KUCHING OH KUCHING

KUCHING OH KUCHING

SAYA DAN KUCHING

Wednesday whimsies - The IPKatSaya membesar di kampung dalam kehidupan yang serba serbi susah dan tak cukup bahan makanan. Keluarga saya hanya makan nasi secara bercatu sehari sekali sahaja. Ayah saya hanya mampu beli beras using yang hancur atau patah-patah. Sekarang beras ni diberi nafas baru dengan nama ‘brown rice’, lebih mahal dari beras biasa. Dulu brown rice ialah makanan orang2 yang paling susah. Walaupun hidup susah, arwah emak memelihara seekor Kuching. Saya tak ingat sejak bila. Saya sedar je , Kuching tu dah besar. Pantang ayah, bila Kuching mencuri lauk iaitu ikan di bawah tudung saji. Arwah ibu memelihara Kuching kelabu itu sehinggalah ia mati sakit tua. Masa tu di kampung, kami bela Kuching secara lepas. Tak ada isu Kuching berak dirumah jiran sebab dia banyak pilihan tempat untuk melepas.
Kemudiannya, saya memelihara Kuching bernama Brown pemberian seorang gf yang berpindah ke kondo yang mana kondo tersebut tidak membenarkan pemeliharaan binatang. Brown ini Kuching kacukan parsi dan benggal. Ia agak garang dan beberapa kali menggigit tangan saya ketika memandikan dia. Memang Kuching tidak berbisa tetapi taringnya mempunyai virus. Sakit juga tangan akibat luka dan membengkak.
Kemudian saya memelihara Kuching bernama Pasar. Kisah pasar ada saya ceritakan dalam Antologi Talakkan Aku di Puncak Jabal Rahmah.
Sayapun tak tahu mengapa Kuching sangat suka dengan saya. Kalau pergi ngopi dengan kawan-kawan. Duduk je atau nak suap makanan jer, mesti ada Kuching yang datang menadah tangan. Dengan kawan2 saya yang lain, Kuching ni tak pergi pun. Kadang2 kuching n jual mahal, bagi ayam tak nak makan dia. Di rumah pun sama. Dalam banyak2 rumah jiran, kat rumah saya yang kuching2 jiran yang berates tu suka datang. Dia suka masuk rumah, dia suka melepas atas kasut, dia suka melepas depan rumah, dia suka melepas atas bumbung kereta dan yang paling tak tahan ialah bumbung kereta saya adalah pot terbaik dia berehat. Nyaman gitu. Masalah dengan Kuching ni, apabila dia bangun pagi, dia kan membuat senaman harimau di hujungnya, dia akan mecakar. Habislah kereta kan!
ISU SEMASA
Pada hari ini, ramai juga orang memelihara Kuching. Biasanya orang Melayu dan India. Orang Cina agak kurang memelihara Kuching kerana mereka memelihara anjing. Saya sendiri dah lama tak memelihara Kuching kerana beberapa sebab iaitu:
Sebab pertama, ia menyusahkan saya apabila pergi out station atau bila nak balik bercuti di kampung. Kuching terpaksa masukkan dalam sangkar dan masukkan dalam kereta. Dalam perjalanan, Kuching ni akan kencing dan berak. Najis dan air kencing Kuching agak tajam. Baunya memenuhi satu kereta dan melekat. Setelah beberapa kali melalui pengalaman ini, akhirnya saya membuat keputusan.
Sebab kedua, habitat Kuching suka merayau. Walaupun dikurung dalam rumah tetapi kekadang, ia terlepas keluar dan ia membuat masalah di rumah jiran.
Sebab ketiga ialah tahi dan kencing Kuching agak tajam. Memanglah ada pasir khas untuk ia membuang air tetapi ia tetap najis. Pantang saya ada lalat di dalam rumah, lebih-lebih lagi di ruang makan. Saya membayangkan lalat yang menhurung tahiu Kuching dan lalat yang sama yang terbang ke dapur dan hinggap diatas makan. Semestinya Kuching tidak membasih tangan atau kakinya.
