KONSEP SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERLU DIUBAH

Tahun ini merupakan kali pertama saya tidak pergi melihat sambutan kemerdekaan di Kuala Lumpur. Selama ini saya tidak pernah gagal. Nyatanya juga, saya hanya sekali pergi melihat sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka. Selepas itu saya hanya pergi melihat perarakan kemerdekaan sahaja. Ada beberapa sebab yang menyebabkan saya tidak pergi melihat sambutan ambang merdeka. Pertamanya, terlalu ramai orang di kawasan yang tidak luas. Di akhirnya, kita tidak nampak apa-apa. Keduanya meluat melihat gelagat anak-anak kita yang berkelakuan tidak senonoh. Ketiganya, saya agak kurang bersetuju dengan konsep sambutan di tengah malam. Kenapa mesti jam 12.00 malam?. Adakah kita terbawa-bawa dengan satu amalan yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Negara memerlukan seorang Perdana Menteri yang berani mengubah kaedah amalan ini. Kerana sambutan di tengah malam ini, mengundang pelbagai aktiviti tidak sihat. Sebahagian anak-anak muda-mudi kita terus tidur berpelukan di kawasan taman periuk kera berdekatan dataran merdeka. Mereka akan bangun pada paginya untuk melihat perarakan. Malam tersebut juga, aktiviti terkinja-kinja dilakukan di mana-mana sahaja.

Pada pendapat saya, kita perlu merdekakan kaedah sambutannya dahulu. Perarakan kemerdekaan pada paginya adalah satu konsep yang baik dan wajar diteruskan. Sambutan pada malamnya perlu diubah. Saya suka mencadangkan satu acara keagamaan diganti dengan sambutan ambang merdeka. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, masing-masing memenuhi rumah ibadat, bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan akan sebuah keamanan.

Comments

Nur Emyinda said…
Tuan Radzi, betul dengan apa yang Tuan perkatakan...Sayangnya ramai di antara kita hanya tahu melaungkan 'Merdeka' dengan kuat @ lembiknya suara - hanya kerana disuruh atau ikutan semata2 tetapi tidak pula memerdekakan minda...menerima mula dan berfikir, menapis, menilai, mentaakul menganalisis dan menerima akhir hanya yang terbaik lantas diacu dan dimodelbentukkan berasaskan dan berpandukan sejarah negara kita yang lalu sebagai landasan. Semoga sejarah pahit yang lalu tidak akan berulang...ketika itu siapakah yang akan disalahkan!!?? "Jika kita ingin tahu masa depan negara, kita lihatlah kepada generasi muda nya kini" adalah satu kata2 azimat yang patut dijadikan renungan...dan PERINGATAN.

BRAVO Tuan Radzi for an honest and very bold 'piece of your mind' !

Popular Posts