MARUAH DAN PENGORBANAN: MEMOIR KEPAHLAWANAN PASUKAN KESELAMATAN SEBELUM DAN PASCA KEMERDEKAAN
Disediakan Oleh: Mohd Radzi Abdul hamid
Perspektif
Hubungan Maruah dan Pengorbanan
Apakah elemen yang mengaitkan maruah dan pengorbanan
sehingga ia sering digandingkan dan dilihat saling bergantung? Atau apakah faktor
yang menyebabkan kita sering mengaitkan ‘maruah’ dengan ‘kesanggupan
berkorban’. Perspektif yang lebih dekat yang diasaskan oleh para salaf melihat
tiga elemen penting yang di dalamnya terdapat entiti tertinggi yang boleh
dipanggil sebagai maruah. Salaf memilih bagi memulakan pengajaran ‘iqra’ dengan
‘alif’, ‘ba’, dan ‘ta’. ‘Alif’ mendukung ‘agama’ yang dipercayai dan dipegang.
‘Ba’ memberi konotasi ‘bangsa’ atau suku kaum yang mengelompokkan manusia bagi
menentukan perbezaan. Manakala ‘ta’ menatijahkan elemen ‘tanah air’. Inilah
tiga elemen (Agama, Bangsa dan Tanah air) yang di dalamnya terdapat semua nilai
atau estetika yang dikaitkan dengan maruah. Jangan sekali-kali melanggar
nilai-nilai yang telah sedia ada dalam ketiga-tiga elemen ini kerana ia
dianggap mencemarkan maruah seseorang, segolongan atau negara. Pelanggaran atau
tidak menghormati ketiga-tiga elemen ini yang dianggap mencemarkan maruah,
boleh menyebabkan seseorang, segolongan atau senegara sanggup melakukan apa
sahaja demi mempertahankan maruah mereka yang ada pada alif, ba dan ta. Sanggup
melakukan apa sahaja yang sebagaimana? Apa sahaja yang termampu sehingga sedia
mati atau terkorban. Sanggup menyediakan tenaga, dana, keringat, darah dan
nyawa. Inilah yang mencetuskan PENGORBANAN. Dalam apa keadaan sekalipun, seseorang,
segolongan atau senegara sedia berkorban demi maruah alif, ba dan ta.
Menurut Butrus al-Bustani,
pemikir sosial Beirut, berdasarkan pengalamannya ketika berkhidmat sebagai ‘dragoman’[1]
kepada Angkatan Tentera British semasa usaha menggulingkan Ibrahim Pasha
(1840), beliau menghubungkan istilah watan yang membawa pengertian tentang
kasih sayang dan perjuangan membela tanah air melalui sikap serta tindakan.
Bustani mengkritik sikap bangsa Arab yang menyebabkan mereka mundur baik
daripada aspek teknologi ataupun pemikiran. Bustani menyeru agar bangsa Arab
bangkit dengan penuh berani yang ia sebut sebagai ‘abnd al-watan’ ataupun pembela
bangsa (compatriots). Beliau menegaskan bahawa penyatuan masyarakat harus
dibentuk oleh ikatan kasih dan sayang bangsa dengan tanah air yang ia panggil
sebagai ‘usba wataniyya’ (patriotic solidarity). Pemahaman Brutus selari dengan
pemahaman kepada konsep maruah dan pengorbanan.
Sungguhpun demikian, tahap kesediaan berkorban bergantung
kepada kesanggupan dan keberanian seseorang, segolongan atau senegara. Ada yang
hanya sanggup berkorban wang ringgit, keringat, kata-kata dan sebagaimananya.
Tetapi pengorbanan yang tertinggi dalam kelasnya ialah pengorbanan jiwa raga
atau kesanggupan untuk mati demi maruah alif, ba dan ta. Pengorbanan kelas inilah
yang membezakan perjuangan seorang perajurit dengan perjuangan orang biasa.
