JOURNAL CRITIQUE - EXAMPLE


[The sample of journal critique is in Malay Language but you can translate it by using my translater side panel]

GIVE YOUR CRITICS ON THE STATISTICAL PROCEDURES USED BY THE RESEARCHERS IN THE ACCOMPANYING JOURNAL ARTICLE. SUPPORT YOUR CRITIC WITH SOME REFERENCES, WHY THE RESEARCHERS USED THOSE STATISTICAL PROCEDURES FOR THEIR RESEARCH. FINALLY, INDICATE ANOTHER POSSIBLE RESEARCH HYPOTHESIS (S) AND STATISTICAL PROCEDURE (S) WOULD YOU SUGGEST TO THE RESEARCHERS TO IMPROVE THEIR FINDINGS, BASE ON YOUR KNOWLEDGE ON STATISTICS. WHY?

[Source of journal article: Michael L. Handwerk, Robert E. Larzelere, Patrick C. Friman And Annie M. Mitchell. The relationship between lethality of attempted suicide and prior suicidal communications in a sample of residential youth.Journal of Adolescence 1998, 21, 407–414]
  
LATAR BELAKANG (JURNAL ‘REVIEW’)

         ‘Komunikasi bunuh diri’ mungkin adalah topik yang masih baru atau jarang diperbincangkan di kalangan sarjana komunikasi. Berdasarkan kajian terawal tingkah laku oleh Azjen, ‘suicidal communication’ adalah terminologi yang digunakan dalam bidang psikologi dan sains kesihatan. Artikel oleh Handwerk dan rakan-rakan (1998) mengkaji hubungan antara kesungguhan niat bunuh diri dengan jumlah komunikasi bunuh diri yang disampaikan oleh orang yang ingin bunuh diri. Kajian ini dijalankan di kalangan belia yang tinggal di satu kawasan penempatan.

Objektif kajian ialah mengkaji hubungan antara jumlah komunikasi bunuh diri dengan kejituan niat melakukannya. Adakah mesej bunuh diri disampaikan sekadar inginkan perhatian ataupun ia benar-benar ingin dilakukan. Berdasarkan kajian-kajian sebelum, terdapat pelbagai penemuan berkaitan hubungan ini. Penemuan oleh Beck dan Lester (1976, dalam Handwerk et all, 1998) yang mendapati individu yang benar-benar ingin bunuh diri akan melakukannya secara diam-diam atau tanpa melakukan komunikasi bunuh diri. Manakala individu yang masih 50-50 dengan keputusan bunuh diri atau hanya ingin mencuba akan melakukan banyak komunikasi bunuh diri. Kajian ini mengambil penemuan ini sebagai satu hipotesis kajian untuk dibuktikan ke atas satu kumpulan belia di satu kawasan penempatan.

Ke arah memberi kesedaran akan keburukan bunuh diri (suicide prevention), satu pakej kesedaran keluarga yang dikenali dengan ‘Family Teaching Model’ telah di beri kepada keluarga-keluarga yang tinggal di kawasan kajian. Setelah itu, setiap mesej yang bermaksud keinginan bunuh diri (suicidal communication) yang berlaku di penempatan ini bermula dari tahun 1988 hingga tahun 1996 diberikan kod tertentu dan di rekod dalam sistem data khas (Daily Incident Report). Di sepanjang tempoh tersebut, sejumlah 46 komunikasi bunuh diri yang dilakukan oleh 46 responden telah di rekod. Setelah itu, semakan juga dilakukan bagi mengesan kekerapan responden melakukan komunikasi bunuh diri.

Kajian ini mendapati, terdapat hubungan antara IV dan DV iaitu kekerapan melakukan komunikasi bunuh diri dengan kesungguhan melakukannya. Dalam masa yang sama majoriti belia yang cuba membunuh diri akan melakukan komunikasi bunuh diri dan menyampaikan niat mereka (intent) yang mana hanya 20 peratus sahaja yang tidak melakukan komunikasi bunuh diri.

Elemen-Elemen Kajian

         Terdapat beberapa elemen yang membawa kepada penyataan masalah kajian. Elemen-elemen ini ditemui dalam kajian-kajian terdahulu. Antaranya adalah seperti berikut:

1.              Komunikasi bunuh diri para belia (adolescent (13 ke 17 tahun)) tidak difahami sebaik mungkin. Sedangkan mesej niat bunuh diri boleh menjangkakan tindakan cubaan bunuh diri (Pfeffer et al, 1993, dalam Handwerk et all, 1998).

