JURU ACARA MERDEKA YANG LEMAH DAN SILAP

Sambutan malam ambang kemerdekaan disambut di dataran merdeka dengan meriahnya. Pelbagai aktiviti telaah dilakukan oleh pelbagai artis dan bukan artis. Saya percaya latihan setelah sekian lama dilakukan. Malangnya, persembahan anak-anak Malaysia pada malam itu di acarakan oleh satu suara yang kendur, lemah dan seakan-akan tidak bermaya. Dari bentuk suara yang didengar, bunyi seperti seorang juru acara yang di katakan maha hebat. Kehebatan tersebut hanya di gah-gah oleh media sahaja. Hakikatnya tidak.

Pengumuman demi pengumuman menjadi semakin lemah. Khalayak di minta untuk menjerit merdeka dalam nada yang lembek, maka lembeklah laungan merdeka.

Kemudian, pada pagi perarakan kemerdekaan, saya mendengar suara yang sama. Kesilapan demi kesilapan yang diumumkan. Lain kontinjen yang keluar, lain yang diumumkan. Kesilapan jelas di lihat ketika perarakan aset-aset kementerian. Juru acara kadang-kadang tersekat-sekat seperti bertanya kepada rakan sebelah. Lain aset, lain yang diumumkan. Paling banyak silap pengumuman ialah ketika aset pasukan polis dan tentera. Memalukan. Saya harap pasukan polis dan tentera menggunakan juru acara sendiri kerana juru acara yang ada saban tahun melakukan kesilapan.

Kesilapan umum ini bukaanlah kali pertama; saban tahun. Carilah juru acara muda yang lebih bertenaga dan bersedia.

Comments

Popular Posts