AIRASIA + PEMIMPIN = KEJAYAAN

PERANAN PEMIMPIN DALAM MERANCANG DAN MENGAWAL ORGANISASI :KAJIAN KES DI AIR ASIA
(Oleh: Mohd Radzi Abd Hamid)

1.0 PENDAHULUAN

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam kumpulan. Hubungan seperti ini semestinya difahami iaitu dengan adanya pemimpin sudah pasti adanya pengikut. Kepimpinan pula berkait dengan cara seseorang pemimpin ini memberi gaya kepimpinan kepada individu atau kumpulan.

Kepimpinan adalah proses untuk mengarahkan dan mempengaruhi ahli-ahli yang melakukan aktiviti secara berkumpulan supaya mereka bermotivasi untuk berkelakuan ke arah kecemerlangan kerja bagi memenuhi dan menyampaikan matlamat firma. Ini bermakna, tugas kepimpinan akan melibatkan hubungan dengan pekerja, kuasa di kalangan ketua-ketua yang lain dan pengaruh yang ada untuk menguasai satu kumpulan yang dipegang. Tugas kepimpinan ini akan dipertanggungjawabkan ke atas seorang pemimpin. Pentingnya seorang pemimpin di dalam aktiviti secara berkumpulan adalah untuk memastikan aktiviti yang dilaksanakan tidak lari daripada apa yang dirancangkan.

Dilihat dari sudut organisasi, sesebuah syarikat pasti ada pemimpin secara formal yang terdiri daripada pengurus serta mereka yang dibolehkan di dalam syarikat. Umumnya, di dalam syarikat terdapat pemimpin yang tidak formal iaitu mereka yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain dan kumpulan. Walaupun kita akan mendapati sesebuah syarikat akan mempunyai dua golongan ini serentak, pemimpin yang tidak formal ini tidak diingini oleh organisasi tetapi kewujudannya tetap ada.

2.0 GAYA KEPIMPINAN

Pemikir kepimpinan dan pengurusan telah mengklasifikasikan empat gaya kepimpinan dalam mengurus iaitu:

2.1. Pendekatan Autokratik

Seorang pemimpin autokratik tidak akan melibatkan ahli-ahli kumpulannya di dalam membuat sebarang keputusan. Beliau akan melakukannya sendiri. Keputusan yang diperolehi kelak barulah akan diberitahu kepada pengikutnya. Kesesuaian pengurusan sebegini adalah bergantung kepada masa, tempat dan orang yang menjadi pemimpin dan pengikut. Di dalam bidang yang memerlukan keputusan segera, seperti askar di medan perang, ketua platun, unit atau komander pemerintah tidak mempunyai masa untuk berbincang, sebarang arahan adalah autokratik. Begitu juga dengan pengurus sebuah kilang di mana pekerjanya adalah buruh kasar yang tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan berfikir yang tinggi tidak boleh dibawa berunding atau mendapat buah fikiran. Mereka memerlukan arahan untuk melakukan kerja. Pengurusan dan kepimpinan gaya autokratik adalah diperlukan di sini.


2.2. Pendekatan Demokratik

Pendekatan demokratik meletakkan ahli-ahli kumpulan terlibat secara langsung di dalam pembuatan keputusan. Mereka akan berbincang sesama mereka dan keputusan yang dicapai adalah mengikut persetujuan ramai. Namun begitu pengurus selaku pemimpin perlu tegas dengan keputusan yang diambil kerana beliau akan menjawab kepada segala persoalan yang akan diajukan oleh pengurusan tertinggi.


2.3. Pendekatan Laissez Faire

Laissez Faire merupakan gaya pengurusan yang memberi segala kebebasan kepada pekerja yang mahir melakukan dan membuat keputusan sendiri. Bagi pemimpin jenis ini apa yang diperlukan ialah hasil yang akan diperolehi. Gaya kepimpinan ini amat sesuai dengan pengurusan badan-badan professional seperti peguam, doctor, jurutera, arkitek dan sebagainya. Adalah tidak munasabah seseorang pengurus di sebuah hospital membuat keputusan bagaimana cara pembedahan yang terbaik dan mengarahkan seorang pakar bedah membedah mengikut caranya. Begitu juga seorang peguam yang tidak berkenaan cuba memberi nasihat kepada peguam yang akan membela sesuatu kes. Ini tidak bermakna perbincangan dan perbahasan tidak boleh diadakan sebagai kaedah berunding untuk mendapat yang terbaik.