2.              Kebiasaannya, individu yang bunuh diri dan yang cuba bunuh diri akan melakukan komunikasi bunuh diri sebelum melakukannya. Bahkan sesetengah kes menghubungi pakar perubatan atau pakar sakit jiwa

3.              Terdapat kekeliruan pemahaman kepada komunikasi bunuh diri sama ada betul atau main-main, yang mungkin juga disebabkan oleh kekurangan kajian ilmiah berkaitan.

4.              Terdapat penemuan yang menunjukkan tidak ada perbezaan antara mencuba ataupun benar-benar ingin membunuh diri.

Critics on the statistical procedures (why).

         Kajian ini menggunakan dua jenis ‘statistical procedures’ dan beberapa metod tambahan bagi menyokong analisis data. Bagi menganalisis statistik, kajian telah menggunakan ujian ANOVA dan Chi-square. Kedua-dua jenis ujian ini adalah ujian statistik perbezaan asas yang sering kali digunakan dalam penyelidikan kuantitatif. Manakala metod tambahan lain yang digunakan ialah ‘Lethality of Suicide Attempt Rating Scales’, ‘Family Teaching Model’, dan ‘Daily Incident Report’. Kajian juga menggunakan prosedur tersendiri bagi menetapkan pensampelan.

a.      Analisis Statistik – ANOVA dan Chi-square.

         Pengkaji mengkaji tingkah laku manusia iaitu komunikasi bunuh diri. Menurut Howel (1999), terdapat tiga prosedur statistik yang sangat sesuai dan paling banyak digunakan bagi mengukur tingkah laku iaitu ANOVA, Chi-square dan ujian – t. Oleh kerana sampel kajian ini sedikit (n=46), maka ANOVA sangat sesuai digunakan kerana ujian ini membolehkan pengkaji melihat perbezaan skor-skor min bagi setiap sampel kajian. Sungguhpun masih terdapat ujian lain yang boleh melihat skor-skor min seperti Ujian-t, tetapi Ujian-t hanya membenarkan pengkaji melakukan perbandingan dua skor min sahaja sedangkan ujian ANOVA boleh digunakan untuk membandingkan dua, tiga, lima atau n skor min. Di samping itu juga, ujian ANOVA juga membolehkan pengkaji membuat analisis ke atas dua atau lebih variabel bebas secara serentak, bagi melihat sama ada terdapat kesan interaksi antara variabel-variabel bebas tersebut. Contohnya, ujian ANOVA dua hala boleh digunakan bagi mengenal pasti kesan interaksi antara dua variabel bebas iaitu jantina dan bangsa yang mempengaruhi variabel bersandar. Dalam kajian ini, ujian ANOVA digunakan bagi mengukur kadar kesungguhan antara dua kumpulan iaitu Kumpulan Rendah dan Kumpulan Tinggi. Kumpulan rendah bermaksud sampel yang melakukan komunikasi sebanyak sekali ke bawah (0 hingga 1) dan Kumpulan Tinggi ialah sampel yang melakukan komunikasi bunuh diri lebih dari satu kali.

Pada pendapat saya, tidak ada masalah dengan prosedur pengukuran ini kerana ANOVA boleh mengukur data yang dikehendaki. Tetapi ciri-ciri yang digunakan bagi membahagikan kumpulan dirasakan boleh diperbaiki lagi. Ini kerana ia melibatkan kajian yang serius iaitu membunuh diri dan sampel tidak mudah melakukan komunikasi bunuh diri. Bermakna jumlah komunikasi bunuh diri dengan kadar sekali sahaja sudah tinggi. Masalahnya, kajian ini menggunakan ‘lethality score’ (0 hingga 10) bagi membezakan kadar keseriusan tingkah laku dalam komunikasi bunuh diri. Dalam masa yang sama membahagikan pemboleh ubah bebas kepada dua kumpulan berdasarkan jumlah komunikasi bunuh diri yang dilakukan. Tidak jelas bagaimana pengkaji mengukur dua pembolehubah ini kerana pertentangan pembahagian kumpulan dan skor. Dalam masa yang sama, pada pemahaman saya, kadar 0 hingga 1, termasuklah belia yang tidak melakukan langsung komunikasi bunuh diri. Maka itu, kita dapati, penemuan kajian ini menunjukkan tidak ada perbezaan antara data demografi dengan dua kumpulan ini iaitu pada kadar p>0.05. Penemuan ini bertentangan dengan dua kajian lepas iaitu oleh Syryox (tahun tidak dinyatakan) dan Longmire (2010) yang mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara rekod ahli keluarga yang terlibat dadah dengan kesungguhan membunuh diri ahli-ahli keluarga yang lain.

