MALAYSIA AIRLINE SYSTEM – MH 370, MH 17 AND THE ‘SURVIVAL’ OF ‘NATIONAL PRIDE - MAS’.



Merujuk kepada krisis MAS, saya ada memuatkan beberapa artikel yang berupakan pandangan peribadi saya dalam facebook dan ramai rakan yang memberi pelbagai pendapat. Ada rakan menyarankan agar saya mengumpulkan semua pendapat tersebut dan muatkan dalam blog. Saya sertakan catatan fb saya berkaitan MAS mengikut kronologi tarikh.


14 April - MH370, DOA DAN AIRMATA

Penaka ujian Tuhan terlalu lama
kelopak tiba-tiba berhenti menakung
mata telah kering air mata
tangan telah mula lenguh menadah
doa demi doa hingga mengaburkan harapan
debar demi debar hingga hati menjadi kaku
tapi aku tetap menaruh harap yang tidak lagi berharap

Ketika bening malam yang dingin
ombak seakan-akan berdiam diri
aku melangkah ke pantai harap
mencari MH370
di celah-celah baris ayat sucimu
yang terlorek di dada pantai
tidak ku temui apa-apa disitu
tidak ku temui sesiapapun disitu
yang kutemui adalah ketenangan
kataMu bersabar bersujud dan berdoa
lalu ku sujud di atas butiran pasir di pantai
lalu ku tulis doa di atas bueh-bueh ombak yang memutih
lalu kuukir sabar di jiwaku yang sedih
sujud doa dan sabar nescaya akan menyuluh lorong gelap

MORA
425
Ampang Putri


12 Mei - Strategi Menjatuhkan MAS:

Seperti yang dijangkakan. Mcm ada strategi yang sangat halus untuk menjatuhkan satu-satunya Skt Penerbangan negara iaitu MAS. Sebelum peristiwa MH 370, gerakan ini dah berjalan. selepas Peristiwa MH 370, strategi ini semakin jelas kelihatan. Dicelahx MAS bergelut dgn isu MH370, ada skt pernerbangan lain yang cuba tunjuk hero. Isu demi isu pasal MAS ditimbulkan. Sekiranya kejadian malang yang menimpa MH 370 tidak berjaya membuat MAS tersungkur, saya percaya akan ada kejadian susulan yang akan menimpa MAS sehingga ia dinasibungkuskan.

Ni pasal staf berhenti plak. Isu ni tak jadi hal pun. Mkin strategi ini cuba menimbulkan skt penerbangan lain menggantikan MAS atau di gabungkan. Mergerlah katakan. Org yang dipertanggungjawabkan bagi membangunkan MAS tetapi menjerumuskan MAS kepada kerugian tidak dikenakan apa-apapun tindakan. Bahkan semakin kaya. Ada kakitangan yang bagus sikit ditukarkan ke skt lain. Krew-krew dlm A380 yang dikatakan terpilih, kenapa hampir semuanya bukan bumi. Heran

p/s Sy sayang MAS

 
21 Mei – Ia tetap akan berlaku

MAS: Seperti yg dijangkakan. Ia akan berlaku. PAC dianggotai oleh orgx yg menyokong sebuah skt penerbangan lain. Mmg sy dah agak tindakan PAC apabila mereka menyokong tindakn skt yg satu lagi.


19 Julai - MH 17 - Pengurusan Krisis:

Sebagai orang yang terlatih dalam bidang pengurusan krisis, sy mendapati MAS menggunakan kaedah yang sama dalam mengurus krisis MH 17 dengan MH370. Dan sy percaya, kegelapan dan gerigis di hadapan MAS dalam hal MH17. Nasihat sy, jgn terlalu cepat menawarkan segala macam btn, jangan terlalu pemurah kerana ORANG KITA hari ini kurang menghargai atau aprreciate sesuatu yang mudah di miliki. Bahkan mereka mungkin mengkritiknya. Ibarat bidalan lama, kita hanya menolong orang apabila ia meminta pertolongan. Sang Kancil hanya menolong Sang Buaya yang tersepit setelah buaya merayu dan membuat perjanjian.

Dlm hal MH 17, MAS harus melihat kebajkan keluarga kakitanganya shj yang terlibat dengan penuh prihatin. Tanpa kompromi, tanpa sempadan bangsa, tanpa sempadan agama, tanpa sempadan nation state; janji ia adalah kakitangan MAS, mereka harus mendapat btn kebajikan paling teratas. Dengan demikian, moral kakitangan yang ada akan meningkat kerana mereka tahu sekiranya terjadi sesuatu kepada mereka ketika dalam tugas, keluarga yang ditinggalkan, akan dijaga oleh MAS dengan apa cara yang paling baik didunia.

