CLASSICAL REALIST - THUCYDIDES, MACHIAVELLI, HOBBES
DENGAN
MENGGUNAKAN IDEA DAN HUJAH PARA PEMIKIR REALIS KLASIK SEPERTI THUCYDIDES DAN
MACHIAVELLI SERTA YANG LAIN-LAIN, JELASKAN DAN HURAIKAN BAGAIMANA SIKAP MANUSIA
DALAM PROSES SOSIALISASI MASYARAKAT MENYUMBANG KEPADA KONFLIK DAN KEAMANAN.
PENGENALAN
Pemikiran realis telah mendominasi politik
dunia sejak bermulanya keperluan perhubungan antarabangsa pada tahun 1919. Ini
kerana realis di katakan mempunyai penjelasan yang jelas dan konsep yang kukuh
berkaitan ‘negara’, ‘kuasa’, dan ‘perang’.
Ketiga-tiga elemen ini menjadi isu utama
pada ketika itu dalam sistem bernegara. Hakikatnya fahaman realis mempunyai
sejarah yang lebih lama dari itu. Fahaman ini bermula dari Thucydides iaitu pelopor realis yang muncul ketika perang
Peloponnisia antara Athen dan Sparta. Selain Thucydides, terdapat tiga orang
lagi pelopor pemikiran realis klasik yang terkenal iaitu Niccolo
Machiavelli (1469 – 1527), Thomas Hobbes (1588 – 1679), dan Morgenthau (1948). Sungguhpun demikian, pemikir-pemikir realis seperti Thucydides,
Machiavelli, Hobbes, Clausewitz, Carr, dan Morgenthau, masing-masing mempunyai
pemahaman tersendiri yang sama tapi berbeza. Justeru pemikir politik antarabangsa telah
membahagikan fahaman realis kepada tiga kategori iaitu Realis Klasik (sehingga
abad ke 20), Moden Realis (1939 hingga 1979), dan Neo-Realis (ke atas).
Pada asasnya fahaman realis berkisar kepada empat perkara asas. Pertama,
sistem antarabangsa adalah bersifat anarki dan unit-unit politik yang dibentuk
dalam konsep negara bangsa adalah bebas memilih dan membuat keputusan berkaitan
dengan negaranya. Kedua, ‘state’ atau negara adalah aktor utama dalam sistem antarabangsa
dan memiliki elemen kuasa iaitu ketenteraan yang berdaya musnah dan boleh
digunakan ke arah kelangsungan hidup atau survival negara ke arah menjadi
negara hegemoni. Ketiga, Negara juga tidak mempedulikan niat atau hasrat atau
kepentingan negara-negara lain. Akhir sekali, kelangsungan hidup dan
mengekalkan kedaulatan negara adalah perkara pokok yang menjadi landasan politik
sesebuah negara tanpa mempedulikan hak negara lain. Realis menghujahkan bahawa
aktor terpenting iaitu manusia tidak upaya menggunakan akal dengan baik bagi
menjamin keperluan moral. Fahaman ini bertentangan dengan fahaman liberallisme
yang fokus kepada kebebasan dan hubungan baik aktor bukan negara bagi menjamin
keamanan dan keseimbangan kuasa dan hak kedaulatan.
Bagi menjawab keperluan ini, perbincangan ini akan mengupas
idea dan hujah tiga orang pemikir realis klasik iaitu Thucydides, Machiaveli, dan
Hobbes. Seterusnya akan dikaitkan dengan sikap manusia dalam proses sosialisasi
masyarakat yang menyumbang kepada konflik dan keamanan.
IDEA DAN HUJAH PEMIKIR REALIS KLASIK
THUCYDIDES (460 BC – 400 BC)
Thucydides adalah seorang sejarawan Greek.
Beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul ‘The History of the
Peloponnesian War’ yang mengisahkan peperangan yang berlaku antara Athenian dan
Sparta pada tahun 411 BC yang telah dilaluinya. Dalam buku ini, beliau
menghuraikan hubungan antara negara yang berdasarkan kepada perilaku semula
jadi manusia yang memungkinkan berlakunya krisis dan perang. Pada pendapat
beliau, sebab utama yang mencetuskan perang ialah kuasa dan rasa tidak selamat.