Manakala ujina Chi-square merupakan ujian bukan parametrik paling sesuai digunakan bagi kajian ini yang menggunakan skala berbentuk nominal dan bertaburan normal. Ini kerana kajian ini didapati mempunyai beberapa perkara yang agak ‘loose’ seperti pemilihan pensampelan. Pengkaji memilih ujian Chi-squer kuasa dua di mana pemboleh ubah bebas (jumlah komunikasi bunuh diri) merupakan data nominal. Responden telah diletakkan dalam kategori yang berlainan mengikut beberapa ketetapan seperti jumlah hari menginap di penempatan, jumlah cubaan membunuh diri sebelum dan lain-lain lagi. Pengkaji juga telah membandingkan kekerapan/frekuensi komunikasi bunuh diri yang dilakukan oleh responden dengan frekuensi atau jumlah cubaan terdahulu.

b.      Instrumen Pengukuran – Skor Kesungguhan.

         Menggunakan ‘Lethality of Suicide Attempt Rating Scales’. Bermula dari ‘0’ hingga ‘10’ (dari rendah ke tinggi). Skor ini digunakan bagi mengukur darjah kesungguhan membunuh diri. Skor ini menggunakan sembilan sampel (anchors) dan mengaplikasikan formula ‘relative lethality’ yang digunakan dalam pengukuran ke atas penagih dadah. Melalui pengiraan ‘psychometric’, skor ini sekurang-kurangnya akan memberi hasil pada tahap ‘equal interval’ yang akan membolehkan pengkaji mengukur hubungan antara tingkah laku bunuh diri dengan kesungguhan. Ianya boleh dikelompokkan kepada tiga label iaitu ‘mild’, ‘moderate’, dan ‘serious’. Menurut Smith, Conroy dan Ehler (1984), skor ini menyeragamkan data dan pengukuran dan ini sangat berguna kepada kajian kerana ia adil dan sangat saintifik dalam mendapatkan penemuan. Dalam masa yang sama, skor ini juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun tanpa latihan. Ini bermakna, kajian ini telah menggunakan skor yang telah terbukti keyakinan dan telah digunakan dalam kajian-kajian terdahulu, maka penemuan berkaitan tahap kesungguhan yang di tunjukkan dalam ‘suicidal communication’ boleh diterima pakai.

c.      Pensampelan.

         Kajian ini tidak memilih sampel atau responden. Pengkaji hanya menunggu tindakan dari belia di kawasan penempatan tersebut yang membuat perilaku yang bermaksud keinginan membunuh diri atau melakukan ‘suicidal communiation’. Maka belia berkenaan akan menjadi sampel kajian. Di sepanjang 9 tahun kajian, terdapat 46 orang belia yang telah melakukan ‘suicidal communication’ daripada 550 populasi. Empat daripadanya ditolak kerana data yang tidak lengkap (files not avail for review and cases did not have an SPS during admissions). Sungguhpun kaedah mendapatkan pensampelan sangat baik tetapi pengkaji terpaksa menunggu selama 9 tahun untuk hanya mendapat 42 sampel. Seperti yang telah dikritik di atas, adakah jumlah ini iaitu 42 sampel daripada 550 populasi yang hanya 8.4 peratus sahaja, boleh mewakili dari keseluruhan jumlah tersebut. Pada pendapat saya jumlah ini sangat kecil dan tidak mencukupi. Sepatutnya, pengkaji membuat kajian purata komunikasi membunuh diri dan keputusan tindakan kajian akan lebih tepat. Bayangkan, menunggu selama 9 tahun, melibatkan empat orang pengkaji, dan melibatkan hanya satu kawasan penempatan yang tempoh menduduki pada kadar purata 274.7 hari dalam masa 9 tahun. Adakah kajian ini signifikan atau menguntungkan? Sekiranya kajian ini mendapat geran kajian, semestinya ia melibatkan kos yang sangat tinggi. Persoalan yang kedua, adakah dapatan kajian berdasarkan 42 sampel yang kemudiannya menjadi dewasa dan mungkin berpindah dan tinggal di kawasan lain, boleh digunakan ke atas kanak-kanak yang akan menjadi belia selepas itu di kawasan yang sama. Jumlah yang kecil ini juga tidak boleh menjawab persoalan iaitu adakah terdapat hubungan antara komunikasi bunuh diri dengan kesungguhan melakukannya, walaupun menggunakan skor pengukuran yang telah terbukti baik. Sungguhpun penemuan di dapati signifikan tetapi kajian ini mendapati hubungan dalam bentuk ‘inverse’ yang mana kadar kesungguhan sangat rendah (M=1.39) pada semua sampel (β=0.30, F(1,44)=4.44, p=0.04) dan jumlah sampel yang menunjukkan kadar kesungguhan melebihi 3.5 hanyalah 6 sampel sahaja.

