AIRASIA BERHAD

AIRASIA BERHAD -Kini Sesiapapun Boleh Terbang
(Oleh: Mohd Radzi Abdul Hamid
)

PENGENALAN

‘Kini sesiapapun boleh terbang’, itulah slogan yang memperkenalkan AIRASIA BERHAD kepada penggunanya. Ia merupakan penerbangan nasional kedua di Malaysia. Dengan berpaksikan tambang rendah yang mampu bayar oleh sesiapapun, khidmat AIRASIA BERHAD mendapat permintaan yang tinggi. Air Asia Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berhad menurut syer dan sendirian yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Di tubuhkan pada 20 Disember 1993 dan dimiliki penuh oleh DRB-HICOM. Ia menjalankan perniagaan dalam industri perkhidmatan penerbangan. Pada pertengahan tahun 2004, Air Asia Sdn Bhd menanggung beban hutang yang terlalu tinggi. Justeru ianya dijual kepada Tune Air dengan harga seringgit sesaham. Pada 8 Jun 2004, jenis syarikat ini telah ditukar dari syarikat sendirian kepada syarikat awam dengan nama AIRASIA BERHAD.

Penyusunan semula organisasi AIRASIA BERHAD dengan imej dan konsep yang baru membawa kepada perubahan besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AIRASIA BERHAD juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau. Tujuan utama AIRASIA BERHAD ditubuhkan ialah untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan yang mampu digunakan oleh semua lapisan pengguna. Justeru, kos yang murah, kekerapan jadual penerbangan, lokasi yang menarik, dan perjalanan yang mudah, selesa dan menyeronokkan menjadi landasan utama perniagaan AIRASIA BERHAD. Antara lokasi-lokasi singgahan ialah lokasi-lokasi utama di Malaysia, Bangkok, Thailand, Singapura, Filipina dan China (Macau dan Xiamen).

Dalam bulan Ogos 2003, Air Asia menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang memperkenalkan penempahan melalui SMS yang membolehkan penumpang untuk menempah tempat duduk, memeriksa jadual penerbangan dan mendapatkan berita promosi terkini AIRASIA BERHAD dengan menggunakan telefon bimbit mereka. AIRASIA BERHAD juga telah memperkenalkan GO Holiday, program online syarikat penerbangan ini yang membenarkan penumpang untuk menempah pakej percutian online secara masa nyata. Kertas kerja ini akan menyentuh beberapa aspek penting dalam membangun dan merancang projek-projek syarikat seperti perancangan keseluruhan, organisasi, kepimpinan dan kawalan. Di akhir kertas-kerja, beberapa cadangan untuk mempertingkatkan pencapaian syarikat akan dikupas.
BAGAIMANA AIR ASIA BERHAD BERJAYA DALAM PASARAN DI MALAYSIA?

Kekuatan Syarikat

Faktor kekuatan syarikat ini boleh di lihat dari dua perspektif iaitu faktor utama dan faktor sokongan. Faktor utama bertindak sebagai asas perniagaan ataupun tulang belakang syarikat. Manakala faktor sampingan pula bertindak sebagai pelonjak dan peneguh faktor utama.

Faktor Utama. Terdapat tiga faktor utama iaitu Model Bayangan, pemilikan saham yang kukuh dan pengurus/pentadbir yang cekap. AIRASIA BERHAD di bangun berdasarkan kepada beberapa model syarikat penerbangan tambang murah yang telah lama berjalan dan berjaya dengan cemerlang. Antara syarikat-syarikat tersebut ialah Crunch Time (Thailand), Jetblue, Easy Jet, Ryanair (Dublin), Go Holiday, and AWAIR. Dengan berpandukan kepada sistem yang telah berjaya, AIRASIA BERHAD tidak mungkin mengalami kerugian. Lebih-lebih lagi ia merupakan syarikat tambang murah yang pertama diwujudkan di Asia Tenggara.

Dengan memiliki modal pelabur melebihi RM 300 juta ketika ia ditubuhkan, syarikat ini mempunyai dana yang terlalu kukuh. Dana ekuiti berjumlah US$26 juta (RM 98.80 juta) ini dimiliki oleh pelabur-pelabur yang telah sedia kukuh seperti IDB Infrastructure, Deucalion Capital II Limited, Tuneair Sdn Bhd, dan Lembaga Tabung Haji (Lihat Rajah 1). Manakala Tune Air mempunyai sejumlah 51.68 juta saham yang menjadikannya sebagai pemegang terbanyak. Modal yang kukuh di adun dengan falsafah yang hebat iaitu ‘cost under control’ dan ‘cost-efficient’ membolehkan AIRASIA BERHAD menghadapi apa-apa pun cabaran.
Bil Pemilik Saham Jumlah Saham
1. Tuneair Sdn Bhd 1,045,344,650
2. Cresent Airasia Investments Ltd 147,083,490
3. Raja Mohd Azmi bin Raja Razali 108,141,131
4. IDBIF Malaysia Investments Ltd 85,252,410
5. Cresent Airasia Investments II Ltd 78,807,300
6. Deucalion Capital II Ltd 66,984,035
7. Lembaga Tabung Haji 43,781,830
8. IDBIF Malaysian Investments II Ltd 25,635,500
9. Awam 734,000,734
Total 2,335,031,080
Rajah 1: Pemilik Saham AIRASIA BERHAD

