KENDURI KAHWIN: HORMATILAH TETAMU
Sempena cuti tahun baru cina, ada dua tiga jiran saya membuat kenduri kahwin. Ada juga jiran yang menerima risikan (merisik). Saya kagum sebab ‘merisik’ masih ada lagiiii. Ketika menghadiri satu kenduri kahwin, saya dan adik-adik duduk menjamu selera. Tiba-tiba tetamu di meja kiri dan kanan dijamu dengan menu yang lebih istimewa iaitu daging salai masak lemak dan ayam masak merah. Memandangkan adik bongsu saya peminat nombor satu ayam masak merah, maka apabila terpandang, dia meminta ayam tersebut. Mentara (pembantu majlis kahwin) memaklumkan bahawa menu tersebut hanya untuk kenalan dekat dan saudara mara sahaja. Saya amat memahaminya tetapi adik-adik tidak faham. Budaya mana ini?
Tidak salah, bahkan terlalu bagus menyediakan menu istimewa kepada saudara mara dan kenalan rapat. Tetapi bukannya dihidangkan ketika tetamu-tetamu lain (bukan saudara atau kenalan rapat) sedang menjamu selera. Budayanya, menu istimewa ini di santap lebih awal ketika tetamu jemputan lain belum sampai atau makan di lokasi yang agak jauh dari tetamu lain supaya tidak di lihat.
Wahai bangsaku hormatilah tetamu. Wajib.

Comments