Bagi mangsa yang bukan kakitangan MAS, biarlah Tim Pengurusan Krisis Putrajaya ataupun negara masing-masing menguruskannya. Apa yang boleh MAS bantu ialah memudahkan segala urusan tanpa mengkompromi hal-hal keselamatan.

Bagi rakyat Malaysiaku sayang, marilah kita berubah menjadi bangsa yang mulia dan beradab. Tidak perlulah menggali bagi mencari siapa yang salah, siapa yang silap, dan siapa yang lemah. MH 17 - tidak ada sesiapapun yang boleh buat apa-apapun.

Dalam hal mengurus MH17, kita dapat lihat perbezaan keputusan negara kita yang kecil denga keputusan negara yang kuat. Saya tertarik dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden Jerman "...sekiranya disahkan MH17 ditembak, kita tidk boleh rehat. Saya sendiri akan mengetuai operasi mencari dan menghukum pihak yang menembak. Saya bertanggungjawab penuh bagi keluarga mangsa rakyat Jerman yang ditinggalkan...". Secara peribadi, saya tabik spring keputusan besar seperti ini. Dan juga mendambakan keputusan yang sama dibuat oleh pemimpin kita.

p/s Jika saya pemimpin, akan saya katakan kepada seluruh rakyat Malaysia, "...walaupun sebatang ruas jari sekalipun, jika ia disahkan milik rakyat Malaysia, saya akan tentukan ia di bawa balik kepangkuan keluarga dan dikebumikan dengan penuh tertib. Saya janji..."

Malangnya saya bukan pemimpin, saya hanya manusia kerdil sahaja.


23 Julai- MH 17: APAKAH OPSYEN TINDAKAN YANG KITA ADA?

Perkara Pertama – Takdir. Takdir yang telah tersurat harus kita akui dan terima ialah nasib malang yang menimpa MH17 adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan atau disebut dalam ilmu jenayah antarabangsa sebagai ‘horrific proportions’. Apa pun yang telah berlaku, nasib tersebut terpaksa kita terima, terpaksa kita telan walaupun ia pahit, malah racun sekalipun dan cebisan-cebisan daging wajib kita tanam mengikut ritual agama masing-masing. Tetapi kita mesti buat sesuatu bagi menghukum pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atau tidak berperi kemanusiaan tanpa mengambil kira faktor sengaja ataupun tidak sengaja.

Perkara Kedua – Kepentingan dan Maruah. ialah, negara kita mempunyai kepentingan (rakyat dan MAS) dan maruah yang wajib dijaga. Justeru, setiap kita iaitu rakyat Malaysia tanpa mengira anda pemimpin atau anda dipimpin, anda mempunyai rumah atau anda tidur di dalam kotak, apa pun bangsa dan agama anda, KITA BERHADAPAN DAN MEMPUNYAI TUGAS UNTUK MEMPERTAHANKAN RAKYAT KITA.

Sebelum memikirkan perkara opsyen tindakan, kita perlu mengetahui Perkara Ketiga – Sedar Siapa Kita. Kita (Malaysia) adalah sebuah negara yang sangat kecil, memiliki keupayaan ketenteraan yang tidak mendukung prinsip ‘strike back’ kerana kita lebih bersifat mempertahankan, dan kuasa yang sangat terhad dalam semua aspek (Ekonomi, Ketenteraan, Politik Antarabangsa). Hal ini harus kita sedar agar opsyen tindakan yang kita pilih tidak tersasar atau ‘syiok sendiri’. Tetapi ini tidak bermakna kita tidak berdaya langsung atau tidak boleh buat apa-apa melainkan hanya gah bercakap ‘tong kosong’ atau seperti kata bidalan ‘ayam berkokok tetapi ekor bergelumang tahi’.