Sungguhpun demikian, Pengorbanan tahap tertinggi ini, bukan hak milik total seorang
perajurit atau anggota tentera tetapi ia juga boleh dilakukan oleh orang lain
yang bukan dalam tugas dan tanggungjawabnya. Contohnya seorang pemuda orang
laut Melaka yang bernama ‘Mantik’. Beliau hanyalah seorang pekerja gudang
simpanan makanan Sultan Melaka. Ketika bala tentera Alfonso de Albuquerque ingin
menyerang dan menawan gudang ini, mantik dengan inisiatifnya sendiri dengan
bantuan dari anak-anak muda orang laut bertindak bagi memindahkan semua bekalan
makanan ke Masjid Peringgit. Tatkala tentera Portugis menawan gudang makanan
dan pakaian istana, mereka mendapati gudang telah kosong. Tindakan mantik ini
telah menyelamatkan rakyat Melaka yang terkepung dan menjadikan tentera
kesultanan Melayu Melaka dapat terus berjuang dengan bekalan makanan yang
mencukupi. Pengorbanan Mantik tidak berhenti di situ sahaja. Wujudnya pembelot
menyebabkan tempat simpanan barang di Masjid Peringgit diketahui oleh Alfonso.
Dalam satu serangan ketika solat subuh, mantik dan rakan-rakannya mempertahankan
barang bekalan hingga terkorban. Mantik bukan seorang hulubalang Melaka, beliau
hanyalah pekerja gudang makanan[2].
Melaka akhirnya tewas pada 24 Ogos 1511.
Definisi Patriot
@ Pahlawan
Seseorang yang bergelar atau digelar ‘patriot@pahlawan’,
adalah seseorang yang telah mengorbankan jiwa dan raganya. Ada juga orang
menyebut ‘pejuang’. Adakah perkataan ‘pahlawan’ memberi maksud yang sama dengan
‘pejuang’. Dalam kamus dewan bahasa edisi empat menjelaskan bahawa pejuang
bukannya pahlawan tetapi pahlawan terdiri daripada pejuang-pejuang yang telah
berjuang demi agama, bangsa dan tanah air hingga sanggup mengorbankan jiwa dan
raga. Manakala dalam Oxford Dictionary
menjelaskan patriot bermaksud “...person
who loves his country, esp one who is ready to defend it against an enemy...”.
Ia bermaksud sesiapa sahaja yang mencintai negaranya. Sungguhpun demikian,
definisi ini memberi pengertian khusus yang mana ia mengaitkan patriot adalah seseorang
yang telah siap sedia mempertahankan negaranya iaitu anggota tentera. Jika kita
berpegang kepada kedua-dua definisi ini, bermakna patriot atau pahlawan itu
adalah rakyat yang cintakan negara khususnya seorang anggota tentera yang
bertindak dengan penuh suci hatinya bagi mempertahankan agama, bangsa dan tanah
airnya. Tindakannya itu atau perjuangannya itu boleh menyebabkan dirinya
tercedera ataupun terkorban. Pada pendapat saya, definisi ini adalah logik dan
rasional jika kita gelarkan seseorang itu sebagai pahlawan sekiranya ia sanggup
mengorbankan jiwa dan raganya demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.
Menurut Rifa’a Rafi’ al-Tahtawi[3]
seorang pemikir sosial Mesir yang terkenal pada pertengahan abad ke-19, penjelasan
berkaitan ‘patriot’ mesti dikaitkan dengan ‘tanah air’ atau ‘fatherland’ dalam
bahasa arab disebut ‘watan’. Tahtawi menghubungkan pengertian ‘watan’ dengan masyarakat, iaitu ‘ummah’ yang
membentuk Negara. Ummah atau masyarakat ini diikat kepada Negara sebagai satu
tujuan kolektif, dan menimbulkan tanggungjawab kepada ahli masyarakat ini bagi
membela Negara. Maka itu, perasaan, semangat, sikap dan tindakan yang
mengarahkan kepada tanggungjawab membela Negara merupakan sikap ‘wataniyaa’
yang mempunyai pengertian yang selari dengan hal yang disebut sebagai
patriotik. Pandangan Tahtawi ini melihat kepada pertembungan kolonial barat
dengan negara terjajah di bawah kolonialisme, lalu melahirkan pandangan tentang
‘watan’, iaitu tanah air yang berjuang untuk bebas atau merdeka daripada
penjajahan kuasa kolonial barat. Perjuangan ini tentunya disertai semangat
sayang akan bangsa dan tanah air yang berapi-api; dan juga tindakan secara
praktik dan pragmatik untuk membela watan.