d.         Data Tambahan

            Data tambahan berkaitan individu yang terlibat diperoleh dari pihak pentadbiran. Ianya termasuk sejarah cubaan bunuh diri, rekod salah guna dadah dan penglibatan ahli keluarga. Usaha pengkaji mendapatkan data tambahan atau rekod sejarah kes bagi individu yang terlibat adalah satu tindakan yang sangat baik dan memberi kesan yang sangat positif kepada analisis data. Data menunjukkan terdapat 6 sampel yang mempunyai rekod cubaan membunuh diri di dalam keluarga, 19 sampel mempunyai rekod kes dadah (p<0 .01=".01" span="span" style="mso-spacerun: yes;">  dan 22 sampel mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan kes dadah. Ini bermakna hampir separuh dari sampel di dapati terlibat dengan dadah. Adalah lebih baik sekiranya pengkaji membandingkan ‘probability’ antara dua kumpulan ini iaitu kumpulan ada kes dadah dengan kumpulan yang tidak ada kes. Data berkaitan sejarah dadah bagi setiap individu sangat penting. Ini kerana menurut Shryoc (tidak dinyatakan), majoriti belia yang membunuh diri di dapati terlibat dengan dadah dan ketika berada di bawah pengaruh dadah, kewarasan dan logik akan hilang. Kajian oleh
Longmire (2010) mendapati terdapat hubungan yang kuat antara pengaruh dadah dengan kes membunuh diri di kalangan para belia di Amerika Syarikat. Beliau menyatakan “Teens who use drugs regularly are more likely to consider suicideas well as to act upon their thoughts”. Kajian beliau mendapati, belia yang memiliki rekod membunuh diri di kalangan ahli keluarga memiliki kesungguhan lima kali ganda untuk membunuh diri jika di banding dengan yang tidak ada rekod.

e.      Model ‘Suicide Prevention’.

         Ke arah memberi kesedaran berkaitan kesan dan keburukan bunuh diri, pengkaji telah mengaplikasikan satu pakej yang dikenali sebagai ‘Family Teaching Model’ (FTM). FTM di bentuk oleh sekumpulan pensyarah yang diketuai oleh Braukmann dari Departmen Pembangunan Kemanusiaan dan kekeluargaan, Universiti Kansas pada tahun 1967 (Schlientz, 2010). Pelatih-pelatih yang terlatih dalam FTM akan dihantar ke rumah-rumah bagi membantu belia dan keluarga mereka tentang bagaimana menghadapi masalah kemurungan, gangguan seks, gangguan emosi, kanak OKU dan bunuh diri. Dalam pada itu, pelatih-pelatih juga akan melatih ahli keluarga bagi menjadi penasihat yang paling baik dan dekat yang dipanggil sebagai ‘Teaching Parents’. FTM di aplikasikan dalam pelbagai kaedah. Antaranya ialah seminar kekeluargaan, khidmat kaunseling dan nasihat, poster nasihat, kempen-kempen, temu bual media dan berbagai lagi.

