MUNTAH POLITIK
Di mana-mana pun sama ada di hotel lima bintang ataupun di warung tak berbintang, topik yang dibincangkan oleh orang-orang di situ ialah ‘naik menyampah dengan politik’. Pelbagai hal yang diketengahkan. Ada yang kata, aku dah malas nak baca surat khabar; tak ada perkara lain. Politik, politik, politik. Ada pula yang kata, aku dah muak dengan kerenah politik. Sejak dari pilihan raya yang lepas, tak habis-habis berpolitik dan ia akan sambung hingga ke pilihan raya yang akan datang. Cuba tengok negara orang yang dah maju. Mereka hanya berpolitik pada masa berkempen dan pilihan raya sahaja. Selepas itu, mereka berusaha menyelesaikan masalah rakyat. Kalau beginilah caranya, maka kita akan bergerak ke belakang.
Melihat pada situasi semasa, nampak gayanya semua parti politik mempunyai kelemahan dan seakan-akan tidak bersatu. Barangkali sedang berada pada pertengahan peralihan atau akan berlaku anjakan paradigma politik. Apapun yang akan terjadi, masalah rakyat semakin bertimbun dan rumit, jenayah seakan-akan semakin menjadi-jadi macam tak boleh kawal lagi, penjenayah mula tunjuk hero, isu lama tidak diselesaikan, keputusan pengikut bercanggah dengan pemimpin dll. Pelik sungguh.

Comments