KEBERUNTUNGAN BILA ADA WAKIL RAKYAT YANG MATI

Melihat kepada senario ambang pilihan raya dewasa ini, saya berpendapat terlalu banyak faedahnya apabila berlaku kekosongan kerusi dek kerana wakil yang mati atau sebahagian. Kalau dalam pilihan raya biasa, keberuntungan ini tidak berlaku. Bagaimana ia beruntung? Pada ambang pilihan raya, pelbagai projek dilancarkan, pelbagai janji di taburkan dan macam-macam ada. Semestinya jutaan ringgit. Beruntunglah masyarakat di kawasan berkenaan. Kos jutaan ringgit itu yang diumumkan. Berapalah agaknya kos yang telah dibelanjakan di kawasan berkenaan dan tidak diumumkan. Kedua-dua pihak yang bertanding akan membelanjakan banyak wang. Kepada masyarakat yang terlibat, ambillah, tak kira sesiapapun yang bagi sebab nak dapat duit bukan senang. Lebih-lebih durian runtuh yang macam tu. Jangan banyak komen. Kalau nak komen, komenlah jumlah yang di bagi tak cukup atau sikit sangat. Komen masa tu juga, dijamin dapat tambah satu sampul lagi. Bagi menghalalkan cara ini, semua parti yang terlibat akan berselindung di sebalik kesusahan masyarakat. Ohhhh, keluarga ini sangat susah, maka bantuan diberi. Kalau tak berlaku pilihan raya, maka keluarga berkenaan akan susah sampai sudah.

Rasa saya yang paling banyak dibelanjakan ialah pada pilihan raya di Ijok. Siapa ingat?. Itu yang digunakan untuk kebajikan rakyat atau pembangunan kawasan, bagaimana yang digunakan oleh staf-staf yang menjalankan pilihan raya, SPR dan PDRM paling tinggi agaknya.

Comments

Popular Posts