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh McElgunn (2010) dengan menggunakan FTM di 19 kawasan penempatan di Tennessee, ianya didapati sangat berfaedah dan memberi kesan yang sangat positif. Ini bermakna pemilihan FTM oleh pengkaji adalah sangat tepat dan akan menjadikan penemuan kajian mereka lebih terarah dan signifikan. McElgunn (2010) menyatakan bahawa FTM telah memberi kesan yang sangat positif setelah dilakukan ke atas 19 kawasan di sekitar Tennessee. FTM di dapati “has given hope that young people with even the most difficult problems or behaviors can improve the quality of their lives and make contributions to society”. Keberkesanan FTM juga diakui oleh Howell (1999) yang merupakan pakar dalam kajian sains tingkah laku. Walau bagaimana pun, artikel ini tidak menyatakan bahawa adanya pemerhatian atau penelitian yang dilakukan bagi melihat kesan FTM ke atas penduduk di kawasan kajian. Artikel hanya mengatakan FTM dijalankan tetapi tidak menghuraikannya atau mengaitkannya dengan analisis atau dapatan kajian. FTM atau aktiviti FTM tidak dijadikan sebagai pemboleh ubah seperti mana kajian yang dibuat oleh McElgunn.

f.       Sistem/Prosedur  Rekod.

         Merekod dengan rinci setiap perilaku yang berkait dengan bunuh diri di sepanjang tempoh 1988 hingga 1996 adalah satu proses yang sangat rumit. Data perilaku di simpan di dalam sistem data ‘Daily Incident Report’ (DIR).Sistem ini menyediakan satu borang yang perlu diisi dalam tempoh 12 jam selepas kejadian. Ia mencatat beberapa data penting seperti masa, tarikh, lokasi, individu terlibat dan lain-lain lagi. Setiap individu hanya perlu merekod sekali sahaja dan selepas itu data mereka akan tersedia di dalam sistem data. James (2006), berpendapat isu penyataan hasrat membunuh atau secara saintifik disebut ‘communicating suicidal ideation’ perlu melihat semua jenis komunikasi yang berlaku iaitu lisan dan bukan lisan, termasuk nota membunuh diri (suicide notes). Beliau mencadangkan agar semua bentuk komunikasi yang dilakukan oleh subjek perlu diteliti pada semua tahap iaitu sebelum, semasa dan pada sesetengah, selepas kejadian. Kajian beliau mendapati sesetengah komunikasi menjadi sangat penting dan sekiranya tertinggal, ia akan menjejaskan kajian. Justeru, penggunaan sistem ini sangat membantu kajian ini kerana Sistem DIR banyak dipraktikkan oleh syarikat-syarikat di Amerika Syarikat. Ianya termasuk restoran, pejabat dan sekolah. Sistem merekod segala aktiviti yang ingin dikaji termasuk kemalangan dan komen pelanggan. Tidak ada apa yang istimewa berkaitan DIR, hanya satu sistem penyimpanan data di dalam komputer atau bank data dan boleh di panggil semula pada bila-bila masa.

 7.      Polisi Laporan Bunuh Diri.

         Semua staf yang terlibat dalam kajian ini di latih khas dalam kepakaran ‘assess’ dan menangani risiko bunuh diri. Manakala para belia di kawasan penempatan dilatih tentang bagaimana melapur segala indikator bunuh diri yang dilakukan oleh orang lain di sekelilingnya termasuk ahli keluarga. Prosedur ini adalah sangat baik yang mana di dalam setiap keluarga terdapat ahli keluarga yang memiliki kesedaran dan akan bertindak sebagai mata dan telinga kepada pengkaji. Ini bermakna setiap perilaku bunuh diri akan dilaporkan walaupun tidak diketahui oleh pengkaji. Justeru, maklumat yang diterima bergantung kepada pengkaji untuk menganalisis sama ada ia tergolong dalam ‘suicidal communication’ atau pun tidak. Dalam hal ini, kemungkinan terdapat kelemahan tertentu. Contohnya para belia yang nakal yang suka kepada perhatian. Mereka akan melakukan ‘suicidal communication’ secara olok-olok atau tipu bagi mendapatkan perhatian. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui akan adanya kajian berkenaan yang sedang dijalankan. Kes begini banyak berlaku pada isu ‘panggilan palsu kecemasan’. Menurut Heasley (2003), satu kajian telah dijalankan bagi melihat tingkah laku belia dalam melakukan panggilan palsu atau ‘hoax call’ di New Zealand. Kajian mendapati 70% dari 10 juta panggilan adalah terdiri dari panggilan palsu, kesilapan, dan mendail mesin faks. Bermakna terdapat 7 juta panggilan palsu dalam tempoh satu tahun. Dalam kajian meneliti tingkah laku sebegini, Heasley mendapati 58% dari jumlah panggilan palsu, dilakukan oleh para belia dan kanak-kanak yang inginkan perhatian seperti kereta polis yang berbunyi siren datang ke rumah, di gari polis dan sebagainya. Justeru, saya berpendapat kemungkinan ada belia di kawasan kajian yang membuat ‘suicidal communication’ palsu. Andaikan ia ada, maka ketepatan kajian sangat diragui kerana sampel yang ada sangat sedikit iaitu 42 belia sahaja yang mana pengkaji terpaksa menolak empat sampel kerana tidak ada fail rekod dan tidak ada SPS semasa di daftarkan. Oleh kerana sampel yang sangat sedikit, maka keseluruhan skor bagi kesungguhan membunuh diri hanyalah 1.39 (1.65), p<0 .01=".01" 63.0.="63.0." dan="dan" diri="diri" hanya="hanya" kemungkinan="kemungkinan" membunuh="membunuh" o:p="o:p">