Manakala elemen pengorbanan jiwa dan raga boleh
diterjemahkan dalam pelbagai situasi. Antaranya ialah merasakan bahawa
pemergian kita ke satu tempat itu dirasakan belum tentu dapat kembali dengan
sempurna ataupun belum tentu kembali semula. Maka itu juga sanak saudara khususnya
keluarga akan merasakan keberatan melepaskan ahli keluarga mereka berlepas
pergi. Seperti kata Allahyarham Lt Adnan Saidi kepada isterinya di stesen kereta
api Tg Pagar, “…pertempuran ini akan berakhir dengan darah dan nyawa dan abang
akan mati. Kau jagalah anak-anak. Maafkan abang”. Bermakna Lt Adnan dan
isterinya tahu bahawa perjuangan di hadapan adalah kematian. Kesanggupan Lt
Adnan dan kesanggupan isterinya merelakan ia pergi inilah yang boleh
digambarkan sebagai pengorbanan jiwa dan raga. Maka itu juga, tidak bersalahan
tetapi agak sensitif, jika saya katakana bahawa seorang jurugambar yang pergi
ke luar negara bagi membuat liputan berita kemudiannya tiba-tiba terkena
tembakan dan mati, ia tidak layak dipanggil atau digelar sebagai pahlawan.
Kerana apa? Kerana tidak wujud dua elemen atau ciri penting kepada konotasi
‘patriot’ iaitu; pertama, mempertahankan agama, bangsa dan tanah air; dan kedua,
perjuangan melibatkan pengorbanan jiwa dan raga.
Di dalam buku ‘March Toward the Thunder’[4],
terdapat satu kisah kepahlawanan yang sangat menarik dan unik untuk dikaji.
Louis Nolette (15 tahun) dari suku kaum Abenaki Indian dari Canada menjadi
perajurit di dalam perang saudara Amerika. Beliau berperang kerana duit dan
kelaparan yang di hadapi, bukan kerana negara atau apa-apa selain
kelaparan. Setelah melalui pertempuran demi pertempuran dan menyaksikan
sahabat-sahabatnya berjuang dengan bersungguh-sungguh dan mati, perang menjadi
sangat peribadi kepada beliau. Perang akhirnya merubah matlamat perang Louis
kerana perang tidak pernah berkesudahan sebagaimana yang kita kehendaki. Perang
akhirnya memaksa Louis untuk memilih antara ‘kelaparan’ dengan ‘memilih negara’
yang akan menentukan ia tidak akan lapar selama-lamanya. Dan akhirnya Louis
bertempur dengan penuh berani demi menyelamatkan negara yang dipilihnya.
Nilai-Nilai
Patriotik Sejati
Menurut Dr Ridhuan Tee Abdullah, patriot sejati ialah
orang yang mempertahankan kebebasan dan hak tanah air, atau pembela Negara,
hingga sanggup menggadaikan nyawa. Manakala Prof Khoo Kay Kim menjelaskan
bahawa tindakan atau perjuangan patriot sejati adalah semata-mata demi Negara
yang tercinta tanpa mengira apa pun bangsa dan agamanya dan kemuncak pengorbanannya
ialah berakhir dengan kematian. Saya menerima dan sependapat dengan kedua-dua
sarjana ini tetapi ingin mengangkat satu persoalan. Di manakah patriotisme jika
tidak ada elemen taat setia dan rasa hormat kepada perlembagaan? Pada pendapat
saya, taat setia, nasionalisme, dan patriotisme sudah terhakis atau tidak layak
jika kita atau sesiapa sahaja mempertikaikan kedaulatan perlembagaan. Ini
kerana mempertahankan perlembagaan bermakna mempertahankan kedaulatan Negara.
