KEPUTUSAN KG BARU 60:40

Alhamdulillah, akhirnya atau datuk saya cakap 'at last', keputusan pembahgaian 60:40 Kg Baru di batalkan. Baguslah. Menteri berkenaan mengatakan idea berkenaan hanyalah satu cadangan sahaja. He he he. Ada juga menteri Melayu yang berfikiran seperti ini. Bagi saya, cadangan ini tidak sepatutnya wujud sama sekali ataupun terlintas langsung dalam pemikiran kita.Pada pendapat saya, barangkali idea cadangan ini bukan dilontar oleh menteri berkenaan. Ianya mungkin dicetuskan oleh satu badan tertentu yang mana di dalamnya ada manusia-manusia yang bukan Melayu tetapi sangat berpengaruh. Cuba semak siapakah yang ada dalam Unit Perancang Ekonomi Kerajaan kerana badan ini juga bertanggungjawab mengangkat idea Model Ekonomi Baru yang membelakangkan bumiputera. Saya rasa, ramai ahlinya bukan dari orang bumiputera. Jika ini berlaku, maka situasinya pada jangka panjang adalah sangat merbahaya dan boleh mengancam hak-hak bumiputera.

Keduanya, menteri ini juga dilihat dengan bangganya melihat model cadangan 'Little India' di Brickfields. Jika China di Petaling Street (China Town), dan India di Jalan Brickfields (Little India); Melayunya pula di mana? Chow Kit? He he he. Mungkin sedara dah lama tak pergi Chow Kit kot. Chow Kit penuh atau sendat dengan peniaga-peniaga berlabel 'kretek'. Indonesia la tu. Ataupun kita ada Kg Melayu Subang. He he he. Kalau dari awalnya lagi kita telah asingkan kaum-kaum yang ada, ke manakah hala tuju 1Malaysia. Dari tadika, sekolah kebangsaan hinggalah ke universiti dan situasi di pejabat, kita telah terasing. Maka idea PM 1Malaysia tidak akan ke mana.

Renung-renungkanlah.

Comments

Popular Posts