SIAPA CALON DAN STRATEGI MENARIK UNDI BN/PAS (PEMBANGKANG)

Bagan Pinang telah menjadi terkenal dan disebut orang kerana akan berlaku pilihan raya. Ianya menjadi lebih gah apabila kecohnya isu calon BN. Siapa? Isa Samad atau anaknya? Kebanyakan cawangan UMNO mahukan Isa Samad Kembali. Melihat pada rentak golekan bola, pucuk pimpinan seakan-akan tidak bersetuju dengan Isa Samad. Mungkin anaknya akan dipilih. Tetapi dalam hal ini, gelombang mahukan ISA terlalu kuat di Bagan Pinang. Maka BN tidak ada pilihan langsung. Implikasi kepada keputusan seperti ini.
a. Pilihan 1: Memilih ISA Samad - Kemungkinan untuk menang akan ada kerana sokongan akar umbi dan bergantung kepada strategi meraih undi yang akan di laksanakan.
b. Pilihan 2: Bukan Isa Samad - 70% BN akan tewas kerana undi BN akan berpecah. Penyokong BN akan berpaling tadah.
Berdasarkan ini, BN terpaksa menelan pahit dan akan memilih Isa Samad. Begitulah mengikut congak saya kerana ianya merupakan satu keputusan ‘menang-menang’. Jika Isa Samad dipilih, ia menjadi seperti cerita lawak dan saya percaya Isa Samad akan mengambil peluang lawak ini untuk menggeletek perut penyokong. Dan masyarakat kita memang suka kaedah begitu.
Saya juga berpendapat, parti pembangkang PAS kecuali di Kedah mereka bukan pembangkang, sedang serius memerhati pergolakan ini. Dan semestinya mereka sangat suka kerana memberi kelebihan kepada pembangkang. Pas tidak ada calon yang kuat di Bagan Pinang dan rasanya tak ada yang menonjol. Jika berdasarkan kaedah amalan PAS, calon-calon akan terdiri dari orang dalam juga yang mungkin setiausaha PAS di Bagan Pinang, atau sesiapa sahaja yang ada jawatan dalam JK PAS di kawasan itu. Jika Isa Samad yang dipilih, saya percaya parti pembangkang sudah bersedia dengan strategi menewaskan calon dan semestinya parti pembangkang mempunyai hujah-hujah yang kuat kerana Isa Samad banyak kontroversi. Jika anaknya di pilih, maka PAS akan menggelabah kerana belum kenal dengan calon ini atau tidak bersedia untuk menghadapi calon ini. Situasi ini boleh menjadi satu strategi kepada BN ataupun mendapat calon lain yang lebih mengejutkan. Tetapi BN perlu berhati-hati kerana sebelum ini tampil dengan calon mengejutkan dan BN tewas. Sejarah kerap sangat berulang.

Apa yang ingin saya bicarakan dalam kesempatan ini bukanlah berkaitan calon tetapi melihat kepada strategi yang digunakan. Semalam Berita Perdana menghebahkan akan kerajaan telah memperuntukkan jutaan ringgit bagi membina sebuah sekolah di Teluk Kemang, siap dengan modelnya. Alhamdulillah. Bagus. Selepas ini, saya pasti akan ada lagi beberapa durian runtuh bagi kawasan Bagan Pinang. Inilah strategi yang digunakan oleh BN sekian lama dan dengan strategi yang sama ini juga mereka tewas di banyak tempat. Sejak akhir-akhir ini, BN asyik kalah dengan strategi ini.

Manakala parti pembangkang sama ada PAS, DAP, PKR; rasanya macam tak ada strategi langsung. Tak adapun pengumuman nak belanja jutaan ringgit buat pelbagai projek dan mereka menang. Pening juga memikirkan situasi ini. Mungkin parti pembangkang menang atas sebab nasib sahaja baik dan isunya sesuai dengan waktu. Mungkin sebab calon lebih bagus sebab calon BN telah ditelanjangkan. Setakat ini kemenangan parti pembangkang berlaku dalam pertandingan yang berat sebelah iaitu berat kepada pembangkang. Belum ada pertandingan yang sama-sama hebat.

Apa yang saya sampaikan di sini ialah sudah sampai masanya BN memikir dan mengkaji semula strategi yang digunakan. Dan sekiranya kalah lagi di Bagan Pinang, maka strategi ini mesti ‘tutup kedai’ terus. Jangan guna lagi. Carilah strategi lain. Mungkin rakyat dah muak atau dah majai dengan janji pembangunan oleh kerajaan sebab terlalu banyak projek pembangunan kerajaan. Jadi rakyat dah jadi biasa. Kalau undi pembangkang pun, projek tetap jalan. Barangkali begitulah pemikiran si pengundi. Rakyat dah tak hairan lagi dengan projek jutaan ringgit BN. Kerana apa? Banyak sebab. Antaranya ialah projek yang dibuat tidak menjadi keutamaan. Kalau tak buat, tak terkesan sangat, kalau buat, bagusss. Begitulah. Contohnya projek terbaru Sekolah Teluk Kemang. Adakah sangat tenat masalah ketidakcukupan sekolah di Teluk Kemang. Adakah ada anak-anak yang tidak bersekolah kerana sekolah dah penuh. Setahu saya banyak juga sekolah di kawasan PD yang dikategorikan sebagai SKM atau sekolah kurang murid. Pengundi di Sabah dan Sarawak yang sangat memerlukan sekolah mesti akan terkesankan!.

Berubahlah!
p/s Tahniah ISA Samad. ISA tetap diperlukan dan PAS ingin menolak ISA.

Comments

Popular Posts