Manakala kamus Oxford
menjelaskan ‘a true patriot’ atau patriot sejati mestilah mendukung dua nilai
utama iaitu; pertama mempunyai mempamerkan rasa cintanya kepada tanah air, dan
kedua ialah sikap bersedia untuk mempertahankannya. Nilai-nilai perkara yang
dikorbankan akan membezakan sifat patriot yang hakiki. Terdapat tiga kelompok
pengorbanan seperti rajah di atas. Pengorbanan tertinggi adalah pengorbanan
nyawa yang jumlahnya sangat sedikit. Manakala pengorbanan darah juga sedikit
tetapi pengrorbanan hal-hal lain adalah yang terbanyak atau merupakan tahap
pemgorbanan yang paling rendah. Contoh yang paling jelas ialah ketika negara
kita diserang oleh tentera Jepun pada tahun 1942. Berdasarkan catatan sejarah,
ia menunjukkan berjuta orang telah mengambil tindakan lari ke negara asal
masing-masing.
Menurut YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, ‘...there is no greater sacrifice than
giving one's life for their country. Memorial Day allows us to remember our
fallen heroes, our loved ones who served and to pay our respects to the many
who paid the ultimate price. God Bless each and every one of them...’.
Manakala Tun Hussein Onn menjelaskan maksud ‘keberanian tulen’ ialah tindakan
menegakkan kebenaran dan sanggup menanggung akibat dan risiko. Beliau memberi
perumpamaan tugasnya sebagai Perdana Menteri yang harus mempunyai elemen
keberanian tulen yang mana ‘...would
rather do the right thing and be cursed than do the popular but wrong thing and
be applauded’. Tetapi ‘keberanian tulen tertinggi’ ialah keberanian
perajurit yang sanggup menggadaikan nyawanya.
Prof Reinhold Niebuhr menjelaskan ‘...patriotism at least has the virtue of taking the self outside of
itself to a broader community. Patriotism may be national egoism, as he called
it, but it is an improvement over purely personal egoism, which can see no
concern greater than the self’.[5]
PEMBAHAGIAN
ERA SEJARAH NEGARA
Sejarah negara berevolusi mengikut era tertentu dan ia
saling berkait. Ia boleh dilihat dari beberapa perspektif yang mana bergantung
pada matlamat yang ingin dicapai. Walau bagaimanapun tindakan memilih sejarah
atau ‘selective approach’ adalah satu kesalahan besar dalam bidang pengajian
sejarah juga arkeologi. Sifatnya yang berkait, maka sejarah mesti difahami
secara menyeluruh dan menyelami roh atau semangat sejarah yang telah tercipta.
Ilmuan sejarah membahagikan sejarah negara kepada lima
era[6]
iaitu:
Prasejarah (35,000
BC – 100BC)
|
Kerajaan Hindu
(100BC – 1400BC).
|
Zaman Kegemilangan Kerajaan
Islam Melaka (1400AD – 1511 AD).
|
Kemerdekaan (31 Ogos
1957).
|
Kerajaan:
|
Kerajaan:
|
Kerajaan:
Pertempuran
Penting:
|
Kerajaan:
|
Daripada empat era ini, penglibatan pasukan tentera hanya
boleh dilihat selepas jatuhnya Kerajaan Kesultanan Melaka ataupun tahun-tahun
sebelum dan selepas merdeka. Maka fokus perbincangan kita, hanya akan meliputi
era selepas dan sebelum merdeka.
Kepahlawanan
PK Sebelum dan Pasca Merdeka
Peristiwa
|
MERDEKA
|
Peristiwa
|
|
31/8/1957
|
|
PERANG DUNIA KE-2: TANAH MELAYU (8 DIS 1941 – 15
FEB 1942)
|
|
|
Pertempuran:
|
|
|
Operasi Penting:
|
|
Operasi
Penting:
|
|
Selepas
1989
|
|
|
|
|
Cadangan
Pengisian Galeri Pahlawan Atm
Apakah yang mesti dipaparkan dan apakah yang tidak perlu
dipaparkan di Galeri Pahlawan? Oleh kerana sejarah perjuangan anggota tentera
dalam mempertahankan negara tidaklah terlalu panjang dan tidak terlalu banyak
peristiwa penting yang telah berlaku, maka dua soalan tersebut perlu dijawab
dengan hati-hati. Disebabkan dua faktor ini juga, maka perkara yang ingin
dipaparkan mestilah berupaya mencapai objektif yang ditetapkan.
