TABIK TOK MAD ORANG NEGERI SEMBILAN

Bahang pilihan raya dah terlalu hampir. Dah lebih sebulan akhbar tempatan penuh dengan pelbagai spekulasi itu dan ini. Macam-macam lah karenah orang politik ni. Lain parti, lain ragamnya. Saya dah 13 tahun menetap di Negeri Sembilan. Dah melihat dua zaman Menteri Besar. Semalam akhbar tempatan kecoh pasal ura-ura MB N.9 nak di tarik ke peringkat persekututan. Rasanya Tok Mad baru je jadi MB N.9. Masa dia belum jadi MB, saya ada minum teh tarik dengan dia di Kelab Golf Tuanku Jaafar. Rendah diri orangnya. Masa tu saya menjadi CO di Kem Senawang. Bila dia dah jadi MB, kita pun seganlah.

Sejak Tok Mad jadi MB, negeri sembilan mengalami pelbagai perubahan yang positif. Dari segi jalan rayanya, bukan setakat dekat nak mengundi jeee, dari awal dia jadi MB lagi, dia dah buat pelbagai perubahan yang positif. Paling bagus dia dapat selesai masalah orang kaya felda LBJ. Kalau tak percaya datanglah ke Seremban dan tengok sendiri. Sengsara ‘jem’ di Rasah akibat jambatan kecil dan pagar keretapi, dah tak de lagi. Bandar Seremban dah lain rupanya.

Pembangunan yang dibuat beliau disertai dengan hormatnya pada masyarakat. Semua orang suka. Jadi janganlah ambil dia dari Negeri Sembilan ni cepat sangat. Bagilah peluang kami merasa penangan MB yang hebat. Sungguhpun saya bukan orang neghori sejati tetapi sebab dah beli rumah di sini, jadi saya turut suka dengan apa yang dia buat. Sebab memang bagus.

Akhir kata, saya berdiri tegak, kaki rapat, tangan kiri lurus di paha kiri, pandang hadapan dan tabik springgg pada Tok Mad. Tabikkk Datuk!

Comments

Popular Posts