PENGURUSAN KRISIS: PERGADUHAN SEMPADAN ANTARA PENDUDUK MALAYSIA DAN INDONESIA
PERGADUHAN SEMPADAN ANTARA
PENDUDUK
MALAYSIA DAN INDONESIA
(Sila baca sinopsis kes dahulu (Lampiran
1) sebelum terus membaca)
PENGENALAN
Perebutan
kekasih hati merupakan cerita yang sering kita dengar. Ianya boleh membawa
kepada pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Dalam senario kes kajian, ianya
melibatkan pergaduhan penduduk dari bangsa yang sama, bersaudara, tercetus oleh
pengaruh alkohol dan yang paling menarik ialah melibatkan dua buah negara yang
berlainan. Pergaduhan ini menjadi lebih kritikal kerana telah berlaku dua
pembunuhan dan satu kes penculikan. Masalah yang paling besar dalam pergaduhan
ini ialah pihak berkuasa tidak boleh mencampuri hal adat resam penduduk dan ia
mungkin akan menjejaskan hubungan dua negara. Terdapat beberapa isu dalam kes
kajian ini iaitu pergaduhan, dua pemuda terbunuh, seorang wanita disembunyikan,
tempayan adat dan lembing perlu disimpan semula. Kesemua isu perlu diselesaikan bagi
mengelakkan berlakunya pembunuhan atau pergaduhan yang lebih serius.
Memandangkan isyarat memulakan pergaduhan telah dinyatakan melalui ‘tempayan
adat dan tombak’, maka kesemua isu yang ada perlu di bawa ke meja rundingan
untuk diselesaikan dengan baik. Sungguhpun ‘war’ atau pergaduhan dianggap
sebagai satu kaedah penyelesaian masalah tetapi masih ada opsyen lain yang
lebih baik (Clausewitz, 1847).
Merujuk kepada kisah
pergaduhan tersebut, maka perbincangan akan berkisar kepada dua aspek utama
iaitu ‘organizational decision making’ dan ‘indidvidual decision making’.
Pembuatan keputusan organisasi dilakukan oleh kedua-dua penghulu yang mewakili
masyarakat kampung mereka. Maka huraian berkaitan dengannya akan hanya
bersandarkan kepada andaian dan pemerhatian penulis. Manakala pembuatan
keputusan individu di buat oleh penulis sendiri, maka perbincangan berdasarkan
perkara sebenar.
DEFINISI
PEMBUATAN KEPUTUSAN ORGANISASI
Terdapat
banyak definisi yang berkaitan.
Antaranya ialah “satu ketetapan yang diperoleh dari satu perjumpaan sekumpulan
individu yang mempunyai kepentingan bersama, saling bergantung antara satu sama
lain dan berkongsi matlamat yang sama” (Hocker dan Wilmot). Menurut Burke
(2006) “...organizational decision-making
is a specific decision-making of an intelligent entity composed with
intelligent elements. In this sense an organizational decision-making
is two or more levels hierarchical decisional process from an observer
scientific perspective and an organization's function from an
organization designer engine eristic perspective”.
Secara ringkasnya
pembuatan keputusan organisasi boleh didefinisikan sebagai satu cara
penyelesaian kepada masalah, fenomena dan kerumitan yang melibatkan organisasi;
di mana cara penyelesaian tersebut diperoleh dari sebuah perbincangan atau oleh
ketua kumpulan berkenaan. Suara atau ketetapan oleh ketua kumpulan dianggap
keputusan bersama atau mewakili kelompok.
PEMBUATAN
KEPUTUSAN INDIVIDU
Ianya boleh
dimaksudkan sebagai satu ketetapan berkaitan sesuatu perkara yang ditetapkan
oleh individu tanpa melibatkan orang lain. Sungguhpun sebelum proses membuat
ketetapan berkenaan, individu tersebut bertanya pendapat orang lain, ia tetap diangap
keputusan peribadi. Contohnya seorang anak gadis yang dipinang orang. Setelah
bertanya pelbagai sanak saudara dan rakan rapat; akhirnya ia membuat keputusan.