Bagi beliau, lumrahnya ada pihak atau negara yang lemah dan ada negara yang
kuat. Maka pihak atau negara yang kuat akan berkuasa dan yang lemah akan
dikuasai (might makes right). Idea ini dikaitkan dengan tingkah laku kaum Athen
terhadap kuasa dalam Perang Pelopennesian. Dek kerana kuasa, kaum Athen rasa tidak selamat dan ingin berkuasa supaya
menjamin keselamatan. Maka Athen menakluki wilayah lain hingga berpendapat
perang itu adalah sangat perlu dan tidak boleh dielakkan. Berlandaskan kepada
idea dan hujah ini, adalah tidak dapat dinafikan bahawa ‘might makes right’
atau pun kuasa adalah faktor penentu. Dengan sifat semula jadi manusia yang
digambarkan oleh Morghentau sebagai ‘animal’, maka kuasa sangatlah diperlukan
seperti fahaman Thucydides. Morgenthau (1985) berpendapat “Man is a political
animal by nature; he is a scientist by chance or choice; he is a moralist
because he is a man.” Ini kerana keadaan penghidupan sekeliling masyarakat pada hari ini
sangat terarah kepada perlakuan manusia (man) dan manusia memerlukan kuasa dari
pelbagai aspek.
Hubungan Manusia Dengan Manusia
Pada entiti kecil iaitu sebuah keluarga, ketua keluarga perlu memiliki
kuasa ke atas ahli keluarganya supaya ia berupaya mengawal tingkah laku ahli
keluarga yang lain. Ketua keluarga dianggap mempunyai kuasa dan ahli keluarga
adalah kumpulan yang lemah. Kuasa yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah
kuasa menjaga keselamatan keluarga, kuasa menentukan kehidupan yang sempurna,
dan kuasa menentukan ahli keluarga mematuhi peraturan. Morgenthau (1985)
berpendapat, “Man is born to seek power, yet his actual condition makes him a slave
to the power of others.” Sekiranya tidak memiliki
kuasa-kuasa yang dimaksudkan, ia akan mendedahkan ahli keluarga kepada konflik
seperti gangguan dari penjenayah, kehidupan yang susah (konflik kehidupan), pergaduhan
sesama ahli keluarga kerana merebut sesuatu yang sedikit, dan mungkin
berkonflik dengan nilai semasa masyarakat. Kehidupan sebuah keluarga yang
terhimpit akan turut menghimpit masyarakat sekeliling. Dalam masa yang sama,
sekiranya seseorang individu atau sebuah keluarga memiliki kuasa-kuasa yang
dinyatakan, maka ia akan dihormati dan ini menjurus kepada keamanan. Tambahan
pula manusia diajar menghormati pihak yang lebih berkuasa seperti mematuhi
peraturan dan hukum yang telah ditetapkan oleh Tuhan kerana Tuhan berkuasa. Pemahaman
ini telah sedia tertanam dalam diri manusia yang percaya kepada Tuhan. Contoh
yang paling ketara ialah keadaan kehidupan dalam masyarakat India di wilayah
selatan India. Pengalaman tinggal di sana selama dua tahun, saya mendapati,
tanpa kuasa, seseorang itu diibaratkan seperti sampah. Tanpa kuasa, maka
seseorang itu tidak mempunyai hak atas apa sahaja seperti tempat tinggal, makanan,
keluarga dan pakaian. Sekiranya mempunyai kuasa, maka ia diibaratkan seperti
maharaja. Mintzberg (1983) pula
melihat kuasa sebagai keupayaan untuk memberi kesan ke atas
kelakuan orang lain. Pemahaman ini mempengaruhi sikap
manusia ketika ia bersosialisasi dengan ahli dalam masyarakat.
