POLITIK NEGARA SEMAKIN MENGUJA
MASA DEPAN POLITIK NEGARA
Melihat keadaan politik dalam negara sekarang; saya berpendapat masa depan dunia politik Malaysia akan menjadi lebih ‘happening’. Sekiranya saya ialah mahasiswa sains politik atau IR sekarang, semestinya sangat menarik. Perdebatan dalam kuliah mesti hangat dan kecoh.
Jika beginilah keadaannya, kerajaan PH hanya akan menjadi kerajaan sepenggal sahaja. Masa depan UMNO akan kembali bersinar selepas pilihanraya akan datang. Tetapi UMNO mesti membentuk alliances atau pakatan yang baharu. Kalau saya Presiden UMNO, saya akan memilih PKR, BERSATU, PAS, dan AMANAH sebagai rakan muafakat. Dengan syarat UMNO mesti menukar presiden. Saya memilih YB DS Mohamad Hassan atau KJ.
Parti AMANAH atau PAN tidak mempunyai umur yang panjang. Hanya menanti peluang yg lebih baik untuk hopping. Kepada ahli2 PAN, Inilah masanya untuk memilih parti sebelum terlewat.
MCA dan MIC rasanya sudah hilang relevansi. Jika ingin bangkit semula dan menyertai alliances baharu, MCA dan MIC perlu mengukuhkan hal hal domestik parti terlebih dahulu. Jika tidak, mereka akan menjadi beban kepada kepada pakatan baharu.
Cuma kita berhadapan dengan masalah DAP.
Cuma kita berhadapan dengan masalah DAP.
Manakala perpecahan PKR antara Tim Anwar dengan Tim Azmin sudah tidak boleh diperbaiki lagi. Tindakan YB DS Azmin Ali umpama kamikaze atau harakiri. Andainya, YB DS Anwar Ibrahim menjadi PM ke-8, maka DS Azmin dan gengnya akan menjadi tukun di laut. Hilang semua jawatan. Mereka akan menjadi kumpulan pembangkang yang akan bersatu dengan DAP.
Kita tunggu 3 tahun lagi, next GE.
Langkah masa depan, sudah sampai masanya kita mencari satu naratif baru atau satu platform baru ke arah KEBERSAMAAN, MEMAHAMI SATU SAMA LAIN, SALING MENGHORMATI DALAM SUASANA BERBEZA IDEA, MENCARI KESAMAAN DALAM PERBEZAAN, dan KEPELBAGAIAN KAUM, AGAMA WAJAR LEBIH MENGUKUHKAN KITA bukannya memusnahkan kita.
Yang pasti dan mesti yakin bahawa ‘KITA BOLEH MELAKUKANNYA’
Comments