Lee Kuan Yew: Legasi Tulen Singapura?
Sebaik sahaja pengumuman tentang kematian Lee Kuan Yew di hebahkan, pelbagai media massa di pelbagai Negara mengzahirkan rasa sedih. Tidak kurang pula yang mengulas kebaikan beliau. Kebanyakan penulis atau pengkritik politik yang sebangsa dengan Lee memberi pujian yang melambung-lambung sehingga Lee dilihat seperti seorang kapten Amerika ataupun seperti superman. Ada pula yang mengatakan Lee Kuan Yew adalah legasi Singapura. Benarkah? Tulenkah legasi Lee Kuan Yew? Sebagai lulusan politikal sains dalam jurusan Hubungan Antarabangsa, saya rasa saya layak mengulas tajuk di atas. Sungguhpun telah agak lama tidak berbicara tentang isu politik. Justeru Saya mengambil peluang ini untuk mengulas dari perspektif saya tentang adakah Lee Kuan Yew legasi tulen Singapura?
Lee Kuan Yew atau Brother Lee adalah seorang pemerintah yang terlalu lama memerintah Singapura dan mati pada pagi Isnin yang lepas. Dia juga seorang tokoh pemimpin yang dikenali di peringkat antarabangsa yang juga dikatakan berjaya mengubah Singapura kepada kuasa ekonomi. Presiden Amerika Syarikat, Obama pernah menyatakan Lee Kuan Yew sebagai ‘true giant of history’.
Setakat menyanjung visi dan misi Lee Kuan Yew yang berakhir pada umur 91 tahun tidak lengkap jika tidak melihat keupayaannya sebagai pemimpn yang menjadikan singapura sebagai sebuah negara yang kaya dan paling rendah tahap rasuah di dada dunia. Model ekonomi yang dipraktikkannya dicemburui oleh ramai pemimpn dunia termausk Deng Xiaoping pemimpin China khususnya kepada polisi pasaran bebas. Beliau juga mempraktikkan atokratik style yang jarang2 mengkritik pihak lawan atau tidak bercakap banyak tapi menghantar sesiapa shj pemimpin yang menentangnya ke penjara, menekan seluruh krooni lawan dan menyekat kebabasan media secara total. Taktik autokratik ini diakui oleh Lee kuan yew sendiri yang mana beliau pernah mengatakan pada tahun 1994 iaitu ketika beliau meletakan jawatan sebagai perdana menteri dan menjawat jawatan menteri kanan bahawa ’…nobody doubts that if you take me on, I will put on knuckle-dusters and catch you in a cul-de-sac..’. Walaupun bukan lagi menjadi perdana menteri tetapi dalam jawatan menteri kanan, beliau tanpa gagal menentukan pengaruhnya sedikit pun tidak berkurang. Pemimpin atau individu yang menentang sepeti pemimpin parti lawan J.B Jeyaretnam dan Chee Soon Juan telah dimusnahkan dari semua aspek khususnya kewangan; setelah tewas dalam kes mahkamah oleh Lee dan keluarganya.
Sungguhpun beliau seorang yang boleh dikatakan tyrant tetapi beliau tidak memusahkan negaranya sebagaimana pemimpin tentera di Myanmar dan Kambodia. Dan dia juga berjaya mengubah singapura menjadi negara membangun daripada negara2 lain seperti Malaysia dan Indonesia. Bahkan jauh lebih cepat dan terkehadapan. Walaubagaimanan pun beliau dan ahli-ahli partinya, iaitu Parti Tindakan Rakyat termasuk anaknya iaitu Lee Hsien Loong yang merupakan anak tertua dan perdana menteri singapura sekarang berjaya mengekalkan kawalan yang sangat ketat terhadap politik dan tidak mengambil kira persaan negara jiran telah menyebabkan Lee Berjaya menjadikan Singapura seperti hari ini. Sebaliknya pula, Negara-negara jiran seperti Negara kita yang klaim ‘toleransi’ atau ‘diplomasi’ adalah teras terbaik telah agak jauh tertinggal dalam semua aspek. Bahkan tidak terlalu berat jika dikatakan bahawa kita sebenarnya telah digagalkan oleh sikap diplomasi yang tidak bertempat atau tidak kena dengan orangnya.
Jika singapura berada pada kemuncak kegemilangan, ianya adalah semasa pemerintah Lee kuan yew. Sungguhpun demikian pada tahun 2011, kredibiliti Lee kuan yew agak tercabar apabila pihak pembangkang menadpat 40% undi dari rakyat. Dan pada tahun 2012 berlaku protes dari pekerja dari china dan south asia yang tidak berpuas hati dengan bayaran gaji. Kemuncaknya ialah berlakukanya demonstrasi dan rusuhan jalanan pada akhir tahun 2013.
Setelah tujuh hari berkabung, Singapura hari ini tetap tidak dapat lari daripada bayang Lee kuan yew yang mana lebih sinonim dengan peningaktan ekonomi. Walau bagaimanapun, kepimpinan yang baik dan dihormati tidak boleh diukur melalui perbandingan pembanguann material semata-mata. Generasi masa hadapan singapura wajar menjadikan singapura sebagai model politik, bukan setakat model ekonomi yang berjaya sedang hati sahabat dan jiran banyak yang terguris. Manakala sesetengah rakyat memprotes dalam diam dek kerana takut diruntuhkan oleh Brother Lee. Lebih baik mempunyai seorang rakyat yang hormat kerana kredibiliti daripada mempunyai 5.6 juta rakyat yang hormat kerana takut. 5.6 juta rakyat nescaya tidak akan takut selama-lamanya.
Comments