2.4. Pendekatan Islamik

Gaya kepimpinan Islamik memerlukan mesyuarah dan keputusan yang dibuat adalah secara persetujuan seperti yang diminta oleh ketua. Sementara ketua pula adalah seorang yang telah dimaklum umum sebagai seorang yang tidak jenis mengkhianati orang lain terutama pengikutnya, bersifat adil, timbang rasa dan mempunyai kepintaran berfikir. Landasan keputusan adalah berteraskan Quran dan Hadis.


3.0 KATEGORI ORGANISASI


Everett C. Hughes telah menggambarkan lima jenis model asas organisasi yang terdapat di dalam masyarakat moden iaitu:


3.1. Model Persatuan Sukarela

Ahli-ahlinya adalah sama rata dan mereka menjadi ahlinya untuk tujuan tertentu, seperti kelab-kelab, persatuan ikhtisas, kumpulan keagamaan.


3.2. Model Ketenteraan

Organisasi yang menekankan dan menetapkan hierarki perintah, kuasa dan taraf kedudukan.


3.3. Model Philanthropic

Model Philanthropic yang termasuk dengan ahli mengawalnya seperti lembaga biasa, kakitangan sukarela, professional dan klien-klien yang ditolongi seperti hospital dan universiti.


3.4. Model Koperasi

Ahli-ahli pemegang saham “syarikat”. Mempunyai lembaga pengarah, pengurus dan kakitangan.


3.5. Perniagaan Keluarga

Melibatkan ahli-ahli keluarga yang mempunyai hubungan darah atau pertalian keluarga atau melalui perkahwinan yang menjalankan perusahaan untuk mencari keuntungan.


4.0 KAWALAN DALAM PENGURUSAN


Kawalan merupakan suatu proses memonitor aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur, serta memperbaiki sebarang kesalahan. Pengawalan yang efektif dapat menolong organisasi mencapai matlamat atau obejktif organisasi dengan berkesan.


4.1. Jenis Pengawalan

Dalam pengurusan, secara amnya terdapat tiga jenis pengawalan iaitu:

4.1.1. Pengawalan Birokrasi

Ia merupakan pengawalan ke atas peraturan atau undang-undang yang dipraktikkan dalam organisasi, bagi mengelakkan masalah daripada berlaku dan memastikan segala proses-proses organisasi dapat dilaksanakan dengan cekap. Peraturan dan juga prosedur yang disediakan haruslah dipatuhi oleh setiap ahli organisasi. Penghuraian terhadap tugas-tugas pekerja juga harus ditulis dan diberitahu kepada pekerja yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugas tersebut. Contohnya seorang agen pemasaran harus diberi penghuraian tentang tugas-tugasnya sebelum beliau menjalankan tugas. Penghuraian boleh diberi dalam dua bentuk iaitu secara bertulis atau bercakap mengenainya. Perkara seperti belanjawan juga perlu dititikberatkan supaya ahli-ahli organisasi dapat melaksanakan tugas dengan mematuhi belanjawan yang telah....


[To continue reading, please choose your order.

Purchasing Format

1. All prices are in Malaysia Ringgit, and do not include shipping and handling. Please choose your purchasing method.

a. Softcopy (send to your email)= RM 150.00
b. Hardcopy with soft cover send to your address)= RM 170.00
[RM 160.00 + RM 10.00 (shipping)]
c. Hardcopy with hardcover send to your address)= RM 200.00
[RM 170.00 + RM 30.00 (shipping)]

2. Please pay to Account Number: 1402-0184306528 (CIMB - Mohd Radzi bin Abd Hamid).

3. After completed the payment, please describe your order by written down the;

a. Title of the article:
b. Purchasing Method (A or B or C):
c. E-mail or address:
d. Date of payment:
e. Payment reference number:

and email to email: radzi_hamid@yahoo.com

Note:

a. Copyright in each Articles, Dissertation and Theses is retained by the author. All right reserved.
b. Please note that because I custom print copies when receiving orders, articles, dissertation and theses can only be returned in the unlikely event of a production defect.
c. The order will sent to the address or email after received the payment.

Comments

Anonymous said…
Terrific write-up. It's tough not to become confused with all of the details about franchising available, so it's
terrific to have something like this available.

My website: most profitable franchises
My site > fast food restaurant franchise
Anonymous said…
Hi there everybody, here every person is sharing these kinds of knowledge, thus it's fastidious to read this website, and I used to go to see this webpage every day.
My web page :: I've moobs - Is It permanent?

Popular Posts