POLITIK NEGARA SEMAKIN MENGUJA
MASA DEPAN POLITIK NEGARA Melihat keadaan politik dalam negara sekarang; saya berpendapat masa depan dunia politik Malaysia akan menjadi lebih ‘happening’. Sekiranya saya ialah mahasiswa sains politik atau IR sekarang, semestinya sangat menarik. Perdebatan dalam kuliah mesti hangat dan kecoh. Jika beginilah keadaannya, kerajaan PH hanya akan menjadi kerajaan sepenggal sahaja. Masa depan UMNO akan kembali bersinar selepas pilihanraya akan datang. Tetapi UMNO mesti membentuk a lliances atau pakatan yang baharu. Kalau saya Presiden UMNO, saya akan memilih PKR, BERSATU, PAS, dan AMANAH sebagai rakan muafakat. Dengan syarat UMNO mesti menukar presiden. Saya memilih YB DS Mohamad Hassan atau KJ. Parti AMANAH atau PAN tidak mempunyai umur yang panjang. Hanya menanti peluang yg lebih baik untuk hopping. Kepada ahli2 PAN, Inilah masanya untuk memilih parti sebelum terlewat. MCA dan MIC rasanya sudah hilang relevansi. Jika ingin bangkit semula dan menyertai alliances baharu, MCA ...