Makanya keputusan tersebut tidak boleh di katakan ‘group decision’ kerana ianya
bukanlah keputusan bersama. Anak gadis yang dipinang mungkin tidak akan
menuruti nasihat dan pandangan yang diberikan.
Pembuatan keputusan
sangat rumit dan kritikal kerana individu atau kumpulan melakukan pergerakan,
pemikiran, tindakan, keputusan dan apa-apa sahaja dan ianya tidak seiring atau
songsang dengan tindakan oleh individu atau kumpulan yang lain untuk mencapai
hasrat masing-masing. Sungguhpun individu atau kumpulan membuat keputusan yang
berbeza tetapi mereka tetap saling bergantung. Dalam hal ini pihak yang
terlibat boleh bergantung secara langsung antara satu sama lain atau bergantung
secara tidak langsung. Contoh pergaduhan yang saling bergantung secara langsung
ialah pergaduhan yang berlaku antara suami dan isteri. Manakala pergaduhan
pengguna dengan penjaga tol lebuh raya adalah pergantungan secara tidak
langsung yang mana mereka tidak mengenali antara satu sama lain.
Berlandaskan kes
kajian, definisi pergaduhan boleh di lihat pada tiga peringkat. Pertama,
pergeseran yang berlaku akibat dari merebut kekasih. Masing-masing mempunyai
hasrat yang berbeza, perlakuan, pemikiran, tindakan dan keputusan yang tidak
selari telah menyebabkan tercetusnya pergaduhan peringkat kedua. Kedua,
berlakunya pembunuhan menjadi pergaduhan merebut kekasih kepada tahap satu
kepada kritikal. Ketiga, setelah isyarat pergaduhan dizahirkan, ia mencetus
pergaduhan yang lebih besar dan mungkin tidak terkawal.
Kesimpulannya, sesuatu keputusan yang baik berkait rapat dengan
bagaimana (proses) keputusan tersebut
dibuat. Perkara membuat keputusan bukan
statik, tetapi lebih merupakan satu proses atau dinamik dalam satu jangka masa
yang tertentu. Membuat keputusan sama ada ‘organizational’ atau individu, ia
akan melalui proses tertentu. Proses ini boleh berlaku sama ada secara rasmi
(sistematik) atau mudah. Pasukan tentera mempunyai satu mekanism khusus sebelum
membuat keputusan dalam peperangan. Proses ini telah dilakukan oleh
panglima-panglima perang terdahulu seperti Sun Tzu, Calusewitzt, Nabi Muhammad
S.A.W dan khalifah-khalifahnya. Proses ini di bahagikan kepada dua kategori
iairu ‘combat decision’ dan ‘wrtitten decison’. ‘Combat decision’ merujuk
kepada keputusan yang dibuat dalam keadaan kritikal, cepat, maklumat tidak
mencukupi dan dalam situasi yang dikenali sebagai ‘the fog of war’[1].
Sekiranya keputusan ini lambat di buat, maka pihak musuh akan mempunyai
kelebihan, pihak sendiri mungkin mengalami kekalahan. Manakala ‘written
decision’ bermaksud, kita mempunyai banyak masa, tidak tergesa-gesa, dan
masanya belum tiba dan kelewatan keputusan tidak akan memudaratkan pasukan
sendiri. Ini bermakna, pihak tentera mempunyai masa untuk berusaha mendapatkan
maklumat-maklumat yang berguna dan menjalankan operasi-operasi penyuluhan dan
sabotaj bagi membantu panglima yang akan membuat keputusan.