Pastinya Galeri Pahlawan bukanlah sebuah muzium yang
mempamerkan segala-galanya yang dirasakan mempunyai nilai muzium. Tetapi
perkara yang dipamerkan di Galeri Pahlawan adalah peristiwa yang terpilih dan
berkait rapat dengan nilai kepahlawanan yang menonjolkan maruah dan pengorbanan
yang teratas. Maka Galeri Pahlawan harus mempunyai ciri-ciri berikut:
- Mempamerkan peristiwa-peristiwa maruah dan pengorbanan yang teratas.
- Melibatkan perajurit-perajurit yang benar-benar berani, ikhlas dalam pengorbanan dan sedia berkorban jiwa dan raga.
- Tidak bersifat promosi tetapi berkongsi.
- Memiliki semua aspek teknologi seperti audio, dan visual statik dan bergerak.
Objektif ATM
Kepada Galeri Pahlawan
Cadangan: Mempamerkan
kepada rakyat akan rasa cinta, perjuangan dan pengorbanan anggota tentera
kepada negara. Setiap paparan mestilah mendukung elemen ‘patriot’ atau
kepahlawanan yang maha tinggi. Justeru, dicadangkan dua opsyen objektif Galeri
Pahlawan. Tanyalah pada diri kita, apa yang ingin kita capai dari Galeri
Pahlawan ini?.
Galeri
Pahlawan Impian
Galeri Pahlawan ATM dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu Perang, Kesengsaraan dan Keamanan. Setiap bahagian mempamerkan secara
kronologi peristiwa yang telah berlaku.
Rajah 2: Kerangka Asas Galeri Kepahlawanan
Bahagian Perang
Sebaik sahaja
melangkah masuk ke segmen ini, pengunjung akan berasa seperti berada di barisan
hadapan medan perang. Visual peperangan dan bunyi perang seperti letupan
meriam, tembakan senjata yang sengit yang membuat pengunjung seperti ingin
mengambil perlindungan atau lari keluar dari medan perang. Bahagian ini bermula
dengan segmen Perang Dunia Kedua yang mempamerkan perjuangan dua buah batalion
Askar Melayu yang berakhir dengan Pertempuran Singapura. Disusuli oleh segmen
konfrontasi, Darurat Ke-2, Rusuhan Kaum, dan Misi PBB (hanya misi yang berkait
dengan elemen kepahlawanan).
a.
Perang Dunia Kedua.
(1)
Perjuangan anak watan (Batalion Pertama dan
Kedua).
(2)
Segmen Bantuan negara-negara lain.
(3)
Force 136.
(4)
Home Guard.
b.
Konfrontasi.
(1)
Serangan Kem Kalabakan.
(2)
Serang Hendap Bukit Lebam.
(3)
Pertempuran Labis.
c.
Darurat ke-2.
(1)
Operasi-operasi yang telah dijalankan.
(2)
Dosa-dosa PKM.
d.
Rusuhan Kaum.
(1)
Kemusnahan.
(2)
Peranan ATM ketika rusuhan.
e.
Misi PBB.
a.
Pengorbanan.
b.
Pertempuran-pertempuran yang telah berlaku.
f.
Operasi-operasi Lain.
Bahagian Kesengsaraan dan Pengorbanan
Sebaik sahaja
melangkah masuk ke segmen ini, pengunjung akan di sajikan dengan kesan akibat
perang. Mempamerkan kesengsaraan dan pengorbanan yang telah dihadapi atau
dilakukan oleh setiap perajurit yang dipilih yang mana ia mempunyai nilai
kepahlawanan. Ini termasuklah kesengsaraan ahli keluarga yang telah
ditinggalkan. Segmen ini mungkin mempunyai ruang atau bilik khas bersama
pahlawan yang telah cedera. Bagi membezakan segmen ini dengan segmen mula,
mungkin segmen ini berbentuk lukisan kesemuanya yang diisi dengan sistem bunyi
yang terbaik.
a.
Anggota-anggota yang terlibat (yang telah
mati dan masih hidup).
b.
Ahli Keluarga yang ditinggalkan.
c.
Kemusnahan harta benda.