AIRASIA BERHAD memiliki barisan pengurus dan pentadbir yang berpengalaman dan cekap. Pengurus syarikat ini ialah Dato’ Pahamin bin Ab. Rejab. Beliau memiliki pengalaman sebagai menteri lebih 30 tahun. Pernah mengisi beberapa jawatan utama negara seperti pengarah Jabatan Kerja raya selama 24 tahun. Berlandaskan pencapaiannya, pada tahun 2000, beliau telah dianugerahkan ‘Cyber Champion International Award’ oleh Business Software Alliance dari Washington. Manakala Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu Tony Fernandes memiliki pengalaman dalam pengurusan kewangan selama lebih 12 tahun di Virgin Communication London, Warner Music International London, dan beberapa buah syarikat ASEAN. Berdasarkan rekod perkhidmatan yang cemerlang di syarikat-syarikat berkenaan, pada tahun 1993 beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pengarah Urusan. Pada 15 Jun 2003, beliau dinobatkan sebagai ‘Malaysian CEO of the Year 2003’. Di antara barisan pengurus AIRASIA BERHAD ialah Kamarudin Meranun, Abdel Aziz Abu Bakar, Sami Ali, Mumtaz Khan, John Francis Tierney dan Conor Mc Carthy.


Faktor-Faktor Sokongan. Selain dari faktor utama di atas, terdapat beberapa faktor sokongan yang mengukuhkan lagi AIRASIA BERHAD seperti kos tambang termurah, lokasi singgahan yang menarik, tanpa ‘frill’, khidmat yang selesa dan kekerapan penerbangan.

Perkhidmatan Termurah, tanpa ‘frill’. Dengan temanya ‘Kini, sesiapapun boleh terbang”, AIRASIA BERHAD menawarkan kos tambang yang termurah. Jumlah kos yang ditawarkan adalah amat memeranjatkan kerana ianya tidak menjejaskan mutu perkhidmatan yang disediakan. Kaedah tanpa ‘frill’ dan dibentuk khusus kepada penumpang-penumpang yang inginkan penerbangan tanpa sebarang prosedur sukar.

Kekerapan Penerbangan. Pemilihan masa penerbangan yang sesuai dengan keperluan penumpang dan kerap adalah juga merupakan faktor kekuatan syarikat. AIRASIA BERHAD juga melakukan penebangan patah balik yang tercepat. Situasi ini memberi ruang kepada penumpang untuk kembali ke lokasi dengan masa yang cepat setelah selesai tugas.

Keselesaan Penumpang. Sungguhpun AIRASIA BERHAD mengenakan kos penerbangan yang murah tetapi kemudahan-kemudahan asas lain masih di kekalkan. Bahkan ia telah memperkenalkan beberapa kemudahan tambahan yang menarik. Antaranya ialah terbang tanpa tiket, tempahan penerbangan dan semakan melalui SMS atau internet dalam pelbagai bahasa, saluran pembayaran mudah, perkhidmatan pelanggan yang cekap dan 10 orang penumpang terawal mendapat diskaun yang melebih 50% dari kos sebenar.

Mengutamakan Keselamatan. Walaupun AIRASIA BERHAD mengenakan tambang murah tetapi faktor keselamatan penumpang dan barangan tidak diketepikan. Syarikat ini menggunakan jenis pesawat Boeing 737-300 yang dibina oleh syarikat industri penerbangan terbesar dunia iaitu Boeing. Keselamatan pesawat jenis ini telah terbukti sejak ia digunakan dan memenuhi syarat Keselamatan Penerbangan Antarabangsa. Ke arah menentukan pesawat AIRASIA BERHAD sentiasa selamat, AIRASIA BERHAD telah menyerahkan kawalan keselamatan pesawatnya kepada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. Sebagai langkah keselamatan tambahan, pada Julai 2002, AIRASIA BERHAD telah menandatangani kontrak penyelenggaraan enjin dan kemudahan berjumlah US$20 juta dengan GE Engineering Services. Syarikat ini mempunyai rekod yang baik dan turut mempunyai kontrak selenggara dengan British Airways, Air Force One dan beberapa lagi syarikat penerbangan dunia. Selain dari itu, AIRASIA BERHAD turut menandatangani perjanjian kontrak penentuan keselamatan rangka pesawat dan jaminan kejuruteraan dengan Volvo Aero yang melibatkan US$34 juta. Ini bermakna keseluruhan pesawat milik AIRASIA BERHAD dijamin keselamatannya sama ada keselamatan fizikal atau manusia.