PROSES-PROSES
SECARA KRONOLOGI YANG MENCETUSKAN PERGADUHAN
Secara kronologinya,
sebelum pergaduhan tercetus, ia akan melalui beberapa tahap atau kejadian yang
menjadi petanda kepada akan tercetusnya pergaduhan. Dalam senario di atas,
kronologi pergaduhan boleh digambarkan seperti berikut:
a.
Meraikan Pesta Igau dan mabuk.
b.
Perebutan kekasih.
c.
Pertelingkahan suara (mungkin berlaku).
d.
Pergaduhan tercetus akibat kegagalan mengurus ‘emotional Intelligence’.
e.
Telungkup tempayan adat dan memacak tombak di jalan masuk ke kampung.
MENGAPA
PERGADUHAN TIDAK DAPAT DIELAKKAN
Dalam kejadian ini pergaduhan
tidak dapat dielakkan kerana masing-masing mempunyai keputusan sendiri dan
bercanggah. Perbezaan keputusan yang dibuat telah menyebabkan pergaduhan tidak
dapat dielakkan, antaranya ialah:
a.
Keunikan keputusan antara dua orang pemuda iaitu mendapatkan wanita yang
sama. Keputusan ini tidak berbeza, ianya sama tetapi dibuat oleh orang yang
berbeza.
b.
Keadaan pesta ketika itu yang mana dua orang pemuda dan tetamu berada
dalam keadaan mabuk. Pengaruh alkohol menyebabkan keputusan yang dibuat tidak
tepat dan di luar kewarasan.
c.
Semangat dan tradisi kaum Iban
yang sanggup mati untuk mendapatkan hak mereka. Tradisi ini boleh
dianggap sebagai SOP atau ketetapan yang harus dipatuhi.
d.
Kegagalan Penghulu Langguk semasa Pesta Igau untuk mengawal perebutan
wanita (mungkin Penghulu Langguk juga turut mabuk tidak dapat dinafikan).
Penghulu sebagai ketua, harus bertindak cepat dalam membuat ‘organizational
decision’.
e.
Pemuda-pemuda dari kampung Aruk adalah pihak yang lemah semasa
tercetusnya pergaduhan kerana bilangan yang sedikit. Maka kumpulan ini tidak
mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Keputusan mereka dianggap tidak perlu.
PEMBUATAN
KEPUTUSAN MELALUI PERBINCANGAN OLEH SEMUA WAKIL
(What
steps were undertaken?)
Pada mulanya kedua-dua
belah pihak telah membuat keputusan untuk berperang. Mereka memilih untuk
berperang atau bergaduh sebagai penyelesaian. Keputusan ini adalah
‘organizational decision’. Kemudiannya mereka menukar keputusan kepada
perundingan. Justeru persiapan ke arah itu telah diambil. Sungguhpun demikian,
jika diteliti dengan lebih kritikal, sebenarnya secara tidak langsung telah
berlaku beberapa pendekatan halus iaitu:
Pendekatan Sekatan Sementara. Setiap penghulu menelangkupkan tempayan adat dan
memacak tombak. Tindakan ini telah menghalang penduduk dari berhijrah atau
menyeberang sempadan yang mungkin boleh membawa kepada pembunuhan seterusnya.
Pendekatan Susulan. Penghulu langguk telah berhubung dengan ketua
penempatan tentera untuk menjadi orang tengah menyelesaikan pergaduhan. Beliau
mengambil tindakan menyimpan tempayan dan tombak adat yang diletakkan di tepi
anak sungai.
Pendekatan Utama. 4 kali perbincangan antara kedua-dua Penghulu telah
dilakukan dan berakhir dengan perdamaian.
BAGAIMANA
PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DI LAKSANAKAN (STEPS)
Dalam
kes kajian ini, atas apa alasan ketua penempatan tentera bertindak untuk
melanggar SOP dan arahan panglima iaitu tidak campur tangan. Maka ulasan ini
akan menjelaskan rujukan-rujukan dan proses-proses yang dialami oleh beliau.