Sebab keempat, harga palet makanan Kuching semakin naik. Kalau beli yang murah, kuchingpun tak nak makan. Kesan makanan palet ini, kencing Kuching yang selalu ditala kepada kusyen, tirai dan bagai lagi; baunya sangat tengik. Seminggu cucipun tak hilang.
Sebab terakhir, kebiasaannya kita hanya memelihara seekor Kuching sahaja sama ada jantan ataupun betina. Kesianlah akan dia kerana dia pun perlukan kekasih. Tak sampai hati saya.
BERJUANG SEORANG DIRI
Selama ini saya berjuang seorang diri. Macam2 nasihat saya nyatakan dalam wassap gp kejiranan saya. Macam2 hujah juga mereka jawab iaitu sepsis yang memelihara Kuching tapi takt ahu nak jaga. Nabi pun bela Kuching katanya. Nabi pun saying Kuching katanya. Betullah tu, Kuching nabi tidur atas jubah nabi; tak tidur atas bumbung kereta jiran dan melepas atas keta bagai. Hampir setiap hari, bumbung kereta, laman rumah, kasut menjadi sasaran dia melepas. Kadang-kadang spoil mood of the day. Bayangkanlah, kita dan siap-siap nak ke surau solat subuh, sarung je kasut, Allahuakbar ada selonggok tahi Kuching dalam tu. Sakit hati oooo. 
Ni dah dua hari, ada seekor Kuching jiran beranak tiga. Dalam umah saya juga yang dihangguk nyer anak-anaknyer.. dah beberapa kali jiran datang buat serach and rescue, dia datang balik. Pening juga saya. 
Bila dah fedup, satu malam saya buat satu ‘post’ istimewa dalam wassap gp kejiranan yang bebrunyi begini “Belalah apa sekalipun, gajah ke, dinasour ke, GRO ke, Mak janda tetapi kalau menyakiti hati jiran, tidak sempurna iman kita. Kita tetap berdosa.
PANDANGAN SAYA
Pada hemat saya, jika kita menduduki Kawasan taman berumah teres, sangat tidak sesuai memelihara Kuching secara lepas bebas. Atau memelihara Kuching dengan muncung mulut. Lebih-lebih memelihara secara banyak ekor atau leboh dari tiga ekor. Di Kawasan kejiranan rumah teres sangat sangat tidak sesuai dan tidak kena. Kalau di rumah banglo, di rumah kampung, ia sesuai memelihara Kuching. Nasihat saya, kita tukarlah hobi memelihara Kuching kepada binatang lain seperti ikan, tikus kecil (sy takt ahu nama), kura-kura (gerenti tak berjalan ke rumah jiran), ataupun kalua nak binatang berbulu juga, kita bela arnab. Kenapa arnab? Kerana arnab jarang merayau masuk ke rumah jiran, najis arnab keras dan boleh kutip satu demi satu, dan kitab oleh sembelih arnab untuk di gulaikan. 
KEJADIAN SEMASA OPEN HOUSE HARI RAYA
Beberapa tahun yang lalu, saya mendapat jemputan open house hari raya. Kawan say ani tinggal dikejiranan rumah teres. Dia memelihara agak banyak Kuching. Tetapi semua kuchingnya tidak dilepaskan. Semua Kuching dikurung di dalam satu kendang berpagar secara bertingkat. Kandang ini diletakkan di depan rumah.
Masalahnya, masa saya nak masuk ke dalam rumah bagi menjamah makanan, saya melihat banyak lalat yang sedang thaipusam ka tatas longgokkan tahi Kuching di dalam kendang berjaring tersebut. Ada banyak juga longgokkan najis Kuching. Maka ramailah lah lalat meraikkannya. Baunya, tak naklah citer.
Bila saya masuk kedalam rumah, rakan saya ini menyediakna hidangan secara buffet. Saya dapati banyak lalat juga sedang menghurung beberapa jensi makanan di atas meja. Tak mungkin lalat yang menghurung makanan ini berbeza dari lalat di dalam sangkar tadi. Semestinya lalat yang sama sebab jaraknya yang sangat dekat.
Di hujungnya, saya tak makan sampai sudah. Sembang-sembang je. 
Akhirkata, kepada rakan-rakan yang memelihara Kuching; hayatilah nasihat saya.

Comments

Popular Posts