Tun Mahathir - PM Ke-7 Malaysia
TUN MAHATHIR – PM KE 7 MALAYSIA
TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH,
SYABAS SYABAS SYABAS
Tabik Tun M,
Gambar ini di rakam pada tahun 2010
Bersyukur ke hadrat Ilahi
akhirnya usaha menjatuhkan kerajaan yang korup Berjaya juga. Saya sangat
gembira dan terharu dan bersyukur kepada Allah SWT. Hakikatnya, adalah agak
mustahil untuk menjatuhkan kerajaan cash is king atau penuh dengan korup tetapi
menjadikan reality. Saya memanjatkan doa semoga Allah SWT menitipkan sedikit
lagi usia buat Tun M supaya beliau berkesempatan untuk memperbaiki kerosakkan
yang maha amat pada Negara dan juga menentukan kepala-kepala korup di hukum berdasarkan
undang-undang.
Dalam perjalanan menjatuhkan
kerajaan korup cash is king, kita melihat dengan jelas beberapa ketua jabatan
kerajaan yang sepatutnya berkecuali tetapi turut korup dalam melaksanakan tugas
mereka hingga menjengkelkan dan memualkan perasaan kita. Oleh kerana kerajaan
korup terlalu kuat, maka ketua-ketua jabatan ini dengan berani secara terang
mengkorupkan perkhidmatan mereka. Saya mahu kerajaan baru mengambil tindakan
segera kepada ketua-ketua jabatan ini dengan segera kerana kelompok ini akan
menjadi duri dalam daging.
Kepada kerajaan baru dan Tun,
jangan sesekali lepaskan kerajaan korup. Pastikan pesalah-pesalah 1MDB, dan 2.6B,
dihukum.
Sejak dulu saya memang
mengagumi Tun M. Dia lebih banyak buat yang baik dari yang tak baik. Sebagai
manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesalahan atau kelemahan. Begitu
juga Tun tetapi Tun buat banyak yang baik kepada Negara.
Pada tahun 2015, saya ada
menulis sebuah sajak khas untuk Tun M sempena perletakan jawatan beliau. Saya
kongsi bersama.
PEDANGNYA
MASIH DI SISI, SILANYA MASIH JAGA
(KHAS BUAT YAB TUN DR SRI
MAHATHIR MOHAMAD)
KETIKA PEDANGNYA DITELANJANGKAN
GURUH BERLAGA DI DADA LANGIT
KILAT BERGESER DI KAKINYA
PERCIKAN CAHAYA MENYULUH DUNIA
KERANA DI MATA PEDANGNYA ADA RESTU RAKYAT
RESTU RAKYAT MEMBINA BERKAT
KETIKA PEDANGNYA DITELANJANGKAN
DARAH MASIH MENITIS DI HUJUNG KILATAN
PANAHAN MATAHARI TUNDUK HORMAT
TERPANCAR BINTANG DARI BIAS SINARNYA
TUJUH BINTANG BINTANG TUJUH
LEGAM WARNANYA KERANA DISIMBAH DARAH
SETELAH PUAS MENGILAS BADIK MELIBAS PEDANGNYA
PENDEKAR ITU DUDUK BERSILA JAGA
RAPAT PEJAM MATANYA TIDAK BEERTI IA LEKA
GERAK GERAK HUJUNG MISAINYA TIDAK BERERTI IA GEMENTAR
KUMAT KAMITNYA MULUT TERSIMPUL MANTERA SERAPAH
GERAK DADANYA MENYUSUN ATMA
RAPATLAH KERANA PENDEKAR ITU
AKAN KEJAPKAN SEMUTARNYA
AKAN KUKUHKAN IKATAN SEBIDAINYA
AKAN BINGKAS LAGI MELIBAS LAGI
HARI INI, PEDANG HITAM ITU DISARUNGKAN
IKATAN SEMUTARNYA DILONGGARKAN
KAIN SEBIDAINYA DI RIBA MENJAMAH KERINGAT
MERATAH DARAH DI MUKANYA
AIR DI GURI DI TEGUK
TETAPI BADIK MASIH TERSISIP DI PINGGANG RAPAT
PEDANG MASIH DI SISI
SILANYA MASIH JAGA
NUKILAN: LT KOL MOHD RADZI ABD HAMID
MARKAS TENTERA
DARAT
2005
Terima kasih Tun kerana masih sudi untuk berkhidmat dan membetulkan kerajaan. Semoga Allah SWT melimpahkan ganjaran kepada Tun.
Terima kasih Tun (Gambar 2010)
Comments