Hubungan Sesama Negara (Interstates Relation)
Pada konteks yang lebih besar, elemen ‘kuasa’
membawa dua keadaan iaitu kebaikan (keamanan) dan keburukan (konflik). Bagi
menghuraikannya, situasi yang berlaku pada Iraq akan dijadikan contoh. Pada
tahun 1991, Iraq di bawah pemerintahan Saddam Hussein dimaklumi sebagai sebuah
negara yang agak berkuasa dan disegani di Timur Tengah. Dek kerana kuasa,
Saddam Hussein di katakan telah menzalimi penduduk puak Syiah di bahagian Timur
dan seterusnya berperang dengan Iran. Semuanya disebabkan oleh kuasa dan rasa
keinginan bagi menguasai pengeluaran minyak. Oleh kerana memiliki kuasa, maka
Saddam Hussein menyerang Kuwait dan akhirnya di serang oleh Amerika Syarikat
dan sekutunya seperti mana yang terjadi ke atas Sparta. Thucydides menyebut
"what made the war inevitable was the growth of Athenian power and the
fear which this caused Sparta". Setelah memenangi perang, maka yang menang
akan menjadi ‘mights makes right’ dan yang kalah dikuasai seperti kata pepatah
Melayu ‘yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu’. Amerika Syarikat
berkuasa ke atas Iraq dan seterusnya bertindak menghalalkan tindakannya
menyerang Iraq. Selari dengan elemen kuasa iaitu yang berkuasa akan menentukan
segala-galanya dan pihak yang kalah akan dipersalahkan. Amerika Syarikat
berpendapat tindakan menyerang Iraq adalah atas sebab keamanan dan sangat
perlu. Nyatanya keamanan (perspektif Amerika Syarikat) diperoleh dari konflik
dan kehancuran tetapi Iraq tidak aman hingga hari ini. Pada pandangan yang
lain, perang sebenarnya tidak menentukan siapa yang menang tetapi perang menentukan
siapa yang akan terus hidup. Bermakna, kuasa boleh menguasai sikap manusia
dalam mengadakan hubungan dengan masyarakat. Situasi dunia pada hari ini
menunjukkan sistem bernegara meletakkan negara-negara pada status dan kedudukan
tertentu dan ini telah menentukan bentuk atau jenis hubungan yang dijalinkan. Maka
wujud kategori negara seperti Negara Dunia ketiga, Negara Membangun dan Negara
Maju. Hakikatnya pengelompokan tersebut dibuat berdasarkan elemen kuasa.
Justeru, kedudukan tersebut menentukan jenis hubungan yang dijalinkan seperti
mana di katakan oleh Thucidides "a change in the hierarchy or control of
the international political system".
NICOLO MARCHIAVELLI
(THE PRINCE)
Marchiavelli
telah memegang jawatan penting dalam kerajaan Florence pada ketika berumur 29
tahun. Antara jawatan terpenting ialah sebagai Setiausaha kerajaan selama 14
tahun dan telah terlibat dalam banyak misi diplomatik ke pelbagai negara. Pada
tahun 1512, beliau disingkirkan dari jawatan apabila kerajaan Florence
digulingkan oleh golongan Medici yang bertindak zalim selepas itu. Bagi
mendapatkan semula status dan jawatan, beliau telah menulis sebuah buku
falsafah politik iaitu ‘The Prince’ yang menyokong dasar Medici yang zalim.
Buku tersebut memuatkan idea Machiavelli yang mengisahkan keperluan pemerintah
yang zalim dengan ideologi yang hina dalam negara. Idea beliau di tolak oleh
kerajaan Medici dan kerajaan Florence yang berkuasa semula selepas itu meminggirkan
beliau kerana idea dalam buku berkenaan yang bertentangan dengan dasar kerajaan
Florence. Beliau terpinggir hingga akhir hayat. Selain ‘The Prince’, beliau
turut menulis buku ‘The Discourse on Livy’, ‘The Art of War’, dan ‘A History of
Florence and La Mandragola’. Melalui tulisan-tulisan beliau, Machievelli
menulis tentang pemikiran beliau terhadap politik dan negara yang dirumuskan
seperti berikut:
Politik Tidak Bermoral
Bagi
mengekalkan kuasa, Machiavelli menyarankan agar para pemerintah harus mengetepikan
rasional moral dan menaruh segala keyakinan kepada kekuatan dan kepintaran kerajaan
menipu rakyat. Seseorang pemerintah harus bijak mengaburi mata rakyat dengan
menyogok rakyat dengan hiburan, pertunjukan seni dan sukan supaya mereka lalai,
rasa terhibur, dan terus kekal menyokong kerajaan. Jika ada yang menentang,
undang-undang akan dikuatkuasakan secara tegas. Hukuman keras akan dikenakan
tetapi akan digambarkan seakan-akan setimpal dan adil. Politik yang mengetepikan moral selari dengan
kata-kata ‘politik itu kotor’. Manusia adalah aktor politik yang memainkan
peranan sebagai pemerintah dan sikap tidak bermoral ini dibawa dalam proses
sosialisasi masyarakat sama ada di peringkat domestik ataupun antarabangsa.