Di sepanjang kejadian sehingga ia berjaya
diselesaikan, proses membuat keputusan
telah melalui empat tahap yang berbeza seperti berikut:
1. Tahap
Pertama: Penghulu Langguk membuat keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan
pergaduhan dan pembunuhan yang lebih besar. Pada tahap ini, Penghulu Langguk
telah mengadakan perjumpaan dengan orang-orang tua di kampungnya. Mereka
berbincang hingga ke tahap menetapkan syarat. Keputusan Penghulu Langguk
menepati definisi ‘organizational decision’.
2.
Tahap Ke-2: Ketua penempatan tentera akhir membuat
keputusan untuk menjadi orang tengah. Sungguhpun keputusan beliau bertentangan
dengan SOP dan arahan panglima. Pada tahap ini, ketua penempatan tentera telah
membuat perbincangan dengan pembantunya dan wakil dari angkatan bersenjata
rakyat Indonesia. Proses pembuatan keputusan beliau boleh di gambarkan seperti
berikut:
3.
Tahap Ke-3: Penghulu Budiman, akhirnya menukar
keputusan asalnya iaitu ‘hutang darah di bayar darah’ kepada perdamaian. Proses
membuat keputusan oleh Penghulu Budiman agak rumit kerana menajdi pihak yang
kalah atau mangsa. Maka keputusan mungkin dibuat atas dasar rasa marah, geram
ataupun tiada daya. Dalam hal ini, Penghulu Budiman tidak bertindak secara
sendiri. Beliau sendiri terpaksa melalui satu lagi proses dalaman yang khusus
iaitu berbincang dan seterusnya memujuk ketua-ketua adat Kampung Aruk.
4.
Tahap Ke-4: Keputusan kedua-dua belah pihak untuk
menerima syarat-syarat yang ditetapkan selepas berlaku proses tawar menawar
yang agak panjang.
PROSES
PEMBUATAN KEPUTUSAN PENTING MEMERLUKAN SYARAT
Bagi
menentukan proses membuat keputusan berjalan dengan lancar, beberapa syarat
telah ditetapkan dalam perbincangan untuk menentukan keputusan. Setiap pihak
diwakili oleh tokoh-tokoh yang dihormati dalam organisasi (orang tua). Sebagai
orang tengah, saya telah menetapkan beberapa syarat wajib dipenuhi kepada kedua-dua
belah pihak. Sekiranya syarat tidak dipenuhi, saya tidak akan bertindak sebagai
orang tengah. Kedua-dua belah pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat
berikut:
a.
Perundingan di kelolakan oleh saya sendiri dan semua pihak wajib
menghormati pengerusi perundingan.
b.
Isyarat dan giliran untuk bercakap akan dikeluarkan oleh pengerusi
perundingan. Jika tidak disuruh, ia tidak boleh bercakap.
c.
Semua wakil tidak boleh membawa senjata dan setiap penghulu hendaklah
menyerahkan Parang Ilang kepada saya untuk disimpan di sepanjang perundingan
berlangsung. Tindakan ini adalah simbolik kepada akuan persaudaraan.
d.
Perundingan tidak boleh didengar oleh semua penduduk.
KEPUTUSAN
MEMERLUKAN PENGORBANAN
Membuat keputusan
adalah satu perkara yang mudah disebut tetapi ia memerlukan satu pengorbanan
kerana kejayaannya belum tentu. Keputusan boleh dilambangkan sebagai satu
‘gambling’. Contohnya keputusan anak dara yang disunting. Beliau mungkin
menerimanya dengan rasa waswas. Maka ia memperjudikan nasibnya atau menaruh harapan
yang baik hasil dari keputusan yang dibuat. Dalam hal pergaduhan ini,
pengorbanan yang dimaksudkan ialah syarat-syarat yang dikenakan oleh kedua-dua
belah pihak. Syarat-syarat ini memerlukan pengorbanan maruah, tenaga dan usaha.
Setiap keputusan yang dibuat melalui proses tawar menawar syarat.
