GANJARAN SEBAGAI PENJANA MOTIVASI
Tahniah kepada semua kakitangan awam khususnya tentera dan polis atas kenaikan gaji. Berterima kasihlah kepada PM, kabinet, dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam proses kenaikan tersebut khususnya staf-staf atau pegawai-pegawai/kerani-kerani yang bertungkus lumus menyiapkan data bagi PM membuat keputusan yang mengkagumkan. Saya percaya tanpa data dan maklumat yang tepat, PM mungkin akan membuat keputusan yang tidak bijaksana. Saya sendiri merasa bersalah kerana mempunyai persepsi yang terjerut. Saya beranggapan gaji paling banyak akan naik lebih kurang RM 50 ke Rm 100 sahaja ataupun PM akan memgumumkan satu kenaikan yang akan ditertawakan seperti kenaikan sejumlah RM 16.00 sahaja. Pemikiran saya ini mungkin diakibatkan oleh budaya kenaikan gaji perkhidmatan awam selama ini yang naik sejemput-sejemput dan langsung tidak menghairankan. Atas silap anggap ini, saya memohon maaf pada PM.
Saya menyeru kepada semua kakitangan kerajaan, berkhidmatlah dengan tekun dan ikhlas. Mulalah mengukir senyuman dan menghargai pelanggan kita, jangan biarkan pelanggan kita tertunggu begitu lama, jangan layan mereka dengan muka yang masam mencuka dan ucaplah selamat pagi, salam atau sebagainya. Marilah kita berubah menjadi bangsa Malaysia yang cemerlang.
Cubalah renung soalan-soalan saya ini:
1. Ketika kita berkunjung ke pejabat, bank, atau jabatan-jabatan tertentu untuk membuat urusan, di jabatan/bank manakah yang kita tidak perlu menunggu lebih 10 minit? Kenapa kita perlu menunggu terlalu lama? Adakah isu yang baru berlaku ataukah sejak dulu begitu?
2. Ketika kita dalam perjalanan, mengapakah ada-ada saja jalan yang tidak pernah siap, asyik dalam pembinaan sejak ia di bina hingga ke hari ini. Sama ada sedang di baiki ataupun dipertingkatkan. Mengapa harus begitu?
3. Mengapa di lokasi-lokasi tumpuan awam seperti muzium, zoo dan banyak lagi, sepanjang masa ada saja ruang yang ditutup untuk sementara, ada saja bahagian yang dalam pembinaan dan pembaikan? Mengapa ia tidak ada perhentian?
p/s Semalam saya ke KL Sentral. Saya terguris bila melihat ada ruang yang bocor. Baru sahaja yang dibina.

Comments
Hehehe, saja nak tegur ayat kat side bar tu. Should be written as 'I graduated...''
Sorry kacau!Anyway selamat berblog.Tulis lagi isu-isu gempaq eg sayembara ke.Would like to hear form the insider himself.
Salam dari adeq muda nan jauhari.