Persoalannya ialah berapa lamakah aktor politik iaitu pemerintah boleh menipu
rakyat atau berpura-pura adil? Adakah rakyat pada hari ini boleh dibeli atau
disogokkan dengan hiburan atau pesta? Pada peringkat awal, mungkin boleh
membawa kepada keamanan tetapi keamanan yang bersifat sementara sahaja. Lama
kelamaan, penipuan dan lakonan pemerintah akan diketahui rakyat. Lebih-lebih
lagi rakyat pada alaf 21 yang rata-ratanya adalah generasi Y dan I-Gen. Rakyat
dari kelompok ‘I-Gen’ di katakan tidak ganas, tidak banyak cakap tetapi akan
menuntut hak mereka melalui pemberontakan apabila hak mereka di ganggu atau
tidak diberi. Maka akan berlaku konflik. Begitu juga di peringkat antarabangsa,
berapa lamakah negara boleh berpura-pura baik dalam hubungan antara negara.
Hubungan antara negara dijalankan secara rasmi dan melibatkan perjanjian yang
sah.
Machiavelli menegaskan terdapat dua cara bagi mendapat
kuasa politik iaitu pertama, melalui keturunan atau warisan. Contohnya, jika ayah
adalah seorang aktor politik, maka anak juga akan menjadi aktor politik.
Pemahaman kepada sikap manusia seperti ini boleh membawa kepada keamanan.
Kedua, ialah melalui penaklukan yang akan membawa kepada konflik. Jika terdapat
negara baru, ia perlu dikuasai dengan apa cara sekalipun. Manakala penyokongnya-penyokongnya
perlu dihapuskan. Kemudiannya kerajaan pemerintah perlu lah menjalankan
kerja-kerja propaganda bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Machiavelli merumuskan
kejayaan pemerintah bergantung kepada cara pemerintahan yang bijak dan upaya
menyelesaikan masalah.
Pemerintah Yang Baik
Machiavelli mengetengahkan pemahaman yang
berbeza yang mana pemerintah harus memiliki dua wajah (singa dan kancil) yang
boleh sering bertukar ganti. Bagi beliau, pemimpin yang baik ialah pemimpin
yang memiliki sifat-sifat buruk seperti kedekut, jahat dan berani berhadapan
dengan kritikan rakyat. Sifat pemurah
hanya diperlukan dilakukan ketika masa
pilihan raya atau ketika ingin dipuji. Dalam hal sama, pemerintah boleh menjadi
pemurah tetapi hanya dengan harta orang lain tetapi dalam masa yang sama beliau
menolak tindakan merampas harta rakyat. Sikap baik ini digambarkan seperti
sifat seekor kancil yang bijak dan licik menipu. Seorang pemimpin mesti
sentiasa ditakuti oleh rakyat. Rasa ditakuti ini dapat diperoleh melalui tindakan-tindakan
yang zalim, hukuman yang keras dan menakutkan. Sikap ini digambarkan melalui
sifat singa yang ganas. Pemimpin yang dicintai rakyat hanya bersifat sementara
sahaja. Pemimpin juga tidak harus berpegang pada janji. Seorang pemimpin juga patut menonjolkan sifat hipokrit
dalam kehidupan hariannya. Dia harus berpura-pura menonjolkan nilai baik dalam
dirinya terutama sifat pemurah,
jujur, berperikemanusiaan, baik budi
dan alim. Machiavelli berkata seorang
pemimpin itu tidak perlu memiliki semua sifat baik tetapi
‘seakan-akan memiliki sifat baik’ kerana manusia akan hanya menilai berdasarkan apa yang di lihat sahaja daripada apa yang
mereka rasa. Dengan pemahaman
sebegini, semestinya akan menyebabkan berlakunya konflik dalam masyarakat dan
negara. Nilai murni seorang manusia adalah berlaku baik.
