga fizikal tetapi ianya merangkumi tenaga pembakar
semangat untuk terus bertindak dan memimpin serta melontar tenaga yang hebat tersebut
dengan semangat kasih sayang terhadap pengikutnya. Ketika Indonesia di pimpin
oleh seorang presiden yang buta iaitu Gus Dur, kita melihat beliau sebagai amat
tidak berdaya dan tidak bertenaga. Jika pemimpin sendiri hendak berjalan mengharapkan
bantuan orang lain, bagaimanakah ia boleh dan mampu memimpin negara. Isu ia
dipimpin oleh satu kuasa lain yang tidak boleh di lihat hanya isu emosi dan
sensasi kepercayaan yang tidak beralas.
PERANAN
KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI
Nyatanya
komunikasi mempunyai peranan penting dalam kejayaan sesebuah organisasi. Ini
tertakluk kepada cara dan kaedah ia di aplikasi dan digunakan. Pemimpin organisasi
yang bijak berkomunikasi dan sentiasa berusaha mempertingkatkan keberkesanan komunikasi
akan menjadi pemimpin yang dihargai dan berjaya dalam mencapai hasrat dan matlamat
dirinya dan organisasi. Komunikasi menjadi perantaraan antara pemimpin dengan
pengikut dalam sesebuah organisasi. Dalam menyampaikan arahan dan amanat atau
visi organisasi, pemimpin akan berkomunikasi dengan pekerja. Arahan dan amanat disampaikan
melalui pelbagai kaedah seperti ucapan di dalam perhimpunan, email,
surat-menyurat, papan hebahan atau laman web. Manakala hebahan maklumat
berkaitan organisasi dan produk yang dikeluarkan boleh disampaikan melalui
poster, ‘flyers’, laman web dan iklan-iklan. Pemimpin menggunakan laman web
untuk memaparkan amanatnya dan perkara yang ingin dicapai. Ucapan ketika
perbarisan adalah komunikasi secara langsung yang berlaku. Ada sesetengah organisasi
yang merancang program tersendiri untuk membantu program pemimpin. Satu mekanisme atau program bagi memastikan
wujudnya kesinambungan wawasan dan idea pemimpin ialah mewujudkan program kepemimpinan
untuk melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa dan berpengalaman.
IMPLIKASI
KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI
Jika
implikasi positif yang terjadi, ia tidak menjadi sebarang kesulitan atau
halangan kepada kepemimpinan organisasi. Masalahnya di sini ialah apabila
implikasi negatif yang berlaku. Ini akan berlaku apabila komunikasi tidak berlaku sebaiknya atau gagal di praktik
dengan baik dalam organisasi. Manakala pemimpin organisasi pula gagal untuk
berkomunikasi dengan baik. Apabila hal ini terjadi, ia akan mencetus beberapa
implikasi negatif. Pertama, keputusan
dan penyelesaian kepada sesuatu perkara sukar di capai atau tidak tercapai.
Dalam setiap perbincangan sama ada antara pemimpin dengan pemimpin atau
pemimpin dengan pengikut atau pengikut dengan pelanggan, jika mereka menghadapi
masalah berkomunikasi,.....
[To continue reading, please choose your order.
Purchasing Format
1. All prices are in
Malaysia Ringgit, and do not include shipping and handling. Please choose your purchasing
method.
Purchasing Method
|
Format
|
Costing
|
A
|
Softcopy
(send to your email)
|
= RM 150.00
|
B
|
Hardcopy with soft cover
(send to your address)
|
=RM 170.00
[RM 160.00 + RM 10.00 (shipping)]
|
C
|
Hardcopy with hardcover
(send to your address)
|
= RM 200.00
[RM 170.00 + RM 30.00 (shipping)]
|
2. Please pay to Account
Number: 1402-0184306528 (CIMB – Mohd Radzi bin Abd Hamid).
3. After
completed the payment, please describe your order by written down the;
- Title of the article:
- Purchasing Method (A or B or C):
- E-mail or address:
- Date of payment:
- Payment reference number:
and email to email: radzi_hamid@yahoo.com
Note:
a. Copyright in each
Articles, Dissertation and Theses is retained by the author. All right
reserved.
b.
Please note that because I custom print copies when
receiving orders, articles, dissertation and theses can only be returned in the
unlikely event of a production defect.
c.
The order will sent to the address or email after received
the payment.
Comments
hnya ingin mmbuat sedikit pmbetulan mengenai potongan ayat Al-quran pada perenggn pling atas skli...""Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah". ini adalah potongn ayat dari surah al-Ahzab ayat 21.. mungkin sudara terlpas pndang dn tidak prasan...apa pun perkongsian yang amat menrik dn berguna..keep it up...wassalam... :)