KESILAPAN DEMI KESILAPAN

Siapa yang patut dipersalahkan, jika kita bumiputra khususnya Bangsa Melayu hilang kuasa di tanah airnya. Sebenarnya kita telah melakukan banyak kesilapan sejak dari awal lagi. Kita tidak menetapkan apakah konsep yang ingin diamalkan dalam negara kita khususnya konsep yang melibatkan percampuran bumiputra dengan kaum pendatang. Kita tidak menetapkan sama ada ingin mengikut integrasi atau amalgamasi atau pluralisasi atau sebagainya. Setelah lebih setengah abad merdeka, kita baru ingin melihat kepada konsep ini. Atas kesilapan ini, kita mewujudkan satu konsep baru yang dinamakan perpaduan. Siapa yang berpadu dengan siapa. Adakah kita bumiputra perlu berpadu dengan kaum pendatang. Merekalah yang sepatutnya ingin berpadu dengan kita. Bukannya kita yang beriya-iya sangat. Dan yang terbaru kita di gula-gulakan dengan konsep 1Malaysia. Konsep ini sangat bagus demi kesejahteraan negara tetapi pemahaman terhadapnya adalah salah dan sangat membimbangkan. Tak bersatukah kita selama ini? Jawapannya ya dan tidak. Bersatu memang bersatu tetapi dalam erti kata sebenar bersatunya kita sangat rapuh kerana tidak ada asas penyatuan dan kesedaran. Bumiputra khususnya Melayu tidak sedar akan kelemahan dan sikap terlalu baik dan tidak apa mereka. Manakala kaum bumiputra lain merasakan tidak perlu selingsing lengan kerana Kaum Melayu akan memperjuangkan hak mereka. Oleh sebab itu kaum pendatang iaitu cina dan india mengambil peluang dari kelemahan ini untuk kepentingan mereka. Lebih-lebih lagi apabila poli tikus bumiputera banyak yang mudah lupa akan bangsa, dan bersikap tak apa lah, kita bagi sama rata. Rata-ratanya poli tikus yang bersifat begini datangnya dari keluarga yang mewah hidupnya. Sejak dari kecil lagi sudah merasa naik kereta dan berpakaian cantik. Kehidupan mereka menjadi sangat lurus dan tidak ada masalah langsung. Maka mereka membuat keputusan berdasarkan kemewahan hidup yang mereka lalui.

Jika diteliti secara satu persatu, kita akan dapati seakan-akan ada atau wujud satu gerakan yang cuba dan sering berusaha untuk mengubah sejarah negara. Golongan ini cuba menanamkan satu pemahaman baru terhadap hak pemilikan negara. Gerakkan ini sangat merbahaya kerana mereka sangat aktif menulis kembali buku sejarah negara berdasarkan perspektif mereka yang menggunakan 'selective writing'. Mereka hanya memilih fakta-fakta yang memberi kelebihan kepada mereka. Manakala fakta-fakta yang tidak menyokong akan ditinggalkan atau cuba untuk memesongkan pemahaman pembaca dengan menggunakan kemahiran mereka bermain-main dengan bahasa. Antara gerakan yang saya maksudkan ialah penulisan semula buku sejarah 13 Mei, cadangan membuang klasifikasi kaum dalam 'kad saya', usaha menukar kad pengenalan merah kepada warna biru.
Cukuplah dengan beberapa kesilapan lalu iaitu tidak menetapkan konsep perpaduan masyarakat yang perlu diikut, menukar nama negara, membawa wakil kaum pendatang pergi mendapatkan kemerdekaan. Hakikatnya mereka di bawa hanyalah bersifat palsu belaka bagi mengelabukan mata penjajah yang meletakkan syarat keamanan bertempoh jika negara ingin mendapatkan kemerdekaan.
Janganlah melakukan kesilapan lagiiii.

Comments

Popular Posts