Perkara Keempat – Misi/Objektif/Matlamat. Apakah yang kita inginkan dalam krisis ini adalah isu pertama yang harus kita jana dan tetapkan sebelum memilih opsyen tindakan. Apakah yang kita (Malaysia) inginkan? Pada pendapat saya terdapat tiga objektif semasa yang berjangka pendek iaitu memiliki kotak hitam (dua-dua sekali), memiliki cebisan-cebisan/anggota badan/mayat rakyat Malaysia dan kebebasan untuk menyiasat di lokasi kejadian. Manakala objektif jangka panjang ialah membawa pihak-pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Perkara Kelima – Opsyen Tindakan. Setelah menyedari semua hal di atas dan menetapkan objektif, opsyen tindakan Malaysia sangat terhad dan terbatas atas faktor-faktor yang saya nyatakan sebelumnya. Kita hanya mempunyai dua pilihan iaitu kaedah DIPLOMASI dan kaedah UNDANG-UNDANG. Walau bagaimanapun kedua-dua kaedah ini tertakluk pertimbangan geopolitik antarabangsa dan proses melaksanakan undang-undang antarabangsa. Dalam hal menetapkan opsyen pilihan, kebiasaannya kita tidak mempunyai masalah kerana rakyat Malaysia sangat cerdik. Tetapi kita bermasalah besar dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan. Masalah ini membelenggu kita dalam semua aspek kehidupan seharian. Bagaimanakah untuk menjadikan pilihan kepada kejadian MH 17 yang dipilih menjadi sangat efektif dan berjaya di laksanakan. Pertama, setiap opsyen mestilah disusun dengan teliti dan dirancang pelaksanaannya; kedua membentuk kesatuan atau kumpulan negara-negara mangsa dan ketiganya mengadakan tekanan yang bersifat total dan berpanjangan.

a. Opsyen Diplomasi. Malaysia harus tidak terlibat dalam kemelut Rusia dan pihak penentangnya. Utamanya, Malaysia tidak boleh memihak kepada mana-mana kumpulan. Malaysia mungkin boleh meminta simpati negara-negara sahabat seperti ASEAN bagi bersama-sama memaksa pihak yang terlibat dibawa ke pengadilan. Ataupun meminta simpati Rusia dan Ukraine bagi mecapai tiga objektif jangka pendek. Jasa-jasa yang telah kita berikan kepada Rusia dan Ukraine, bolehlah disebut bagi menguatkan lagi rayuan simpati kita.

b. Opsyen Kesatuan Negara Mangsa. Negara-negara mangsa harus bersatu seperti Netherland, Australia dan negara-negara lain yang mana rakyatnya terlibat. Manakala negara-negara lain boleh juga bersatu tetapi tahap serius negara mangsa akan menjadi lebih total jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Apakah yang perlu dilakukan oleh kesatuan ini? Pertama, mula mengumpul semua bukti mulai sekarang. Kedua Menubuhkan badan siasatan sendiri tanpa menunggu soal siasat antarabangsa yang biasanya akan mengambil masa yang sangat lama dan ketiganya meminta bantuan PBB bagi memaksa pihak terlibat dan menubuhkan Tim penyiasat antarabangsa dengan kadar segera. Semua tindakan ini sangat penting dan genting kerana wujud beberapa persoalan seperti halangan memasuki kawasan terlibat, kotak hitam dibawa ke satu tempat lain sebelum dipersetujui untuk diserahkan kepada Malaysia, semua bukti telah dikacau dan cuba dihilangkan. Semua ini dikatakan telah dilakukan oleh pihak yang berkepentingan dengan Rusia.

c. Opsyen Undang-Undang. Apakah undang-undang yang ada dan boleh diguna pakai dalam krisis MH 17? Undang-undang Jenayah Antarabangsa atau International Criminal Court adalah yang terbaik. Malangnya kita iaitu Malaysia tidak menandatangani Pengisytiharan Rome Undang-undang Jenayah Antarabangsa. Walau bagaimanapun kita telah menyatakan dan menunjukkan minat untuk menerimanya sejak tahun 2011. Maka, hari ini adalah masa yang paling untuk kita tanda tangan tanda setuju kepada Undang-undang Jenayah Antarabangsa. Dalam krisis MH17, setakat bukti yang ada menunjukkan Rusia bertanggungjawab. Bukti rakaman yang di pintas antara tim penembak adalah bukti yang sangat kukuh. Perisikan Amerika Syarikat mengesahkan misil penembak dan telah dibawa balik ke kawasan yang dikuasai oleh pihak Rusia. Bahkan pihak Rusia yang telah disahkan telah membekalkan misil BUK kepada pihak Pro Rusia dan telah mempertahankan kumpulan tersebut. Bukti yang lebih tepat dan simbang ialah pihak rebel Ukraine telah mengesahkan bahawa mereka sama sekali tidak mempunyai misil BUK atau apa-apa misil yang berupaya menembak sehingga lebih 10km dan mereka sanggup diperiksa.