INDICATE ANOTHER POSSIBLE HYPOTHESIS(S)

Pemboleh ubah dan Skala Ukuran

         Sungguhpun artikel tidak menyatakan secara terus apakah hipotesis yang dibuat tetapi berdasarkan laporan penemuan, antara hipotesis, variabel dan skala ukuran yang digunakan ialah seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Pemboleh ubah dan skala sukatan yang digunakan.
Pemboleh ubah

Skala
Pemboleh ubah bebas:
Jumlah Komunikasi Bunuh Diri
1) 0 -1 = Kumpulan rendah.
2) ≥ 2 = Kumpulan tinggi.
Pemboleh ubah Bersandar:
Kesungguhan Niat Membunuh Diri
Lethality Scores:
0 to 10 = Low lethality to high lethality


Hipotesis Kajian

            Secara amnya, kajian ini menggariskan hipotesis seperti berikut:

Ha: Jumlah komunikasi bunuh diri mempunyai perkaitan dengan kesungguhan niat untuk membunuh diri di kalangan para belia di  kawasan penempatan X.

Hipotesis-Hipotesis Lain yang Boleh di Bentuk

            Setiap tingkah laku sama ada lisan atau bukan lisan dalam komunikasi bunuh diri memberi petunjuk yang berbeza. Ini kerana, semakin dekat dengan masa atau tarikh bunuh diri, individu berkenaan akan berada dalam situasi emosional yang paling tidak stabil. Boleh di katakan semua individu yang membunuh diri seboleh-bolehnya tidak mahu bertindak sedemikian. Perasaan berbelah bagi ketika saat genting tetapi disebabkan oleh emosi yang sangat tidak stabil, dalam sekelip mata keputusan dibuat untuk membunuh diri. Donna (2011), berpendapat bahawa karakter individu yang ingin membunuh diri sangat komplikated dan sukar difahami.  Bahkan dalam sesetengah kes, pelaku akan melakukan banyak aktiviti komunikasi bagi mengurangkan rasa tertekan dan gelisah. Menurut Donna, semakin hampir dengan saat untuk bunuh diri, semakin banyak komunikasi bunuh diri akan dilakukan. Sungguhpun demikian, kajian ini tidak membahagikan komunikasi bunuh diri kepada dua kategori penting iaitu lisan dan bukan lisan. Bahkan juga pada tahun 1998 di Amerika Syarikat, komunikasi telah memasuki medium teknologi. Ini disokong oleh Petric (2011) yang mengkaji komunikasi interpersonal. Beliau mendapati pada zaman ini teknologi memainkan peranan yang sangat penting di mana lima saluran teknologi yang sangat popular telah digunakan iaitu telefon mobil, sms, telefon, bersemuka (hidup siaran) dan bualan internet ataupun e-mel. Maka itu, antara hipotesis-hipotesis lain yang boleh dijadikan hipotesis kajian adalah seperti berikut:
           

Ho2: Tidak terdapat hubungan antara komunikasi bukan lisan (suicidal communication) dengan kesungguhan bunuh diri.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan antara komunikasi melalui gajet (suicidal communication - internet/hp/telefon) dan komunikasi bersemuka dengan hubungan kepada kesungguhan membunuh diri.