Syarat-Syarat
Semasa Rundingan Pertama
Syarat-Syarat
Semasa Rundingan Kedua
Syarat-Syarat
Semasa Rundingan Ketiga
Syarat-Syarat
Semasa Rundingan Keempat
APAKAH
YANG MENYEBABKAN KEPUTUSAN DAPAT DIBUAT
(What
Factors Influenced the Decision?)
Perundingan tersebut dapat mencetuskan
keputusan yang baik kerana sebab-sebab berikut:
a.
Kedua-dua belah bersedia untuk berdamai kerana tidak sanggup melihat
masyarakat mereka yang tidak keluar bekerja.
b.
Kedua-dua belah pihak tidak mempunyai opsyen lain.
c.
Pergaduhan begini kerap berlaku dalam setiap pesta yang dijalankan.
Justeru bagi mereka bukanlah satu perkara baru.
d.
Bagi mereka kehilangan nyawa adalah satu penghormatan sebagai pahlawan.
e.
Ketokohan Penghulu Budiman amat ketara. Beliau merupakan seorang di
hormati oleh penduduk dari kedua-dua buah kampung.
APAKAH
GAYA/KAEDAH KOMUNIKASI YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN
(What
communication methods were used to come up with the decision?)
Gaya komunikasi dalam
perundingan ini tidak tetap yang mana bermula dengan suasana sedikit tegang.
Pada peringkat awalnya, ia lebih bersifat dominan oleh pihak Penghulu Budiman
yang mempunyai skil komunikasi yang tinggi. Lagipun, mereka berada di pihak
yang banyak kekalahan, jadi .......
[To continue reading, please choose your order.
Purchasing Format
1. All prices are in
Malaysia Ringgit, and do not include shipping and handling. Please choose your purchasing
method.
Purchasing Method
|
Format
|
Costing
|
A
|
Softcopy
(send to your email)
|
= RM 150.00
|
B
|
Hardcopy with soft cover
(send to your address)
|
=RM 170.00
[RM 160.00 + RM 10.00 (shipping)]
|
C
|
Hardcopy with hardcover
(send to your address)
|
= RM 200.00
[RM 170.00 + RM 30.00 (shipping)]
|
2. Please pay to Account
Number: 1402-0184306528 (CIMB – Mohd Radzi bin Abd Hamid).
3. After
completed the payment, please describe your order by written down the;
- Title of the article:
- Purchasing Method (A or B or C):
- E-mail or address:
- Date of payment:
- Payment reference number:
and email to email: radzi_hamid@yahoo.com
Note:
a. Copyright in each
Articles, Dissertation and Theses is retained by the author. All right
reserved.
b.
Please note that because I custom print copies when
receiving orders, articles, dissertation and theses can only be returned in the
unlikely event of a production defect.
c.
The order will sent to the address or email after received
the payment.
Comments
variety in ascendence stage of Google. Drop a line what you motive to Indite and don't put extra quarrel Intelligibly something that you Experience to Direct with a texture of salt. One of the biggest advantages of StartedAs with any home business opportunity, hosting Picture storehouse requires a starting investiture.
Look into my blog post; webpage
my page > random
into a repeat shopper in the future. The profile is a
starting point, but it's not enough. First in How To Promote Your Local Business Online is getting the word out through every piece of paper, every electronic document, and every word that you can think of to properly label your business.
My page bank of tuscaloosa business online access
My site: Halpassphrasjus.unblog.fr
North Dakota, Ohio, Pennsylvania, South Dakota, Utah, inland Virginia,
and West Virginia. Having personally made the trip
to the Four Corners twice, it was decided then that the long and uninspiring landscape to the Four Corners was too boring and too much of a hardship to have a 3rd visit.
" has been recently recognized as officially the state gastronomic catchphrase.
Feel free to visit my weblog new mexico airports
Also see my page: gallup new mexico attractions