Saya percaya, setelah membaca pendapat saya ini, anda harus bersetuju dengan saya kerana itu sahaja pilihan yang kita ada. Setuju atau tidak, kita perlu berhadapan dengannya. Berjaya atau tidak opsyen tindakan yang dipilih tertakluk kepada usaha kita sendiri. Jika kita minat kepada sejarah, kita boleh melihat kejadian Pesawat penumpang Korea KAL007 yang ditembak oleh jet pejuang Soviet SU-15 Interceptor pada 1 Sep 1983. Adakah kerajaan Korea berjaya mendapat bukti-bukti yang dikehendaki? Jawapannya TIDAK dan YA. Kerajaan Soviet sama sekali tidak menyerahkan bukti-bukti yang dikehendaki. Bukti-bukti tersebut hanya diperoleh setelah kerajaan rejim komunis Soviet runtuh iaitu hampir sembilan tahun selepas kejadian. Antara tekanan yang dikenakan kepada Soviet ialah pembatalan lesen pendaratan dan pelepasan Syarikat Penerbangan Soviet iaitu Aeroflot oleh Amerika Syarikat di mana-mana lapangan terbang dalam AS. Dalam krisis MH 17, kaedah yang sama boleh dilakukan tetapi siapalah kita. Negara kecilkan. Rusia tidak terkesan sama sekali jika kita tidak membenarkan kapal terbang mereka mendarat di KLIA ataupun Langkawi. Ia akan terkesan, jika negara-negara kesatuan mangsa dan negara-negara sahabat seperti ASEAN dan negara-negara yang bersimpati bersepakat mengambil tindakan tekanan tersebut. Siapa yang harus mengetuai tekanan ini? Pada saya ialah ICOA.


25 Julai - MH 17: Mari kita sama-sama fikir, renung dan bertanya pada diri sendiri 4 peristiwa ini:

1. Kenapa peristiwa unik dan tidak terjawab berlaku pada MH 370?.
2. Kenapa peristiwa menembak kapal terbang berlaku pada MH17 dan tidak kepada mana-mana pesawat negara lain yang beratus lagi terbang di laluan yang sama?
3. Kenapa tiba-tiba semua jenazah itu diarak seperti wira yang hebat dengan acara yang gah sedemikian?
4. Kenapa sejak jatuhnya MH17, tindakan kepadanya berlaku bagaikan sangat tersusun?

p/s Saya cuba mengerahkan deria yang keenam bagi mencari jawapannya tapi belum ditemui.


26 Julai - Opsyen selamatkan MAS?

1. Keluar dari bursa saham dan MAS akan bebas dari segala prosedur yang menyekat kebebasan dan bebas dari tekanan pemegang syer.

2. Jangan joint venture dengan air asia ataupun asiax. Beli air asia, MAS akan mengetuai air asia dan mengawal terbang murah yang bersifat domestik. Mana boleh MAS di kawal oleh air asia. Khazanah bhd mampu beli air asia.

28 Julai - MH 370 & MH 17 SATU TURNING POINT

Dlm ilmu Political Sc ada satu teknik yg disebut 'turning point' yg dikaitkan dgn 'Agenda Setting'. Hilangnya MH370 hanya 6 hari shj krn selepas itu, semua berfikir pasal Lautan Hindi. Begitu juga dgn MH 370, hanya hilang sebulan lebih krn selepas itu semua org fikir pasal MH17. Kita dah mula lupa pasal MH 370. Mcm mn plak nak lupakan MH17?. Bijakkan!


12 Ogos - Masa Depan MAS:

Setelah bbrapa usaha utk melingkupkan skt penerbangan negara dan tidak keterlaluan jika saya katakan kejadian MH 370 & MH 17 adalah antaranya masih berhadapan dgn kegagalan; pihak2@individu2 berkenaan tidak akan berputus asa. Langkah Khazanah dan kenyataan PM semestinya sangat mengecewakan puak2 ini. Ini kerana opsyen penyelesaian yg di pilih tidak menepati seperti yg puak2 ini rancangkan. Situasi ini akan menjadikan golongan berniat jahat ini seperti 'CACING KEPANASAN'. Sy percaya puak2 ini akan mula bercakap atau memberi komen atau pendapat sinis dlm bentuk sindiran kpd media. Mungkin antara sindiran ialah 'khazanah lebih pandai atau lebih tahu', 'sy bukan org yg tepat mmberi komen' dll lagi. Umpama kata bidalan 'baling batu tapi sorok tgn'. Anda nak tahu siapa 'cacing2' ini?. Kita tunggu dan lihat. Mereka akan muncul di media dgn komen2 @analisis spt yg sy jangkakan.

P/s kenyataaan diatas hanyalah pdpt sy semata2 yg semberono.

14 Ogos - MASA DEPAN MAS:

Komen 1: Tony Fernandes (CEO Kump Airasia) kata "...saya tidak boleh kata apa2. Khazanah mempunyai ramai org yg pintar dan berpengalaman..."

Comments

Popular Posts