Di dalam ‘The Natural Condition of Mankind’,
Hobbes menjelaskan berkaitan perilaku manusia tanpa pemerintah atau kerajaan,
tanpa masyarakat, dan tanpa peraturan moral. Manakala di dalam ‘The Leviathan’,
Hobbes juga menjelaskan tentang manusia dan bagaimana negara boleh mengawal
manusia dengan betul dan cekap. Hobbes berpegang kepada prinsip geometri dan
sains tulen dan ia boleh diaplikasikan dalam politik ke arah menghasilkan
kerajaan yang baik. Untuk menjadi kerajaan yang baik, Hobbes berpendapat perlu
melihat manusia itu satu persatu seperti membuka sebuah enjin dan kemudiannya memasangkannya
semula. Pada Hobbes, "For what is the Heart,
but a Spring; and the Nerves, but so many Strings; and the joynts, but so many
Wheeles, giving motion to the whole body,".
Manusia Penentu
Konflik dan Keamaman (Unrasional)
Hobbes melihat aktor negara iaitu manusia adalah mesin yang
rasional. Sekiranya manusia bersaing
sama ada untuk kuasa, status atau penghargaan, mereka akan menjadi musuh
dan akan saling memusnahkan. Maka, perebutan merebut sesuatu atau keperluan
akan membawa kepada perang dan saling membunuh.
Individu yang jujur akan musnah kecuali mereka juga bertindak ganas.
Setiap indiivu mesti berupaya mempertahankan diri mereka sebaik mungkin. Tindakan
terbaik dari musnah ialah memusnahkan ancaman, serang dulu. Ancaman lebih
bahaya dari perang. Jika dikaitkan dengan sikap manusia dalam proses
sosialisasi masyarakat, pemahaman ini akan membawa kepada konflik yang membawa
kepada dua keadaan. Pertama konflik yang berpanjangan dan keduanya konflik pada
permulaan dan keamanan akan wujud selepas itu iaitu setelah ancaman berjaya di
musnahkan. Nyatanya, ancaman tidak pernah berakhir. Ia berjaya dimusnahkan dan
ancaman baru akan wujud. Ini kerana sifat manusia yang sentiasa ingin sesuatu
yang baru dan melebihi orang lain. Sementelah pula, kita tidak hidup
berseorangan dan di dunia terdapat banyak penempatan manusia. Pandangan Hobbes
menjelaskan sifat sebenar manusia terhadap kuasa. Manusia yang tidak berkuasa
akab mencari dan beruasaha bagi mendapatkan kuasa. Manakala manusia yang telah
berkuasa akan terus berusaha bagi menambah kuasa yang sedia ada. Ini jelas
dinyatakan oleh Hobbes bahawa setiap individu adalah sama rata, sama kuat. Jika
terdapat yang tidak kuat, ianya boleh diatasi melalui "secret machination,
or by confederacy with others, that are in the same danger as himself."
Konsep Keadilan
Tidak ada konsep keadilan. Ianya hanyalah perkataan yang
dijelaskan oleh kepelruan. Dalam ‘The State of Nature’ tidak ada kawalan, maka
tidak ada keadilan. Maka tidak ada industri, kerana industri memerlukan
kerjasama antara indiivdu bagi mengeluarkan produk. Adalah mustahil untuk
bekerjsama atau membuat perjanjian, kerana wujudnya ketidak percayaan dalam
diri manusia. Walau bagaimanpun, hobbes percaya akan kewujudan hak dan
undang-undang alam. Semua manusia ada hak bagi memilih untuk melakukan apa
sahaja. Semua individu mempunyai hak bagi mempertahankan diri dalam apa cara
sekalipun. Contohnya Perang 30 Tahun menyaksikan Cardinal merasakan dia
mempunyai hak untuk mengetuai Peranchis ke medan perang bagi menentukan
negara-negara yang di perintah oleh Habsburgs tidak mendominasi wilayah eropah.
