MODEL EKONOMI BAHARU (MEB)

Pertamanya, apabila meneliti komen dan resolusi Kongres Melayu berkaitan Model Ekonomi Baharu, saya terkedu, tergamam dan seakan-akan ingin bersetuju dengan tuduhan puak pembangkang. MEB langsung tidak memperkatakan hal-hal kepentingan orang Melayu ataupun Bumiputra. Perkataan bumiputera hanya disebut dua kali sahaja dalam MEB. Jadi sayapun tertanya, siapakah sebenarnya yang menghasilkan idea MEB. Sebab pada atau semasa ia dirasmikan, saya berkeyakinan ia adalah idea PM sendiri. Maka tidaklah terfikir bahawa agenda Melayu dan Bumiputera akan terpinggir. Rupa-rupanya MEB dicipta oleh badan yang lain dan PM hanya merasmikannya sahaja. Model Ekonomi masa depan Malaysia adalah berbentuk pasaran terbuka. Siapa yang ada modal atau ada wang, maka dialah yang akan mendapat peluang dan mengaut untung darinya. Siapakah yang banyak modal? Siapakah yang banyak wang? Jawab le sendiri. Sementelah pula MEB tidak menggariskan bagaimanakah untuk membantu kaum Melayu dan bumiputera yang tidak mampu mengambil peluang dalam MEB.

Keduanya pula, saya sebenarnya menaruh perspektif dan harapan yang berbeza dan sangat tinggi selepas Dato’ Sri Najib Tun Abd Razak mengambil alih jawatan. Saya mengimpikan beliau akan melancarkan Dasar Ekonomi Baru 2, yang lebih hebat dari gagasan ayahnya. Tiba-tiba sesuatu yang di luar dugaan dilontar. Semestinya saya terkejutkan?.

MEB belum muktamad. Kerajaan bersedia memasukkan agenda Melayu dan Bumiputera. Begitulah jawapan YAB PM selepas dikritik oleh Kongres Melayu baru-baru ini. Janganlah macam tu. Janganlah agenda Melayu dan Bumiputera hanya menjadi tempelan atau menampung lubang-lubang yang ada pada karung MEB. Sewajarnya agenda Melayu dan Bumiputera adalah teras utama dalam MEB dan agenda kaum-kaum lain yang sewajarnya menjadi tempelan, bukan agenda Melayu dan Bumiputera. Justeru, saya memohon, merayu, tolonglah, kepada sesiapa sahaja yang rapat atau berpeluang menasihati atau menyarankan kepada YAB PM agar MEB ini dibatalkan. Dan satu model ekonomi yang lain akan digubal yang mana agenda Melayu dan Bumiputera adalah teras pembinaan atau strukturnya.


Tolonglah, brader!

Comments

Popular Posts