KITA MEMBAZIR WANG RAKYAT

Dengan rasa penuh bangga, kita melihat perarakan kemerdekaan di setiap negeri diadakan dengan meriah. Di Kuala Lumpur, peringkat pusat menyaksikan perarakan yang agak besar. Tatkala menyaksikan perarakan tersebut, hati kecil saya tertanya-tanya beberapa perkara:

Pertama: perarakan aset, melihat akan aset yang di bawa seperti bas, bot, skuter jet dan banyak lagi. Saya menjadi hairan kerana ada kementerian yang saya rasakan tidak memerlukan dengan genting peralatan tersebut. Bomba dengan megahnya mempamerkan skuterjet, bas pameran dan bot. Perlukan skuterjet dan bas pameran pada bomba. Rasanya kos tersebut boleh digunakan pada peralatan lain yang lebih penting. Dan saya percaya juga peralatan tersebut dibekalkan di semua lokasi. Berapa banyak wang yang dibelanjakan? Berapa kerap dan lazimkah, bomba menyelamatkan rakyat dengan menggunakan skuterjet tersebut sedangkan banyak kawasan yang tidak ada balai dan kereta bomba. Berapa ramaikah rakyat yang membuat rumah di atas ayer?

Comments

Popular Posts