Ini yang disebut sebagai ‘raison d’etat’. Perang 30 Tahun berakhri dengan
Perjanjian Westpalia yang membawa kepada sistem bernegara yang lebih moden.
Kesimpulan
Dari definisi, sejarah, serta teori-teori dari tiga orang
pemikir klasik realis yang menjelaskan tentang pemikiran klasik realis dapat disimpulkan,
bahawa fahaman klasik realis iaitu negara sebagai hal yang terpenting dan
diutamakan dalam hubungan internasional dan bagaimana negara menyediakan
pertahanan dan keamanan bagi negaranya itu dengan memaksimakan kuasa. Setiap
negara bersikap berkepentingan kerana negara menginginkan kekuasaan sehingga
adanya pembahagian antara kepentingan nasional dengan kepentingan nasional
negara lain sehingga ada berbagai hal yang dapat mengundang konflik. Dari hal
tersebut akhirnya negara cenderung meningkatkan kuasa bagi melindungi negaranya
dari negara lain sebagai jalan untuk bertahan (survive). Ianya bermula dengan
sikap manusia yang dibawa dalam entiti yang lebih besar iaitu negara. Semua
tindakan bertujuan bagi mendapatkan keamanan. Maka, konflik yang dihadapi bagi
mendapatkan keamanan adalah rasional bagi klasik realis. Bermakna konflik
adalah sangat perlu dan konflik juga adalah jambatan untuk mendapatkan
keamanan.
Sungguhpun pemikiran klasik realis bersifat ‘self interest’
dan seperti tidak rasioanal tetapi ia terus berkembang seiring pemikiran para
sejarawan yang mengamati perkembangan kekuasaan negara-negara dalam hubungan
internasional. Baik klasik realis, realis, dan neorealis; sama-sama bersetuju
akan kepentingan kuasa dan melalui kuasa negara dapat menentukan kekuasaan
suatu negara dan dipenghujungnya adalah keamaman. Pada masa hadapan, adalah
dijangkakan ‘negara’ (state) yang kuat akan kekal sebagai aktor utama yang
berkuasa dan akan menentukan hala tuju sikap manusia ketika bersosialisasi
dalam masyarakat. Sungguhpun tafsiran berkaitan ‘keselamatan’ telah mempunyai
dimensi baru dan menolak perang tetapi saya berpendapat bahawa ‘perang’ akan
tetap kekal sebagai satu kaedah penyelesaian terakhir yang diterima dan sah.
Manakala tindakan menggunakan ketenteraan bagi menyelamatkan atau
mempertahankan hak-hak sesebuah negara dan rakyat, akan terus kekal penting
pada masa hadapan.
Sungguhpun dunia dan proses sosialisasi masyarakat dalam
era globalisasi dilihat saling bergantungan tetapi ia tidak menjamin akan
merubah sikap manusia seperti mana yang difahamkan oleh pemikir realis dan
seterusnya ianya tidak dapat menghalang manusia (state) berusaha menambah kuasa
dan terlibat dalam perang.
Rujukan
Morgenthau, Hans J. 1985. rev. by Kenneth W. Thompson.
Politics Among Nations: the Struggle for
Power and Peace. 6th ed. New York: Alfred A. Knopf.
Baylis, John and Smith, Steve. 1997.The Globalization of World Politics: An Introduction
to International Relations.
Oxford University Press.
Viotti,
Paul R. & Mark V. Kauppi. 1998. International Relations Theory: Realism,
Pluralism, Globalis, and Beyond. MA: A Viacom Company
Machiavelli, N. (1985), The Prince,
University of Chicago Press. Translated by Harvey
Mansfield.
Mintzberg, H. (1983). Structure in fives: Desinging effective
organizations. New Jersey: Prentice Hall
Comments