ANALISIS DAN KAJIAN KEMASUKAN SYARIKAT KE DALAM PASARAN LUAR

Persaingan global kini agak sukar untuk menembusi pasaran antarabangsa. Dengan itu, AIRASIA BERHAD merealisasikan perubahan ke arah profesional dan inovasi. Pihak pengurusan telah menerapkan model perniagaan yang lebih efektif dan efisien dengan menerapkan gaya pengurusan yang lebih mantap. Ketika pertama kali beroperasi lima tahun lalu, AIRASIA BERHAD telah mengejutkan dunia penerbangan dengan kadar tarif yang terendah. AIRASIA BERHAD berjaya mendominasi syarikat penerbangan yang terkenal seperti Sistem Penerbangan Singapura. Hasilnya, AIRASIA BERHAD berjaya menembusi pasaran dunia yang sedia ada. Terdapat beberapa strategi yang dipraktikkan oleh AIRASIA BERHAD dalam bersaing di pasaran luar iaitu Perkhidmatan tambang rendah, "no frill", Penerbangan kerap, Keselesaan penumpang, Keselamatan diutamakan, dan penjimatan kos. (Sila lihat penjelasan dalam strategi syarikat).

APAKAH STRATEGI UTAMA YANG TELAH DIAMBIL DAN ADAKAH IA BERJAYA?

‘Management by Objectives’ (MBO)

AIRASIA BERHAD mempunyai strategi yang bermatlamatkan ke arah menaikkan nama syarikat sebagai peneraju utama kadar tambang murah dan seterusnya mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam merancang perniagaan syarikat, AIRASIA BERHAD didapati mengaplikasikan konsep MBO. MBO adalah satu sistem pengurusan yang menggabungkan kelompok pekerja dengan pengurus bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ke arah itu, MBO menetapkan hala tuju, tempoh masa pencapaian dan ganjaran yang akan diberikan setelah matlamat tercapai.

MBO mempunyai empat elemen iaitu matlamat yang khusus, penyertaan dalam membuat keputusan, tempoh masa yang jelas dan kesan pencapaian syarikat. Satu masalah program MBO adalah mereka mungkin tidak efektif dalam perubahan persekitaran masa dinamik. Dengan itu, program MBO memerlukan lebih kestabilan untuk pekerja-pekerja bekerja bagi menyempurnakan matlamat.

Kejayaan AIRASIA BERHAD kini boleh dibanggakan dengan adanya fokus kepada kombinasi keperluan pengguna, pekerja yang dedikasi, rajin bekerja, mendapat asas yang betul, kawalan perbelanjaan yang efektif dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Kaedah MBO ini telah memberi panduan kepada AIRASIA BERHAD untuk memahami keperluan dan masalah pengguna. Bagi meningkatkan pemahaman pengguna, AIRASIA BERHAD telah memperkenalkan produk baru bagi mencari masalah dan penyelesaiannya. Selain itu, AIRASIA BERHAD juga akan mengurangkan kos pengeluaran bagi meningkatkan mutu dan menambahkan lagi minat pengguna untuk menerajui dunia pasaran penerbangan dengan cara memberikan tambang yang teramat rendah supaya ramai yang boleh terbang. AIRASIA BERHAD akan memperkenalkan lebih insentif pada akan datang untuk menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan. Melalui MBO juga AIRASIA BERHAD telah merangka pelbagai insentif jangka panjang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penerbangannya.

Selain daripada pemegang saham yang memainkan peranan penting dalam kelancaran perjalanan organisasi, AIRASIA BERHAD juga tidak ketinggalan mempunyai hubungan Struktur Organisasi yang tersendiri. Ini dapat di lihat dengan jelas melalui carta seperti berikut:

PENGURUSAN KAKITANGAN BAGI MELANCAR PERJALANAN ORGANISASI

AIRASIA BERHAD merupakan salah satu daripada syarikat penerbangan yang terkenal di Malaysia dan juga Asia. Oleh yang demikian, AIRASIA BERHAD telah cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati para pengguna yang menggunakan perkhidmatan penerbangan ini. Kini AIRASIA BERHAD mempunyai sejumlah hampir 5000 kakitangan. AIRASIA BERHAD telah menyediakan kakitangan yang berkaliber dan dedikasi bagi melancarkan operasi syarikat penerbangan ini. Sebelum para pekerja dilantik untuk bekerja di Air Asia, satu temu duga dijalankan untuk mencari para pekerja yang berkelayakan...


[To continue reading, please choose your order.

Purchasing Format

1. All prices are in Malaysia Ringgit, and do not include shipping and handling. Please choose your purchasing method.

a. Softcopy (send to your email)= RM 150.00
b. Hardcopy with soft cover send to your address)= RM 170.00
[RM 160.00 + RM 10.00 (shipping)]
c. Hardcopy with hardcover send to your address)= RM 200.00
[RM 170.00 + RM 30.00 (shipping)]

2. Please pay to Account Number: 1402-0184306528 (CIMB - Mohd Radzi bin Abd Hamid).

3. After completed the payment, please describe your order by written down the;

a. Title of the article:
b. Purchasing Method (A or B or C):
c. E-mail or address:
d. Date of payment:
e. Payment reference number:

and email to email: radzi_hamid@yahoo.com

Note:

a. Copyright in each Articles, Dissertation and Theses is retained by the author. All right reserved.
b. Please note that because I custom print copies when receiving orders, articles, dissertation and theses can only be returned in the unlikely event of a production defect.
c. The order will sent to the address or email after received the payment.

Comments

Popular Posts