Bahagian Nikmat Keamanan
Bahagian ini
akan mempamerkan produk perjuangan dan pengorbanan barisan pahlawan yang telah
dipamerkan sebelumnya. Keadaan negara yang aman damai dan pesat membangun dan
segala kemudahan serba moden. Gambar-gambar pemodenan negara seperti KLCC,
Monorel, sawah padi dan lain-lain boleh dipamerkan. Bahagian ini perlu di reka
bentuk agar ia berupaya menimbulkan keinsafan kepada rakyat terhadap keburukan
perang dan mempertingkatkan lagi rasa cinta kepada negara. Mungkin bahagian ini
boleh diakhiri dengan ‘tagline’ yang memberi mesej peringatan. Contohnya
‘Adakah anda ingin berperang?’, ‘Perang atau Keamanan?”. Adakah dua opsyen
objektif yang dicadangkan telah tercapai?.
KESIMPULAN
Dengan memahami falsafah dan elemen yang mendukung ‘maruah
dan pengorbanan’ dan kemudiannya melihat perkaitannya dengan ‘pahlawan’, maka
kita pasti boleh menetapkan atau memilih siapakah pahlawan. Dengan memahami
ketiga-tiga elemen ini, saya pasti perbincangan yang akan kita lakukan
berkaitan GALERI PAHLAWAN akan dapat menghasilkan satu resolusi yang tepat dan
lebih terarah. Maka galeri yang menghidangkan dunia pahlawan akan menjadi satu
yang sangat mahal, eksklusif, dan prestij.
Sungguhpun demikian, galeri pahlawan tidak boleh berdiri
secara sendiri dengan gagah tanpa sokongan teknologi terkini seperti sistem
‘holocost’ dan sebagainya. Maka kosnya sudah tentu tidak wajar dijadikan
halangan. Teknologi sangat diperlukan bagi menghidupkan semula sejarah yang
berpuluh tahun mati.
Akhir kata, galeri pahlawan bukanlah sebuah muzium. Juga
paparan di muzium mungkin ada di galeri pahlawan tetapi tidak semestinya ada di
galeri pahlawan. Sebaliknya pula paparan di galeri pahlawan mungkin ada dan
mungkin tidak ada di muzium.
‘A soldier doesn't fight because he hates the enemy in front
of him, he fights because he loves what he left behind’.
Bibliografi:
Butrus
Al-Bustani, 1993. Prospect: Comparative Education. UNESCO- International Bureau
of Education, Vol XXIII No.1/2 p. 125-133.
David
P.G. 2006. What’s Right About Patriotism. Mercer University Press, US
INTAN,
1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur, INTAN.
Iskandar ibn Ya’kub, 1920. The Lebanon in turmoil, Syria and the powers in 1860. Yale University Press, US.
Joseph,
B. 2008, March Towards the Thunder’.
Morais,
J.V. 1986. Ghazali Seth: A Soldier’s
Soldier and a Distinguished General.
Kuala Lumpur. Syarikat Percetakan
Selangor.
Mohd
Radzi Abdul Hamid, 2007. Malaysiaku: Dari Perlis Hingga ke Sabah. Putrajaya,
Akademik Audit Negara.
Mohd
Radzi Abdul Hamid, 2008. Kependudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo. Kuala
Lumpur, DBP.
SM
Zakir, 2002. 1511 Combat. Kuala Lumpur, DBP
Thomas,
K. 2002. Land That I love. Harvest House Publisher, US.
[1] Penterjemah, juru bahasa
dan pembantu rasmi. Pada zaman itu, ‘dragoman’ mesti mempunyai pengetahuan
berkaitan Negara Arab, Parsi, Turki dan pelbagai bahasa Eropah.
[3] Tahtawi
dilahirkan pada 1801 di Kampung Tahta, Sohaq Egypt semasa pengunduran Tentera
Perancis dari Egypt. Pada tahun 1826, beliau dihantar oleh gurunya ke Paris
bagi mempelajari ilmu pembinaan kapal, teknik perang moden, geometri, matematik,
kesusasteraan, dan percetakan. Beliau
menghasilkan banyak buku-buku ilmiah yang digunakan oleh pemikir dunia
seperti Condillac,
Voltaire, Rousseau, Montesquieu
dan Bézout.
Comments