Kajian kepada komunikasi lisan, bukan lisan dan komunikasi melalui gajet perlu dilakukan kerana ketiga-tiga kategori komunikasi ini sangat penting dan akan dilakukan dalam komunikasi interpersonal. Manakala komunikasi melalui perantaraan gajet adalah komunikasi masa kini dan telah menguasai komunikasi interpersonal. Berbagai pendapat dan pemahaman yang diberikan kepada komunikasi jenis ini sama ada boleh di golongkan dalam komunikasi interpersonal.

ANOTHER POSSIBLE STATISTICAL PROCEDURE (S)

         Kajian ini menggunakan ANOVA bagi melihat hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar dan Chi-Square bagi mengukur hubungan data demografi dengan pemboleh ubah. Tidak ada kesalahan bagi menggunakan kedua-dua prosedur ini dan tidak ada komen sebenarnya. Tetapi, pada pandangan saya, masih ada prosedur lain yang lebih baik bagi mengukur hubungan pada kajian yang mengambil masa 9 tahun ataupun dijadikan sebagai analisis tambahan bagi tujuan perbandingan. Ujian regresi / regresi bersilang boleh digunakan bagi menentukan hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar yang diukur dengan skala interval atau ratio. Ia juga boleh diuji bagi melihat kekuatan hubungan sejarah keluarga (ahli keluarga ada rekod bunuh diri, ahli keluarga ada rekod dadah, dan subjek pernah cuba bunuh diri) dengan kesungguhan niat bunuh diri. Sekiranya keputusan analisis menunjukkan A > 0.05, bermakna salah satu atau ketiga-tiga item tersebut tidak berpotensi memberi kesan kepada kesungguhan niat membunuh diri ataupun sebaliknya.

Ho1: Tidak terdapat hubungan antara komunikasi lisan (suicidal communication) dengan kesungguhan bunuh diri.

Ho2: Tidak terdapat hubungan antara komunikasi bukan lisan (suicidal communication) dengan kesungguhan bunuh diri.

Bagi melihat hubungan kedua-dua pemboleh ubah yang ada dalam kedua-dua hipotesis cadangan ini, pengkaji mempunyai beberapa pilihan prosedur statistik. Oleh kerana kajian ini membahagikan sampel kepada dua kumpulan (High Comm dan Low Comm), maka kajian juga boleh menggunakan  beberapa lagi prosedur statistik seperti Independent T-Test, dan Pair sampel T-Test. Ujian-T juga boleh digunakan bagi mengukur untuk menentukan perbezaan hubungan antara pemboleh ubah yang mempunyai dua kumpulan seperti komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Sekiranya keputusan analisis menunjukkan A>0.05, bermakna tidak ada perbezaan atau sebaliknya.

Selain daripada itu, pengkaji juga boleh menggunakan Korelasi Pearson bagi mengkaji perbezaan pengaruh jumlah komunikasi bunuh diri sama ada secara lisan atau bukan lisan yang dilakukan. Tambahan kepada itu, prosedur statistik korelasi pearson juga boleh digunakan bagi melihat penyebab yang menyebabkan niat kesungguhan bunuh diri meningkat. Ini akan lebih jelas memberi jawapan sama ada jumlah komunikasi bunuh diri sama ada lisan atau bukan lisan yang dilakukan mempunyai korelasi yang signifikan dan positif atau sebaliknya. Jika didapati p>0.05, maka hipotesis akan ditolak bermakna tidak signifikan.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan antara komunikasi melalui gajet (suicidal communication - internet/hp/telefon) dan komunikasi bersemuka dengan hubungan kepada kesungguhan membunuh diri.

Bagi melihat perbezaan hubungan dua jenis komunikasi dengan pemboleh ubah bersandar (kesungguhan bunuh diri) di dalam cadangan hipotesis seterusnya, sungguhpun Ujian ANOVA adalah yang paling sesuai digunakan (dipilih oleh pengkaji), pengkaji juga boleh menggunakan ujian MANCOVA bagi melihat kewujudan perbezaan hubungan antara komunikasi melalui gajet dan komunikasi semuka terhadap pemboleh ubah bersandar (kesungguhan bunuh diri). Sekiranya hasil ujian statistik MANCOVA menunjukkan p=>0.05, menunjukkan hubungan komunikasi melalui gajet dan komunikasi semuka terhadap pemboleh ubah bersandar adalah tidak signifikan. Berrmakna terdapat faktor-faktor lain lagi yang telah mempengaruhi pemboleh ubah bersandar. Selain daripada terdapat faktor-faktor lain, kemungkinan juga sampel saiz yang digunakan adalah kecil ataupun sub pemboleh ubah terlalu banyak.

