KAMPUNG BARU: APA KE JADAHNYA 60:40


Dalam minggu ini ada tiga isu yang benar-benar membakar jiwa melayu saya. Bermula dengan simbahan minyak oleh isu Kampung Baru dengan idea 60:40 pemilikan, kemudiannya disambar api oleh isu Model Ekonomi Baru. Biarlah saya luahkan tekanan perasaan dan rasa sangat marah saya kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam mencetuskan idea ini.


Seperti mana kita semua ketahui bahawa tanah Kampung Baru di anugerah oleh Ke bawah Duli YMM Sultan Selangor kepada orang-orang Melayu. Dalam penganugerahan tersebut, beberapa syarat telah dikenakan seperti hanya boleh diduduki dan dimiliki oleh orang Melayu yang agamanya Islam. Dalam hal takrif Melayu ni, Undang-undang tubuh negeri menetapkan bahawa Melayu itu adalah Islam agamanya. Jika orang Melayu murtad atau menukar agamanya, maka dari segi undang-undang tubuh negeri, beliau bukan lagi Melayu. Manakala syarat seterusnya ialah tiada rumah-rumah agama lain selain Islam boleh dibina dalam kawasan Kampung Baru.


Semasa idea bagi membangunkan Kampung Baru ini hangat diperkatakan, hati saya terbetik dengan kenapa orang lain menyibuk pasal Kampung Baru sedangkan tuan yang empunya tidak berminat. Kenapa pihak berkaitan beria-ria benar mahu mencadangkan pembangunan Kampung Baru? Kenapa kerajaan pula dengan tiba-tiba menjadi sanggup untuk berbelanja lebih 400 juta bagi membiayai pembangunan Kampung Baru sedangkan banyak kampung-kampung lain yang tersangat daif? Hairankan. Pada pendapat saya, kita tak payahlah nak sibuk-sibuk pasal tanah orang lain. Adakah isu Kampung Baru dikatakan tidak membangun seiring dengan kotaraya, maka begitu menggunung hasrat untuk membangunkan Kampung Baru. Banyak lagi kawasan lain yang lebih teruk dari itu di kawasan Kuala Lumpur.


Ini satu hal lagi, dengan tiba-tiba tercongok pula idea nak bagi hak pemilikan 40 peratus kepada kaum Cina dan 60 peratus kepada orang Melayu. Bagi saya, sekiranya manusia yang mencadangkan idea ini adalah Melayu, dia ini wajar hebahkan. Biar semua rakyat tahu bahawa manusia ini adalah Melayu yang telah mering. Ini adalah idea gila, idea boleh belah, idea tah pe-pe dan idea yang boleh dan bakal menjahanamkan BANGSAKU MELAYU. Cubalah cadangkan sebahagian lot gerai di Petaling Street diberi hak milik kepada Melayu? Saya benar-benar tak faham dan tidak dapat menemui apa-apapun alasan bagaimanakah manusia ini boleh beridea seperti ini. GILA. Kalau orang Melayu tidak mampu membangunkan Kampung Baru, janganlah sampai kita sanggup memberi hak kita. Kerana apa? Kerana hak melayu telah terlampau banyak diberikan kepada kaum yang asalnya adalah pendatang dengan tersangat mudah.


Tolonglah brader!

Comments

Nur Emyinda said…
Bangsa Melayu telah mengalami enam kali kehilangan:

1. Hilang Barakah: Kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (1511).
2. Hilang Tanah : Penubuhan Malaysia (1963)
3. Hilang Maruah : Kuasa Sultan dan Raja-raja dilucutkan.
4. Hilang Bahasa: Apabila nomenclature Bahasa Melayu ditukarkan kepada Bahasa Malaysia (2007).
5. Hilang Arah : Ketidakserasian UMNO/Pas/PKR.
6. Hilang Bangsa : Terma 'Melayu' digugurkan dalam RMK-9.
Jangan sampai kita diperlekeh dan dipermainkan hanya kerana kita tidak tahu hak sebenar orang Melayu...

...dan kini kes Kg Baru. INSANE!!! ARE U OUT OF YOUR MIND !!! I dare to differ...Saya SOKONG Pena Celoreng sebab saya sendiri adalah MELAYU dan saya bangga menjadi MELAYU!

Popular Posts