KESIMPULAN

         Artikel ini mengakhiri laporan kajian dengan mengemukakan tiga soalan bagi cadangan kajian pada masa akan datang. Pertama, kepada siapa para belia memaklumkan niat (intent) mereka untuk membunuh diri? Kedua Apakah kesan dari komunikasi bunuh diri yang telah dilakukan? Dan akhir sekali apakah tindakan yang telah diambil oleh penerima mesej niat bunuh diri tersebut? Merujuk kepada kajian yang akan saya lakukan, kajian tersebut akan menjawab tiga soalan ini iaitu kenapa penerima mesej bunuh diri seperti ketua, rakan rapat, Pegawai Agama. Pegawai Kaunseling, dan ahli keluarga tidak bertindak menyelesaikan masalah subjek ataupun mengambil tindakan bagi mengurus subjek supaya tidak meneruskan niatnya setelah menerima mesej bunuh diri?

Sungguhpun kajian ini berjaya membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara banyaknya komunikasi bunuh diri yang dilakukan subjek dengan kesungguhan bagi melakukannya tetapi pada pendapat saya, jawapannya adalah sangat subjektif. Ini kerana terdapat beberapa kajian terdahulu yang membuktikan adanya kes membunuh diri di mana subjek langsung tidak melakukan komunikasi bunuh diri. Bahkan kajian ini juga ada menjelaskan bahawa berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Brent et all, (1988) (dalam artikel) mendapati 20% dari responden yang membunuh diri tidak melakukan komunikasi bunuh diri dan 20% lagi hanya melakukan komunikasi bunuh diri sekali sahaja. Kesimpulannya boleh dirumuskan bahawa prosedur statistik yang digunakan dalam kajian ini telah dipilih berdasarkan keperluan dan kesesuaian dengan pengkaji, responden, dan kawasan kajian. Bahkan kajian ini juga telah membincangkan empat elemen utama yang dijadikan asas kajian termasuk penemuan kajian oleh Pfeffer et al, 1993. Maka itu, hasil analisis boleh diterima.


Rujukan

Donna (2011) Donna Bellafiore (2011). Interpersonal Conflict and Effective Communication. Di capai di http://www.drbalternatives.com/articles/cc2.html pada 8 Mac 2012.

Heasley, A. (2003) . False emergency calls 0000. The Age. Dicapai di Error! Hyperlink reference not valid. pada 7 Mac 2012.

Howel, D.C. (1999). Fundamental statistics for the behavioral sciences (4th ed.) California: Brooks/Cole Publishing Co.

James J. D .(2006) Suicide By Cop: A Case Study Analysis of How Police Practitioners. The City University of New York. Thesis.

Longmire, P. (2010). Can Teen Drug Abuse Be Related to Teen Suicide?. Di capai di http:// ezinearticles. com/ ? Can-Teen- Drug- Abuse - Be- Related- to-Teen-Suicide ?&id = 3886474 pada 7 Mac 2012.

McElgunn, E.P. (2010). Teaching family model. Dicapai di http:// www. wtfs. org/ Teaching% 20Family% 20Model. html pada 4 Mac 2012.

Petric, G. (2011). Social uses of interpersonal communication technologies in a complex media environment. European Journal of Communication. 26: 116-132.

Schlientz, C. (2010). What is the Teaching Family Model?. Di capai dari http://teachingfamilyservices.com/blog/what-is-the-teaching-family-model/ pada 4 Mac 2012.

Shryoc, R.R (tidak dinyatakan). Suicide and teen drug abuse. Texas: Di capai di http://ezinearticles.com/?expert-Robert_R_Shryoc pada 7 Mac 2012.

Smith, K., Conroy, R.W., dan Ehler, B.D. (1984). Lethality of suicide attempt rating scale. Suicide Life Threat Behav Journal. 14(4):215-242.


Comments

Popular Posts